Saturday, 31 December 2016

Sebuah Kemaafan

Assalamualaikum & Hi Semua!

Apa khabar? Sihat? Menjelang tahun baru ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru semua! Semoga tahun yang bakal tiba ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Dah fikir azam tahun baru? Btw, banyak ke azam tahun lepas yang dah tertunai? Ke bakal di bawa ke hadapan? XD

Sempena tahun baru yang bakal menhelang ini ingin saya kongsikan gambar di bawah buat renungan kita semua :)


Semoga kita terpelihara daripada sikap-sikap 'pembuli' mahupun memberi mudharat kepada insan lain. Kita tak tahu hati manusia, mungkin dengan mudah kita menganiaya hidupnya kerana menyangka bahawa dia 'baik'. Owh takpelah esok lusa 'aku minta maaf , nanti dia maafkanlah. Kalau itu yang anda fikirkan, ternyata anda silap. Kerana tak semua orang pemaaf. Ada orang simpan sampai ke akhirat. 

Sebab tu ada pepatah mengatakan "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang." Sebab apa? Sebab untuk mendapatkan kemaafan seorang manusia ini sukar sebenarnya berbanding kemaafan Allah SWT. Sebab tak semua orang jenis memaafkan. Mungkin dia tidak membalas perbuatan anda. Tetapi, bagaimana pula jika saat kita menganiaya dirinya, hatinya telah terdetik sesuatu yang buruk? Nauzubillah. Ingatlah bahawa doa-doa insan teraniaya itu sangat didengari sang penciptaNya.

Semoga kita dijauhkan daripada sikap-sikap pembuli mahupun yang memberi mudharat kepada insan lain. Dan elakkan untuk 'masuk' kedalam hidup seseorang, jika rasa anda hanya akan memberi mudharat kepadanya. Bak kata pepatah lebih baik mencegah daripada 'merawat'.

Kadang-kadang benda macam ni lah yang kita terlepas pandang. Stay alert. Ingat ayat di bawah ini:

"HABLUMINALLAH, HABLUMMINANNAS"


Pelihara hubungan kita dengan Allah, dan pelihara hubungan kita dengan manusia. Semata-mata untuk mendapat redha Allah. InsyaAllah . Amin


Bukan Cinta

Assalamualaikum & Hi!



Berhati-hatilah duhai wanita.
 Dirimu begitu berharga.
 Usah kau terpedaya dengan mulut-mulut manis lelaki durjana
Dan janj-janji palsu seorang pendusta.

Friday, 30 December 2016

Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10

Assalamualaikum & Hi!



Salam Jumaat semua. Apa khabar? Sihat? Pernah tak time beli laptop tu terperasan yang partition hdd korang ada satu je? Kat situlah nak kena simpan OS Windows, kat situ jugaklah nak letak file-file, assignment semua.

Btw, baru-baru ni beli laptop baru, then terperasan benda yang sama, hardisk dekat laptop tu ada satu je. If buat partition pada external hardisk memang pernahlah. Dari situ boleh nampak memerlukan part format hardisk ketika membuat partition. 

Bingung dibuatnya bila terfikir camanalah nak buat partition ni. Tak akanlah nak format laptop kowt semata-mata nak buat partition kan? Then terus text kawan, MR.H, tanya macam mana. Terus dia buat tutorial dekat whatsApp. Rupanya senang je. Btw, tqsm MR.H atas tunjuk ajar & layan je peel kita ni. hihiks XD 

So, dekat sini saya nak share cara-cara macam mana nak buat partition pada hardisk laptop tanpa format laptop anda.




Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10


1. On laptop anda. Pergi dekat icon mycomputer anda. Then right click macam dekat gambar. Click 'Manage'


Wednesday, 28 December 2016

DIY Daripada Kotak Yang Sangat Comel Dan Kreatif!

Assalamualaikum & Hi!


Apa kaba? Sihat? Time-time budak cuti sekolah ni anda-anda semua buat apa je? Bekerja macam biasa atau ada ambik cuti macam mereka jugak? :) Ada tak bawak adik-adik ke anak-anak ke pergi cuti memana?hiks. Sian adik bongsu kita, Muaz yang umur 10 tahun tu, tak dapat nak bawak dia jalan-jalan sangat. 

Sampai mak kita tegur "Adik kau tu takda siapa nak bawak dia pergi jenjalan," Sobs T_T Sungguh nak bawak dia pergi jalan-jalan. Tapi, apa nak buat, kebizian dengan assignment, presentation, nak study final exam dan dengan kerja lagi. huhu. Lagi-lagi kita ni pulak jenis yang tak pandai manage masa XD Memang haru lah jawapnya. hehe

Waktu duduk rumah kan, Muaz takda geng sebaya nak main. So, dia reka sendiri permainan dia. Baru-baru ni dia DIY sendiri topeng power rangers *agaknya* daripada kotak. Sobs. Dia pulak even bongsu tapi jenis berdikari & tak reti nak mintak-mintak. Selalunya dia kumpul duit dulu, then ajak kakak-kakak atau abang-abang dia temankan pergi beli mainan atau something yang dia nak. Kadang-kadang dia buat 'bisnes kat sekolah. XD

Dari situ, macam tak sangka je lah dia boleh DIY sendiri something untuk jadi barang mainan dia. So,kalau budak pun boleh DIY, tak akanlah kakak dia takleh kowt kan? Kat sini meh saya nak share sikit idea-idea DIY barang mainan budak yang diperbuat daripada kotak terpakai. Bukan sahaja mainan, benda lain pun ada jugak.


DIY Daripada Kotak Yang Sangat Comel Dan Kreatif!


  • Istana


Perfect. Cantik je dia buat.


Saturday, 24 December 2016

DIY Tin Kosong Terpakai Yang Cantik Dan Menarik

Assalamualaikum & Hi Semua!




Sihat? Hehe. Dekat rumah tu kalau ada banyak tin-tin kosong terpakai macam tin susu pekat manis,  tin sardin, tin jagung segera dan sebagainya, jangan dibuang! Jangan dibuang k!  Meh cuba buat DIY ni and let's save our nature! HEHE :D Owang kata, bila dah DIY-DIY ni bolehlah mengurangkan pembuangan sampah kan + dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dan bermanfaat. ^^ So, nak buat apa je dengan tin-tin kosong tu? Meh tengok idea-idea dekat bawah ni.


Idea Menarik Untuk DIY Tin Kosong Dan Terpakai



  • Bekas Pensil & Alat Tulis




Friday, 23 December 2016

DIY Mentol Lampu Terpakai Yang Sangat Kreatif!

Assalamualaikum & Hi!


Siapa yang tak suka benda-benda kreatif dan cantik kan? Pasti menyejukkan mata dan menyenangkan hati setiap kali memandang. Siapa yang ada mentol lampu terpakai dekat rumah? Then tak tahu nak buat apa? Jangan buang k. Meh buat DIY & Jom tengok gambar ni. Mana tahu kan boleh beri idea untuk menghasilkan DIY yang menarik.


Idea-Idea Untuk DIY Mentol Lampu Terpakai Yang Sangat Kreatif!



Hot air balloon ;) cweet. boleh la berangan-angan pi istanbul


Aquarium kecil yang sangat chumel ;D

Monday, 19 December 2016

Tutorial: Cara Convert PDF File Kepada Ms Words

Assalamualaikum & Hi!



Lamanya tak jumpa & tak buat tutorial. Btw apa kaba semua? Sihat? Bersawang tebal dah blog ni . Sorry, jadual kita pax sangat. Sobs. Akan cuba cari masa untuk update, or maybe schedule post dan datang menjenguk ke blogger yang lain. tsk.

Pernah tak anda rasa nak edit PDF file? Tapi takleh edit. Okay biasa kita dengar nak convert Word ke PDF. Tapi kali ni nak convert PDF ke Word. Nak convert PDF ke Word, tapi tak reti. So, jangan risau. Kat sini saya akan tunjukkan cara mudah untuk convert PDF. Senang je k 

Tutorial : Cara Convert PDF File Kepada Ms Words


1. Mula-mula tekan sini

2. Then pilih tabs PDF to DOC macam gambar dekat bawah tu.


Wednesday, 7 December 2016

Wordless Wednesday #12 Solat Malam

Assalamualaikum & Hi!




Hati-hati.
Semoga  setiap amalan yang kita lakukan tidak sia-sia..
Moga kita dijauhkan daripada sikap-sikap seperti ini.
 Sama-samalah kita mengingatkan kearah kebaikan, :)


Wednesday, 30 November 2016

Wordless Wednesday #11 Cari

Assalamualaikum & Hi





Tetapkan dalam hati.

Bila yang dikejar itu dunia, dunia akan lari. Manakala akhirat pula tidak  mengikuti.

Tetapi bila yang dikejar itu akhirat, insyaAllah dunia akan mengikuti. 

Yakin dan percaya.

Moga kata-kata ini akan menjadi pendirian kita setiap hari.

InsyaAllah. May Allah ease everything. =)





Sunday, 27 November 2016

Minyak Herba Asmak Mujarab Penawar Asma


Assalamualaikum & Hi!

Minyak Herba Asmak


Terlalu asyik menatap laptop sambil menyiapkan beberapa task dan assignment membuatkan kepala terasa berat, tengkuk terasa lenguh, lesu dan keliling mata terasa berat. Lantas tangan terus mencapai sebotol minyak herba asmak lalu disapukan di dahi, tengkuk dan leher. Okay baru rasa selesa sikit.

Trust me okay. Saya ni jenis yang suka sapu minyak angin keliling mata lagi2 bila rasa macam lesu je menghadap laptop ni. Then, pedih-pedih sensorang bila tersapu tak kena tempat T_T , minyak angin tu masuk dalam mata dan sebagainya. Sobs. 

Tetapi, bila guna minyak herba asmak ni takda pulak  rasa pedih-pedih keliling mata. Rasa okay je, fresh je lagi adalah. hihi. Mungkin juga disebabkan minyak herba asmak ni dah menjalani proses R&D yang agak lama menjadikan ia selamat digunakan dan sangat mesra pengguna. Tak pedih langsung.

Nak guna pun senang sebab design botol dia yang flexible dan senang disimpan. Nak tahu macam mana rupa flexible tu? Meh tengok gambar dan video dekat bawah ni. So, kita kalau pergi kerja tu terus grab dan simpan dalam poket.



suka dengan design botol minyak ni yg didatangkan dgn 2 jenis. 
Yang kecik ni senang nak simpan dalam poket & nak bawak ke mana-mana.


Nak tahu apa kelebihan design pada botol minyak ni?
 Meh tgk video ni


Kadang-kadang bila perut masuk angin, time sengugut, selesema pun pakai jugak untuk melegakan rasa tak sedap badan. Memang berkesan. Tak pedih dan sedap-sedap je rasa. Perut selesa tak kembung dan tidur pun nyenyak.


Kelebihan Minyak Herba Asmak Pelbagai Guna


1.  Telah melalui proses R&D dan kandungannya sangat mesra pengguna, selamat dan suci serta tidak overdose dengan bahan-bahan tertentu

2.   Selain berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka terkena api. ia juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, sengugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala, migrain, resdung, sakit gigi, strok dan ulser.

3.     Mesra kulit. So. Memang tak perlu risau kowt ada alahan tertentu kan

4.    Cepat meresap dan berkesan je lepas pakai. Kira time-time rasa pening kepala, sengugut ke apa kan bila pakai je terus rasa lega. Tak perlu sapu sampai overdose untuk kesan yang cepat. XD

5.   Walau berangin tapi still mengikut piawaian yang ditetapkan. So, bila pakai takdalah kita rasa pedih sana sini kan. Selesa je kan. Sedap-sedap je rasa.

6.   Yang bestnya, bila dah beli minyak ni terlebih dahulu customer akan diberi rundingan cara pakai mengikut masalah yang mereka hadapi dan biasanya akan dipantau okay



Merupakan Penawar Asma Pada Bayi

Friday, 25 November 2016

Maksud Blinking Code Pada HP Laptop




Assalamualaikum & Hi semua!

Finally dah last day of my night shift. Btw, apa khabar semua? Sihat? Lamanya tak jumpa! Lama tak update blog & berblogwalking di kawasan kejiranan. Maaflah mana yang tak sempat jenguk tu, nanti saya singgah satu satu taw ;) Agak kebizian ketika ini dengan macam-macam dugaan berlaku. Dengan assignment hilang, internet problem, hardware laptop rosak dan berdepan dengan task, tutorial dan coding yang kena catch up selalu. Belakang badan & tengkuk letih rasa macam nak curah je minyak angin bagi segar balik ;(

Actually bila laptop rosak ni kalau part software tu boleh la kan format sendiri ke ape kan. Ni dah sampai part-part hardware memang tak telarat nak buat la hui. Setakat nak detect masalah apa tu tawlah, tapi nak repair sendiri tak kowt. tsk. 

Sebab ada yang mintak tolong formatkan laptop dia, so alang-alang dapatla pakai sekejap demi menyiapkan kerja-kerja yang tergendala sementara sang laptop masuk sepital. Sampai classmate +opismate masing-masing dok heran n tanya. "Eh ni laptop sape pulak? Dah beli laptop baru ke?" Apa taknya kejap pakai laptop ni , kejap kang tu & kejap kang laptop sendiri. Sadis betul kan. tsk. Nampaknya next month kena beli laptop baru gak sebagai backup. 

So, thats why hari ni saya nak berkongsi cara macam mana nak detect masalah pada hardware laptop keluaran Hp berdasarkan blinking codenya. Yaa.. laptop kita yang hardware issue tu keluaran Hp. tsk


Macam Mana Rupa Blinking tu?


Okay macam ni ya.. blinking pada capslock & num lock.
Kalo dah jadi gini rupanya, memang takde jalan lain dah. Hantar kedai la nampaknya. hihi


Meaning of Sample Blink Codes


So, macam mana nak tahu apa maksud-maksud blinking tu? Meh rujuk table ni.

Friday, 18 November 2016

Ubah

Assalamualaikum & Hi! Salam jumaat semua =)





Tiada siapa yang dapat membantu seseorang itu,
 jika dia sendiri tidak berusaha merubah nasibnya. 


Kekadang geram dengan sesetengah orang ni. Kita dah cuba sedaya upaya bantu dia, tunjukkan apa patut, ajarkan apa yang patut. Tetapi kalau dia sendiri yang tidak bertindak apa boleh buat? 

Sedangkan dalam Islam sendiri ada menyebutkan: 

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA ” QS 13:11



Ya. Kita boleh tolong, boleh ingatkan, boleh beri tunjuk ajar, boleh beri kata-kata semangat,
setakat mana yang kita mampu & selagi mana yang kita boleh.

Tetapi kalau dia sendiri yang tidak bergerak, tidak mahu bermula..

Apalagi yang kita mampu lakukan?

 Apa lagi?

Sungguh kita tak mampu lakukan apa-apa.

Terpulang. 


Wednesday, 16 November 2016

Wordless Wednesday #10 Terlambat

Assalamualaikum & Hi!



Kita tak pernah terlambat untuk bermula semula, asalkan kita sudi memaafkan diri, menerima diri seadanya & tak pernah berhenti berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. 

Tidak mengapa jika sesekali ingin melihat ke belakang, bukan untuk diratapi tetapi untuk mengambil iktibar dan untuk melihat semula sejauh mana kita telah melangkah. Saat itu kita akan sedar betapa bertuahnya kita tika ini ;)

Tuesday, 15 November 2016

Shopping Pelbagai Jenis Barangan Japan Dengan Harga Yang Murah

Assalamualaikum & Hi






















Apa khabar? Sihat? Dekat sini ramai tak penggemar barangan dari Japan? Teringin nak shopping dekat Japan dan nak beli barangan Jepun seperti kimono, yukata dan sebagainya. Tetapi jauh dan mahal harganya? Okay jangan risau! Anda boleh dapatkannya di sini!


 Jalan Jalan Japan


yang terletak di One City Mall ,USJ


Meh nak citer sikit...



Pada beberapa hari yang lepas telah berlangsung sesi Press conference Jalan Jalan Japan yang bertempat di restaurant Jyuhachi Ban, di One City Mall, USJ.

Habis je sesi Press Conference, kami antara blogger bertuah telah berpeluang menjadi pelanggan terawal untuk merasa pengalaman bershopping di outlet store Jalan Jalan Japan yang terletak di tingkat 2, One City Mall. Siyesly besar dan best kedai ni.



Pihak management Jalan Jalan Japan



Kenapa bertuah? Sebab kebanyakan items dekat situ sangat unik. Iyalah preloved item katakan. So, design yang kita nampak pada hari itu, belum tentu lagi boleh dapat pada hari yang lain. Pendek kata bila nampak mana berkenan tu terus grab, sebab nanti bila datang lagi belum tentu ada lagi items or design yang sama.

Selain daripada harga yang murah, terdapat banyak barangan preloved dari Japan yang terdiri dari pelbagai jenis kategori kasut lelaki dan wanita, barang perhiasan rumah seperti pinggan mangkuk, kristal dsb, pelbagai jenis handbag berjenama, luggage, sweater, perabot, mainan kanak-kanak, stroller baby, peralatan sukan dan gym, alat muzik seperti gitar dan banyak lagi!



Ni baju kawen ni.  Unik giler! Cam kelakar pun ada. kiki. Gurau je! XP


Sesuai sangat utk student yg nak fly oversea or sesape yg nak travel tempat sejuk, 
tp still nak beli baju sejuk dengan affordable price. Dlm RM30 pun ada ni.


kimono+yukata serendah RM5! Jangan tak percaya!
 Memang #hargagiler katakan! 

Monday, 14 November 2016

Cara Bypass Sekatan Internet Pada Android Anda


Assalamualaikum & Hi!

sumber gambar : mecik google :3


Apa kaba? Sihat? Tengah buat apa tu? Saya baru je lepas format laptop ni. Sobs. Disebabkan laptop ni dah usang & pakai lebih 6 tahun, so bila try install win10 tak support pulak. Driver terlalu tua agaknya ;( dok kuar runtime error. Nak tak nak kenalah format guna win7 gak . sobs. 

Ah, sudah dah bercakap pasal laptop pulak. Btw, today saya nak kongsikan cara untuk bypass sekatan internet pada android anda. 

Kenapa nak bypass? Senang lah nak bukak ig nanti, lagi2 time guna public/ofis wifi yang disekat. shhh.. 

Wokay gurau je. Pendek kata supaya senang la kita bukak apa-apa site yang kena sekatan internet kan. kekeke XD





Step-step Bypass Sekatan Internet Pada Android Anda


1. Mula-mula bukak phone android anda. Then buka google play store anda.

Thursday, 10 November 2016

Berhati-Hati Dengan Taktik Phone Scammer




Assalamualaikum & Hi semua!

Disebabkan peningkatan kos hidup yang semakin hari semakin menekan, membuatkan sesetengah pihak memilih jalan mudah untuk senang tanpa memikirkan halal dan haram serta sebab dan akibatnya yang bakal menimpa mereka samada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Scam. Banyak sangat terjadi hari ni. Antaranya seperti internet scam, email scam, phone scam , investment scam, Insuran scam, pyramid scheme, employment scheme, door to door, pukau, telemarketing dan banyak lagi. 

Paling tak suka bila yang scam tu dia kenal dengan orang tu tapi tak rapat sangat, pernah satu kolej, satu sekolah dan sebagainya, then tiba-tiba je contact balik. Rupanya ada udang disebalik batu. Selalu terjadi di kalangan mlm dan yang jual insuran tu. Memula ajak orang tu duduk dengar berkenaan produk/insuran yang mereka nak jual, tetapi dalam masa yang sama seakan memaksa mangsa mereka untuk sign dokumen dan join mereka. Paling teruk sampai ada kes yang kena pukau dsb. Tsk.

Apapun hari ni saya nak kongsikan tentang phone scam.




Apa Itu Phone Scam?


Saturday, 5 November 2016

Jalan Jalan Japan Apa Yang Bestnya?


sumber gambar : atuk google :3



Assalamualaikum & Hi semua!

Apa kaba? Sihat ke? Moga semua sihat lah hendaknya. Btw kita dah dekat Japan ni.. jalan-jalan kat sini. Hihi. Okay gurau je. Jangan salah faham.

Actually, Jalan-jalan Japan ni bukanlah sebab kita tengah jalan-jalan atau shopping-shopping dekat Japan, tetapi lebih tepat lagi Jalan-jalan Japan ini adalah sebuah store yang membolehkan anda merasai pengalaman bershopping dan bersiar-siar seolah-olah macam di Japan.



Ada Apa Dengan Jalan-Jalan Japan?


Saya tertarik apabila terbaca namanya. Jalan-jalan Japan? Eh apakah? Okay, rupanya merupakan sebuah kedai berkonsepkan Japan.

Seperti mana yang kita tahu, Japan terkenal sebagai negara maju dan mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi. Yang kurangnya adalah mereka kekurangan storage untuk menyimpan barang. Hal ini membuatkan mereka terpaksa menjual semula harta kesayangan mereka yang mungkin sukar untuk mereka lepaskan kerana kualiti dan nilai yang ada padanya.

Dari sini, Jalan-jalan Japan ditubuhkan oleh Bok Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Bookoff Corporation yang akan membuka kedai ‘Loved in Japan'' (Preloved in Japan) pertama dan dinamakan sebagai Jalan Jalan Japan’ dan akan di launch secara  official pada 18 November (Jumaat), 2016, di One City Mall USJ.




Apa Yang Best Jalan-jalan Japan Ni?


Tips Hilangkan Pedas Dengan Cepat Dan Berkesan




Assalamualaikum & Hi semua!

Apa khabar? Sihat? Btw, pernah tak anda termakan something yang terlalu pedas dan ambik masa yang lama untuk 'recover' daripada kepedasan tu? 

Sebagai seorang penggemar makanan pedas dan suka mencuba pelbagai jenis makanan pedas, so memang tak sahlah kan kalo tak pernah terkena dengan makanan yang pedas melampau. Btw, trust me k Samyang spicy ramen yang terkenal dengan kepedasannya tu memang tidaklah terlalu pedas bagi saya. Still boleh makan dengan santai-santai lagi.

Pernah terkena dengan kepedasan yang sangat dasyat. Tak tahu lah berapa banyak cili padi diletaknya, so kita yang kuat pedas ni pun boleh 'berasap telinga' dibuatnya. Sobs.

So, anda buat apa je bila kepedasan? ke biar je sampai ianya hilang sendiri? Btw , if anda anda takda apa-apa tips, bolehlah ikut tips yang kita bagi ni yee. hihi




Cara Cepat Dan Berkesan Hilangkan Pedas Dan Pijar Pada Lidah



1. Minum air panas/suam


Percaya atau tidak dengan meminum air panas atau suam secara tak langsung pedas tu akan hilang. Mula-mula memang akan rasa 'menderita'. Yalah... dah pedas , tetiba panas pulak kan. Tapi trust me k! cara ni lah paling cepat dan berkesan untuk menghilangkan pedas. Konsepnya macam ni 'derita sekejap' dan pedas tu pun hilang.


Tuesday, 1 November 2016

Samyang Spicy Ramen Betul ke Pedas?

Assalamualaikum & Hi!



Finally dapat jugak merasa Samyang spicy ramen yang pernah trending sebelum ni. Lagi-lagi time orang semua dok buat challenge. Dengar je perkataan "pedas" time tu lagi dah rasa teruja nak beli. Tapi, bukanla sebab nak join challenge tu suma kendian nak post kat utube, ig bagai. Tidak. Tidak sama sekali. Lebih pada nak uji kemampuan diri yang sememangnya sukakan makanan pedas.


 So far tahap kepedasan kita ni if makan sesudu nasi bersama sebijik cili padi adalah kebiasaan dan menjadi penambah selera. So yela nak tahu jugak betui ka pedas sangat seperti yang diviralkan & mampu ke tak tahan kepedasan samyang ramen ni.


Tapi, nak cari kat market berdekatan memang sangatlah susah, cepat je abes. Yelah benda tengah hot kan time tu. Then, fikir takpalah nanti-nanti jelah beli, tunggu sampai dah suam-suam kuku, nampak stock kat mana2 market, baru beli. hahaha. 

So, finally. Jumpa jugak ;D 





Disebabkan saya memang nak uji kemampuan diri, so memang pakai satu bungkusan samyang tu, then letak dia punya paste sampai habis+gaul2 sampai rata.

Mula-mula kunyah memang tak rasa apa. Masuk suap ke dua, ketiga, still rasa macam maggi goreng biasa. Masuk suap seterusnya, barulah terasa berangin-angin sikit. Tapi, still boleh tahan & makan macam biasa. Time tu sambil kunyah sambil fikir "Betui ka ni yang orang dok khabar paling pedas kat dunia? hmmm..."

Tiada niatla nak brag ke apa ke kan.. Tapi,  pernah rasa yang jauh lebih pedas dari ini, iaitu belacan mak usu kita ;D Kalau makan memang berasap telinga dibuatnya+ tak senang duduk

Last2 sebab bosan makan kosong camtu je, lagi-lagi portion dia memang besar, so sempatla pegi goreng telur jap sambil campak kepingan cheese atas telur lalu makan dengan ramen ni. Siyesly dap. hehe

So overall samyang Spicy Ramen ni memang tak lah pedas mana bagi kita. hihi. Anda pulak bagaimana? Ada yang sama tekak dengan kita tak? ;D kekeke

Wokay, sekian ;D


Thursday, 27 October 2016

Cara Melindungi Privasi Komputer Anda Dari Sebarang Ancaman


Assalamualaikum & Hi!

Sihat? Tengah buat apa tu? Dah makan ke? Wokay, nak tanya ni.. Pernah tak anda rasa macam tak selamat ketika melayari internet? Rasa macam diperhatikan misalnya. Pernah?

Memandangkan zaman ini adalah zaman teknologi, pelbagai ancaman , pencerobohan pada jaringan internet mahupun di alam maya boleh berlaku pada bila-bila masa. Contohnya seperti Spam, SCAM, ransomware, phising, Denial of Service Attac (Dos),  zombie komputer, social engineering dan sebagainya.

Disebabkan itu pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tips macam mana nak jaga komputer kita dari sebarang ancaman terutamanya ketika melayari internet dan sebagainya.







Cara Melindungi Komputer Anda Dari Sebarang Pencerobohan


1. Pastikan firewall di komputer anda sentiasa Turned On


Firewall biasanya dapat membantu dan merupakan pelindungan paling asas sekali pada komputer anda dan akan menghalang hackers daripada mencuba untuk mengakses komputer anda, merosakkan sistem, delete information penting mahupun curik password/sensitif info. Biasanya software firewall lebih sesuai untuk single komputer. Dun wurry k.. macam dekat windows da sedia ada dah, Yang penting kena sentiasa pastikan turned on sebab kekadang tanpa kita sedari ada malicious software/apps tertentu yang berniat jahat akan turned off firewall kita. If kita melayari internet dalam LAN, biasanya setiap router telah dipasang dengan firewall, tapi still kena hati-hati jugak okay? Terutamanya apabila connect dengan public wifi.


2. Pastikan  Antivirus Di Install & Selalu di update


Antivirus software sememangnya direka untuk menghalang malicious software daripada masuk dan bermaharajalela di komputer anda. Asalkan anda semua harus memastikan antivirus yang legal telah diinstall dan paling penting pastikan antivirus tu betul dan bukannya software yang menyamar sebagai antivirus. Selain itu, pastikan antivirus korang ni selalu update k! ;) Paling senang buat regular/auto update tu je.


Wednesday, 26 October 2016

Wordless Wednesday #9 Sukar

Assalamualaikum & Hello! 



Walau apapun dugaan yang mendatang, be Strong & stay positive!
 Keep motivated, buat yang terbaik & never give up!

Don't worry..
Allah will always be with us. Amin 

Wednesday, 19 October 2016

Wordless Wednesday #8 Cepat Atau Lambat

Assalamualaikum & Hi!



#Sedarlahwahaidiri ;(



Buat Apa je Tak Tidur Lagi?

Assalamualaikum & Hi!





Jam sudah menunjukkan pukul 0105 pagi. Mata semakin mengantuk. Tetapi still gagahkan diri untuk berjaga kerana tengah bekerja. Yes, begitulah rutin seorang pekerja shift. Ketika yang lain sedang lena diulit mimpi, kami masih lagi di sini, demi mencari sesuap rezeki yang halal. Mujurlah kerja bahagian Engineering ni, if tak ada problems menyusul, kami bebas untuk buat kerja masing-masing. Alhamdulillah! So takdalah stress memanjang kan? Hiks.

Tak lama tu kedengaran notifikasi Whatsapp masuk.

'Tak tidur lagi?' soal dia. Perasan je kita online.

'Tak... tengah kerja ni..'  Lepastu terfikir eh dia pun tak tidur lagi. Buat apa je pulak kan?

So, masih ada lagi ke yang tak tidur lagi? Buat apa je anda-anda semua kalau tak tidur ni? Tengah study? Memasak sebab lapar tengah malam? Membaca? Terlebih tidur waktu siang? Terjaga dari nightmare? Insomnia? Bosan? hahaha. Atau anda juga sedang mencari sesuap nasi seperti saya? tsk 

Tengah- tengah baca berita online, tiba-tiba terjumpa pulak koleksi komik-komik garfield ni. Siyesly lawak! Rasa macam lagi enjoy baca komik Garfield ni berbanding tengok movie Garfield. Macam lagi fun je komik ni. Yela nama pun yang ori kan? 

Wokay.. takmo bebel panjang, biarlah gambar yang berbicara.




Kelakar Pulak Garfield Ni


Hahaha!

Tuesday, 18 October 2016

Segmen Ucing Nak Bloglist

Assalamualaikum & Hi!


Segmen Ucing Nak Bloglist.


Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com

Assalamualaikum & Hi!

(Click banner untuk join)


Jom join GA ni :) Btw, sempena kenaikkan rank di blog nya kak Raihanah telah membuat satu Ga untuk rakan blogger sekalian. Yang menariknya siapa yang join akan terus di masukkan dalam bloglistnya pada bulan october :)

Btw ada beberapa artikel yang menarik perhatian saya dari blognya.

 Antaranya :

1. http://vitamin-cerdik.com/2015/07/tips-pengambilan-vivix-untuk-kesan-terbaik.html/

2. http://vitamin-cerdik.com/2016/06/nutriferon-sebagai-penggalak-sistem-imun.html/

3. http://vitamin-cerdik.com/2016/08/detox-dan-peranan-pencegahan-kanser.html/





SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Assalamualaikum & Hi!


Click Banner untuk join :)

Tuesday, 11 October 2016

Cara Terbaru Remove Shortcut Virus

Assalamualaikum  & Hi!




Apa kabar? Sihat? Ingat lagi tak anda pada kes virus shortcut yang pernah mengemparkan beberapa institusi pengajian tinggi suatu ketika dulu? Famous betul virus tu baik dikalangan lecturers, cikgu mahupun students.

Mana taknya habis kerja-kerja, assignment yang penat-penat buat hilang macam tu je. Siapa la yang tak bengang kan? Lagi-lagi time nak buat presentation. Memang menggeletar lutut la jawabnya XD Yela time tu pula mana ada lagi cara untuk hapuskan virus tu. Antivirus pun tak berkesan.

Btw baru-baru ni, adik saya mengadu yang pendrive dia kena virus shortcut yang diternak daripada laptop kawan dia. Risau betul dia kalau pendrive tu cucuk dekat komputer dia nanti beranak-pinak pulak dekat situ. Then saya kata jangan risau. Masalah kecik je. So, dekat sini saya nak share cara mudah saya buang shortcut virus tu.


Cara Terbaru Remove Shortcut Virus


1. Pastikan laptop/komputer anda telah di install dengan antivirus.

2. Cucuk pendrive dekat laptop.

3. Scan pendrive dengan antivirus. Automatik semua virus-virus tu lesap tanpa diragu-ragui lagi. Tapi, still tak nampak file-file penting dalam pendrive? Okay jangan risau.

4. Bukak cmd. (command prompt). Taip je code dekat bawah ni.


                                 attrib -h -r -s /s /d F:\*.* 

5. Just ubah yang berwarna merah tu. Bukak my computer dan tengok location pendrive korang. If dekat G, gantikan G dekat warna merah tu.

6. Tekan enter. Ia akan loading sekejap.

7. Bukak balik pendrive dan korang akan nampak balik folder korang yang disembunyikan virus shortcut tu. Selesai.


Mudah je kan? Actually code dekat atas adalah bertujuan untuk munculkan file korang yang hilang tadi. Tentang virus jangan risau. Antivirus sekarang semua uptodate & berkemampuan menghapuskan virus shortcut.

Btw if nak tengok cara lama remove shortcut virus, click je <sini>

Okay, semoga bermanfaat :)

Wednesday, 5 October 2016

Wordless Wednesday #7 Paksa

Assalamualaikum & Hi


InsyaAllah lama-lama ikhlas. Sama-sama kita beringat sesama kita.  

#SolatItuTiangAgama
#PeringatanUntukDiriSendiriJuga

Tuesday, 4 October 2016

How To Boot Your Computer From USB Drive

Assalamualaikum & Hi!




"Apa hobi you ha?" Tiba-tiba dia tanya. 

"Kenapa?" Heran pulak. Yelah mana pernah dia tanya soalan camtu sebelum ni. Selalunya semua berkaitan dengan kerja je. 

"Takda apa-apa saje nak borak-borak,"

"Owh.. I suka troubleshoot computer problems.."

"Eh tu kerja kan. I bukan cakap pasal kerja. I mean hobi you laa.."

"Yup.. tulah hobi I... Memang I suka buat semua tu. Macam dulu I suka melukis, tulis cerita. Tapi, lepas amik course IT ni itulah yang I suka buat, troubleshoot software hardware problems. Then, bila free-free kadang-kadang I akan tulis balik problem yang I dah settle kan tu dekat blog, tak nak kasi lupa."  Dia pandang. Air mukanya nampak seolah-olah tak percaya. 

Haha. Cukuplah setakat ini saya share perbualan kami. Tapi siyesly, kalau ada masa lapang, memang saya suka belajar troubleshoot komputer or gadget problem & then share balik apa yang saya tahu tu supaya senang ingat.  

So, memandangkan sebelum ni dah share tentang APA ITU BIOS, so kali ni nak share pulak camna cara nak ubah boot sequence dekat BIOS, supaya bila start komputer ia kan boot pada pendrive dulu.




Tujuan Nak Ubah Boot Sequence Pada BIOS ni?


Maybe sebab OS komputer dah corrupt, so nak format. Nak format biasanya kena masukkan CD OS baru. Tapi nak guna USB Drive yang dah di ekstrak dengan ISO file pun boleh.




Cara Boot Komputer Anda Melalui USB Drive


1. On komputer anda sambil tekan samada ESC, F1, F2, F8 atau F10 masa startup. Depends gak pada BIOS Manufacturer tu jenis apa. Try je la mana-mana keys dekat atas yang boleh masuk ke BIOS korang.

2. Pilih dan tekan enter pada BIOS setup. Then BIOS setup utility page akan muncul.



Thursday, 29 September 2016

Apa Itu Bios?



Assalamualaikum & Hi!

Si dia yang bersegi empat tepat tu la namanya Bios ;D



Apa kabar? Sihat? Moga sihat la semua harapnya. Jarang dapat online & blogwalking  kebelakangan ni. Kepada rakan blogger, nanti saya blogwalking satu per satu ya. hihi. Btw, harini saya nak berkongsi sedikit topic tentang perihal komponen dalam komputer ni. Harap you all sudi belajar n amik tahu. hihihi. 

Apa itu BIOS? Secara ringkasnya BIOS atau Basic Input Output system adalah program pertama yang diakses oleh processor sebaik sahaja kita menekan button on pada komputer kita untuk menghidupkan komputer. BIOS kemudiannya akan menjalankan tugas untuk memeriksa dan memastikan semua program lain seperti seperti CPU, Hardisk, Processor, VGA, DVD Rom dan sebagainya berada dalam keadaan baik sebelum mula menjalankan operating system(OS) seperti Windows, Linux, Fedora dan sebagainya. Kedudukan BIOS berada di chip memori flash atau ROM yang berada di Motherboard (Mobo).


Antara tugas-tugas BIOS



  • Bagi arahan pada Microprocessor untuk menghidupkan komputer.
  • Detect jenis hardware yang perlu diakses untuk pertama kali dan detect jenis Operqting System yang ada pada hardware tersebut
  • Menjalankan proses Booting yang dikenali sebagai "Boot Order"
  • Power on Self Test (POST) : verify CPU register, verify Basic component seperti DMA, timer, interrupt controller. find, size and verify system main memory, initialize BIOS, identify, organize & pilih jenis devices yang available untuk booting and etc.

Wednesday, 28 September 2016

Wordless Wednesday #6 Comfort zone

Assalamualaikum & Hi!



"Life begins

At the end of your comfort Zone" & Yes Dis is soo true ;)

New chapter of life. New journey. Alhamdulillah.

I'm blessed. Thank you Allah :)

Saturday, 17 September 2016

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda


Assalamualaikum & Hi Semua!

gambar si dia sekadar hiasan ;p


Masuk-masuk je awal Ogos yang lalu, terus terperasan. Alamak! Roadtax kereta tak renew lagi. Macam mana ni? 1st time nak renew kowt, tapi satu hapa pun tak taw! Duit pulak memang tak saving apa pun untuk bayar roadtax+insuran ni. Memang harap gaji bulan ni jelah lepas tolak duit minyak, loan, asb, duit kereta, makan suma. huhue. Memang time tu la menggelabah google sana sini, tanya orang sana sini macam mana nak renew roadtax ni dan sebagainya.Tapi, still samar-samar, tak faham-faham lagi.

Nak mintak tolong orang lain buatkan, jangan haraplah! So nak tak nak usaha jugak sendiri cari cara utk kasi faham + tak kena tipu. Tapi last2 alhamdulillah tahu jugak caranya. Terutama pada kaum hawa, jangan sesekali takut untuk buat semua benda sendiri. Kita kuat! Yeayyy! *tetiba

Tanak kasi you all pening kepala , confused suma, so saya terangkan cara simple2 je camne nak renew roadtax+insuran kereta tanpa mengeluarkan belanja besar.

Even baru 1st time pergi renew haritu, alhamdulillah dapat harga yang berpatutan tak sampai 1K pun iaitu dalam RM800 ke bawah. Sesuai la kan utk harga kereta keluaran Mesia ni kan. kekeke.

Macam sibling saya dah masuk kali ketiga renew Myvi dia pun still harga roadtax +insuran dia dalam 1K gak sebab serah bulat-bulat dekat agent. Padahal benda ni kita leh buat sendiri kowt & dapat harga yang kita nak. Aihh.. bukan sibling je yang kena camtu kengkawan saya pun sama. Ni yang tengah baca ni jugak mungkin sama gak. tsk.





Tutorial Lengkap Cara Renew Insuran & Roadtax Kereta


Tuesday, 13 September 2016

Amalan Zikir Harian

Assalamualaikum & Hi!

(sumber gambar : etsy)


Apa kabar semua? Sihat ke? Moga sihat saya doakan :) Btw, guys dalam kita busy dengan duniawi ni, jom amik masa untuk amalkan zikir harian setiap hari. Semoga dengan ini kita sama-sama dapat membersihkan hati dan semakin mendekatkan diri dengan Allah SWT dan mengingatiNya selalu. 

Nak berzikir ni pun mudah je, boleh dibuat pada bila-bila masa dan walau di mana kita berada. Contohnya time driving, time berjalan kaki ke satu tempat, time fikiran kosong, fikiran serabut, sebelum tidur dan sebagainya. :) Free-free je bole kumpul pahala kan ;)

Btw, boleh amalkan zikir seperti di bawah sebagai zikir harian. Boleh diamalkan samada 100x, 1000x dan sebagainya.




Nak berdakwah memang tak reti apatah lagi diri ini penuh dengan kelemahan, namun berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Last but not least, jangan lupa hafal dan amalkan surah Al Kahfi, ayat 1-10. Perlahan-lahan, jom kita amalkan sehingga boleh istiqamah.

Thanks sudi baca. Semoga bermanfaat. =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...