Wednesday, 20 August 2014

Bahagia






Bila aku merasa bahagia...

Ingin sahaja aku menghentikan waktu

Agar rasa bahagia itu

Kekal selamanya.. 




           Tamakkah aku? Tidak bersyukurkah aku dengan hidup yang penuh dugaan dan cabaran untuk ditempuhi ini? Bukankah hidup itu tidak menarik jika tiadanya ujian mahupun cabaran? Dan bukankah hanya melalui ujian dan cabaran hidup barulah kita boleh memperbaiki diri, belajar dari kesilapan dan mensyukuri nikmat Tuhan. 

              Iya, di saat ujian melanda,di saat Dia cuba menguji kita, di saat itulah kita akan semakin dekat dengan-Nya. Sentiasalah meletakkan hati dan kepercayaan kepadaNya tidak kira apa yang kita lalui, kerana Dialah sebijak-bijak perancangan. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Dan Dia tak akan sesekali menguji kita dengan ujian yang tidak mampu untuk kita capai. 

            Have faith in Him. Letakkan masa hadapan kita di tanganNya. Iya, setelah kita berusaha dan melakukan apa yang terbaik. Percayalah bahawa dia tak akan sesekali menguji hambanya dengan sesuatu yang tak mampu kita kita hadapi. Dialah sebijak-bijak perancangan. Maha pengasih lagi penyayang. Setelah merancang, berusaha dan berdoa, bertawakallah kepadaNya sentiasa. Letakkan segalanya di tangan dia dan ingatlah bahawa perancanganNya sangat indah. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.



Nadhiewueen, 
19.08.2014

Friday, 8 August 2014

Cerpen : Seseorang




Just how much longer do I have to gaze at you alone?


Prolog
 
            Gaining weight again! Dari hari ke hari berat badan ku semakin bertambah semuanya di sebabkan tekanan dan faktor pekerjaan aku! Ye, untuk pengetahuan korang, aku adalah student lulusan IT and dapat kerja pula bahagian teknikal. So, kerja aku duduk jelah sepanjang hari sambil mendownload drama korea. Hehe. Unless ada problems barulah terhegeh-hegeh pergi troubleshoot. Disebabkan itu aku rasa  faktor-faktor nilah yang menyebabkan aku makin gemuk semenjak menempa alam pekerjaan ni. (Alasan sume ni) 

            Arghh…maybe sebab ini ke sampai sekarang aku tak pernah bertemu dengan cinta hati? Arghh, cinta hati ke kalau apa yang dilihatnya hanyalah luaran semata? Amboi, dulu time aku kurus, pergi mana-mana je mesti rasa diperhatikan dan mesti ada je yang cuba memikat. Tapi, sekarang time aku dah mula gemuk, pergi shopping complex pun budak cashier tu panggil aku mak cik?!! Kuang aja betullah!. Hmm..Lelaki yang aku suka apatah lagi,  sikit pun tak pandang kat orang macam aku ni. Ha, pendam jelah perasaan hati. Even aku dah buruk, aku still ada maruah dan tak mahu jadi macam perigi cari timba. Aku tak akan sesekali secara directly bagitahu dekat orang tu yang aku sukakan dia. Oh, tidak! Not my style.

            Setelah difikirkan habis-habis, faktor utama yang mengundang pertambahan berat badan aku ini adalah disebabkan faktor pemakanan yang tak seimbang, tak bersenam mahupun melakukan aktiviti luar rumah dan sebagainya. Lepas baca kat dalam satu artikel tu tentang bahayanya berat badan berlebihan, ditambah lagi dengan simptom-simptom mudah termengah-mengah dan rupa paras yang seperti seorang mak cik- mak cik di usia mudaku ini, akhirnya aku nekad ( setelah pelbagai jenis diet aku cuba) . Aku nekad untuk menjalani hidup secara sihat dan akhirnya di sinilah aku berada.

Iya, di kelas fitness Cikgu Melvin Zachery, seorang instructor fitness yang terkenal!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...