Friday, 8 August 2014

Cerpen : Seseorang




Just how much longer do I have to gaze at you alone?


Prolog
 
            Gaining weight again! Dari hari ke hari berat badan ku semakin bertambah semuanya di sebabkan tekanan dan faktor pekerjaan aku! Ye, untuk pengetahuan korang, aku adalah student lulusan IT and dapat kerja pula bahagian teknikal. So, kerja aku duduk jelah sepanjang hari sambil mendownload drama korea. Hehe. Unless ada problems barulah terhegeh-hegeh pergi troubleshoot. Disebabkan itu aku rasa  faktor-faktor nilah yang menyebabkan aku makin gemuk semenjak menempa alam pekerjaan ni. (Alasan sume ni) 

            Arghh…maybe sebab ini ke sampai sekarang aku tak pernah bertemu dengan cinta hati? Arghh, cinta hati ke kalau apa yang dilihatnya hanyalah luaran semata? Amboi, dulu time aku kurus, pergi mana-mana je mesti rasa diperhatikan dan mesti ada je yang cuba memikat. Tapi, sekarang time aku dah mula gemuk, pergi shopping complex pun budak cashier tu panggil aku mak cik?!! Kuang aja betullah!. Hmm..Lelaki yang aku suka apatah lagi,  sikit pun tak pandang kat orang macam aku ni. Ha, pendam jelah perasaan hati. Even aku dah buruk, aku still ada maruah dan tak mahu jadi macam perigi cari timba. Aku tak akan sesekali secara directly bagitahu dekat orang tu yang aku sukakan dia. Oh, tidak! Not my style.

            Setelah difikirkan habis-habis, faktor utama yang mengundang pertambahan berat badan aku ini adalah disebabkan faktor pemakanan yang tak seimbang, tak bersenam mahupun melakukan aktiviti luar rumah dan sebagainya. Lepas baca kat dalam satu artikel tu tentang bahayanya berat badan berlebihan, ditambah lagi dengan simptom-simptom mudah termengah-mengah dan rupa paras yang seperti seorang mak cik- mak cik di usia mudaku ini, akhirnya aku nekad ( setelah pelbagai jenis diet aku cuba) . Aku nekad untuk menjalani hidup secara sihat dan akhirnya di sinilah aku berada.

Iya, di kelas fitness Cikgu Melvin Zachery, seorang instructor fitness yang terkenal!.



*****



 Di kelas fitness cikgu Melvin Zachery...


           Tanpa sengaja, aku menjeling jelik pada si lelaki gemuk yang berkulit gelap macam gergasi ni tengah bersusah-payah mengikut setiap gerak laku senaman yang di ajarkan oleh cikgu Melvin Zachery. Tercungap-cungap dia mengikut setiap langkah yang telah di ajarkan. Pendek kata dialah yang paling ketinggalan. Peluh yang merenik di seluruh muka, tubuh dia sampai baju dia pun habis basah ibarat baru lepas keluar dari kolam mandi… Arghh..semua itu cukup melemaskan dan memualkan! Dah lah gemuk betul! Bau , kau tak yah cakap lah. Dalam hati berharap moga cepatlah program fitness ni berakhir. Aku tak adalah gemuk sangat macam hampir ke semua peserta-peserta dekat sini, aku cuma dah terlebih berat badan je.

          ‘Hei, aku yakin kau takkan berjaya kurus ,’ tiba-tiba hati aku berbisik jahat sambil senyuman sinis terukir dibibirku.

        Well done, Razif!” Tiba-tiba Cikgu Melvin Zachery berkata begitu sambil menepuk-nepuk bahu si gemuk tu membuatkan aku terlopong besar. Habis terlekat peluh si Raziff tu dekat tangan cikgu Melvin yang kacak tu. Excuse me cikgu, cikgu tak gelis ke?? Siap dengan senyuman menawan lagi Cikgu Melvin hadiahkan pada si Raziff tu. Dengan aku pula macam perasan tak perasan je.

            “Okay sume take five. Sekejap lagi kita sambung balik,” ujar Cikgu Melvin sebelum berlalu dari bilik fitness.

            “Eh, berat kau berapa eh?” Tiba-tiba gatal pulak mulut aku bertanya si Razif yang sedang terduduk lelah macam ikan buntal ni. Di samping itu, beberapa kali aku berpura-pura mengesat hidung sedangkan aku sebenarnya tengah cover hidung daripada bau-bauan si Razif ni.

            “Berat saya? 150KG… kalau boleh nak target nak turun sampai 80kg , 75kg gitu.” Jawab si Raziff,eh lebih-lebih pulak. Aku tak tanya pun berapa target dia.

            “Kau yakin ke yang kau ni akan berjaya turunkan berat badan?” soalku sinis tanpa peduli samada hati si Raziff ni akan terguris atau tak. Ah, apa aku peduli perasaan dia.

            “Insyaallah. Jika ada kemahuan di situ ada jalan,” jawab Si Raziff ni sambil tersenyum-senyum membuatkan aku mencebikkan bibir tanpa sengaja. Bermadah pulak kau! Kau ingat kau handsome nak cakap macam tu??! Grrrr..

            “Ha, btw saya Raziff. Nama awak pulak?”

            “Tak payah tahulah bukannya kita akan berjumpa lama pun,” jawabku, sombong betul.hehe.

            “Rania kan? Secantik orangnya. Saya ingat lagi time ice breaking tu,” beritahu Raziff membuatkan aku tersedak-sedak mendengarnya. Nak muntah pulak aku bila dia puji aku cantik! Siap ingat nama aku pulak! ‘Tak padan yang macam ikan buntal, ada hati pulak nak syok kat aku.Hey, puji aku cantik pun kau tak layak tau! Orang-orang tertentu je boleh puji aku okay!’ Tak pepasal je kena kutuk dengan aku free-free.

            Lantas dengan berlagak marahnya aku terus berlalu pergi dari situ tanpa menghiraukan si Raziff yang terkebil-kebil melihat aku pergi. Ha, sombong betul kan?Haha. Biarkan si Raziff gemuk tu rasa. Sibuk je. Dah cukup baiklah ni aku nak bercakap dengan dia. Lebih-lebih pulak. =P 

*****


Minggu seterusnya : Sebelum Aktiviti acara larian  1km

“Kau putus asa jelah. Aku tak rasa orang macam kau ni akan berjaya kuruskan badan. Lebih baik kau tak payah buang masa kat sini,” Tak semena-mena meluncur laju pulak ayat kejam tu daripada mulut aku Eh, gatal betul mulut ni! Ha, takpelah asalkan puas dah lepaskan apa yang terbuku di hati.

 Aku nampak berubah terus air muka budak debab ni. Dia seolah-olah tertunduk sebelum tersenyum hambar padaku…


 Bersambung..... 

Nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya?? Kita tunggu..... hehe


P/s:Just created about 03:00am until 04:00am today, 8.8.2014....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...