Wednesday, 20 August 2014

Bahagia






Bila aku merasa bahagia...

Ingin sahaja aku menghentikan waktu

Agar rasa bahagia itu

Kekal selamanya.. 




           Tamakkah aku? Tidak bersyukurkah aku dengan hidup yang penuh dugaan dan cabaran untuk ditempuhi ini? Bukankah hidup itu tidak menarik jika tiadanya ujian mahupun cabaran? Dan bukankah hanya melalui ujian dan cabaran hidup barulah kita boleh memperbaiki diri, belajar dari kesilapan dan mensyukuri nikmat Tuhan. 

              Iya, di saat ujian melanda,di saat Dia cuba menguji kita, di saat itulah kita akan semakin dekat dengan-Nya. Sentiasalah meletakkan hati dan kepercayaan kepadaNya tidak kira apa yang kita lalui, kerana Dialah sebijak-bijak perancangan. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Dan Dia tak akan sesekali menguji kita dengan ujian yang tidak mampu untuk kita capai. 

            Have faith in Him. Letakkan masa hadapan kita di tanganNya. Iya, setelah kita berusaha dan melakukan apa yang terbaik. Percayalah bahawa dia tak akan sesekali menguji hambanya dengan sesuatu yang tak mampu kita kita hadapi. Dialah sebijak-bijak perancangan. Maha pengasih lagi penyayang. Setelah merancang, berusaha dan berdoa, bertawakallah kepadaNya sentiasa. Letakkan segalanya di tangan dia dan ingatlah bahawa perancanganNya sangat indah. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.



Nadhiewueen, 
19.08.2014

Friday, 8 August 2014

Cerpen : Seseorang




Just how much longer do I have to gaze at you alone?


Prolog
 
            Gaining weight again! Dari hari ke hari berat badan ku semakin bertambah semuanya di sebabkan tekanan dan faktor pekerjaan aku! Ye, untuk pengetahuan korang, aku adalah student lulusan IT and dapat kerja pula bahagian teknikal. So, kerja aku duduk jelah sepanjang hari sambil mendownload drama korea. Hehe. Unless ada problems barulah terhegeh-hegeh pergi troubleshoot. Disebabkan itu aku rasa  faktor-faktor nilah yang menyebabkan aku makin gemuk semenjak menempa alam pekerjaan ni. (Alasan sume ni) 

            Arghh…maybe sebab ini ke sampai sekarang aku tak pernah bertemu dengan cinta hati? Arghh, cinta hati ke kalau apa yang dilihatnya hanyalah luaran semata? Amboi, dulu time aku kurus, pergi mana-mana je mesti rasa diperhatikan dan mesti ada je yang cuba memikat. Tapi, sekarang time aku dah mula gemuk, pergi shopping complex pun budak cashier tu panggil aku mak cik?!! Kuang aja betullah!. Hmm..Lelaki yang aku suka apatah lagi,  sikit pun tak pandang kat orang macam aku ni. Ha, pendam jelah perasaan hati. Even aku dah buruk, aku still ada maruah dan tak mahu jadi macam perigi cari timba. Aku tak akan sesekali secara directly bagitahu dekat orang tu yang aku sukakan dia. Oh, tidak! Not my style.

            Setelah difikirkan habis-habis, faktor utama yang mengundang pertambahan berat badan aku ini adalah disebabkan faktor pemakanan yang tak seimbang, tak bersenam mahupun melakukan aktiviti luar rumah dan sebagainya. Lepas baca kat dalam satu artikel tu tentang bahayanya berat badan berlebihan, ditambah lagi dengan simptom-simptom mudah termengah-mengah dan rupa paras yang seperti seorang mak cik- mak cik di usia mudaku ini, akhirnya aku nekad ( setelah pelbagai jenis diet aku cuba) . Aku nekad untuk menjalani hidup secara sihat dan akhirnya di sinilah aku berada.

Iya, di kelas fitness Cikgu Melvin Zachery, seorang instructor fitness yang terkenal!.

Monday, 14 July 2014

Surah Al-Kahfi ayat 1-10 & 101-110



"Zaman Dajjal adalah zaman fitnah yang besar, bukan sedikit orang yang beriman pada pagi dan kemudian pada petang hari menjadi kafir. Hal ini menunjukkan begitu hebatnya godaan fitnah yang melanda umat Islam." - Sumber daripada blog ni

Disebabkan itu, kita disarankan menghafaz dan mengamalkan surah Al-Kahfi untuk mengelakkan daripada terkena fitnah dajjal. Apatah lagi,kita sendiri tak akan tahu bila dan ketikanya dajjal akan keluar. So, persiapkan lah diri awal2. Moga Allah pelihara. Amin...




Jika tidak mampu membaca keseluruhan Surah,sekurang-kurangnya bacalah dan hafallah samada ayat 1-10 daripada surah ini  atau ayat 101-110


Sunday, 13 July 2014

Art of the day- Kuceng




Ni lah gambar kuceng yg telah dihasilkan suatu ketika dahulu dengan menggunakan pelbagai teknik. Salah satunya paint, photoscape, microsoft office power point & lain2 agi... 







Btw, perkenalkan!! Nama dia Busuk!Si kuceng yg x sengaja aku reka cerita dia time boring2 masa keje sementara kat epot pas spm dulu. 

Pada awalnya di atas kertas dan dilakar menjadi mcm komik strip tu (mengenai kisah kenakalan sibusuk yang x habis2 curik ikan kat rumah org sampai kena rembat bontot dia dengan penyapu.kekeke) Then lakaran tu di improve sedikit demi sedikit dan dilukis dengan paint. 

So, apa pendapat anda dgn Busuk ni? Comel ke dia? Teringin nak baca komik pasal Busuk tak? If nak sila angkat tangan tinggi2.heee


Sekian :)

Saturday, 12 July 2014

Sebuah keratan Cerita :)


Sinopsis dan keratan cerita ini aku jumpa kat dalam file yang dah berkepuk aku simpan dalam laptop aku.
Yerlah dulu time rajen2, minat sangat nak tulis cerpen & novel konon2-nya, tengok2 skerat jalan je. Oraits... baca dan layankan ye.


Siapa Zarith? Kenapa dengan Zarith? Okay.... Zarith sebenarnya merupakan seorang yg bersahaja, sangat berbeza dengan orang lain. Suka pada alam sekitar,fotografi dan mengembara. Easy get going,friendly,simple minded,handsome and talented.

            “Rid,papa kahwin baru Rid..., kita mesti buat sesuatu.kita serang perempuan tak guna tu Rid,”
           “Sis, please dun get involve. This is papa choice,his life..Kita tak ada hak nak ubah fikiran papa. Just let them be..,”
            “Rid, mama dan papa nak bercerai... apa yang patut kita lakukan Rid?”
             “Just take it easy sis,let them choose their own way...,”
             “Senangnya kau kata??you are no longer my brother!”

2org beradik yg berbeza pendirian dan pendapat.


Okay, dah baca ke? If berminat tinggalkanlah komen atau apa-apa yang sepatutnya, mana taw if ada permintaan terbukak pula hati aku nak mengembangkan & tulis cerita ni.kekeke


Tuesday, 27 May 2014

Cinta tiga segi?




Cinta tiga segi lah sangat! Huahahaha. Keje mengong je time ni. Ta ingat tahun bila da. Tak pasal-pasal gambar budak2 ni di ambik lalu di create jadi kisah cinta pulak.hahaha. Sian korang budak. Kakak sedara kau ni memang. Siap kau laga-lagakan budak tu supaya berpegangan tangan. Tak taw la apo yang den terpikir time ni . Jijis gelis betul bila terbaca balik caption2 dlm gambar ni. Huahaha.


Anak Cikgu Idayu pun x pasal2 terpalit sekali. Kuang asam je siap di jadikan watak lelaki.. Tuuhaaa.. yg pakai baju putih tu. Dah besar dah budak tu sekarang, dah tadika kalo tak silap. Heee…heharap Ustazah Nur Idayu yg ku panggil Cikgu Idayu tak marah le kalo ternampak gambar ni.hee.. Betul cikgu, saye tak pernah buli anak cikgu. Ni sume gurauan jee. Ngeee :D 

Okay, cut that crap.haha.Yang penting layan jelah
















Comel-comelkan bebudak ni? :’) Rasa macam nak rotan pun ada :P Okay , bye!





Monday, 26 May 2014

He knows Everything!




 
Bismillah...
My first entry ever in my new blog :') May this post will easier and calm any uneasy heart including me. Hope this blog will full of useful information & some warm contents yang berguna dunia akhirat. Aminn... :')


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...