Sambungan dari MIRAGE Part1
"Siang malam termimpi-mimpi
Pagi petang tercari-cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi ... "
Pagi petang tercari-cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi ... "
- Mirage, Pesawat
Datin
Rafiza terduduk di sofa empuk di banglo mewahnya. Saat ini, kenangan lalu mula
bermain-main dimatanya.
“Kau ke Nur Irisha Abdul Aziz?”
soal seorang wanita separuh umur sambil memandang Irisha dari atas hingga bawah
seolah-olah ingin menerkam sahaja gadis itu.
“Iya....sa....,”
belum pun sempat menghabiskan kata-katanya satu penampar hinggap tepat di pipi
kiri Irisha membuatkan dia hampir sahaja tersungkur. Irisha terkejut, tidak
tahu mengapa dia ditampar tanpa sebab.
“Dasar
betina gatal! Hei, betina! Jangan sesekali kau cuba ganggu hidup anak aku! Kau
sedar tak kau tu tak setaraf dengan kami??!! Aku jijik dengan orang miskin
macam kau! Tak sedar diri!! ” tempik Datin Rafiza, menyinga tiba-tiba tanpa
mempedulikan mata-mata yang memandang.
“Kenapa?Apa salah saya puan?
Lagipun siapa anak puan?”
“Jangan kau berpura-pura dan
jangan sesekali panggil aku Puan! Panggil aku Datin! Aku Datin Rafiza,
ibu Asyraf. Jangan sekali kau cuba dekati dia kalau tak nahas kau aku
kerjakan budak miskin!!” Tengking Datin Rafiza sambil menunjal-nunjal dahi
Irisha.
Irisha terduduk di situ. Dia
benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Baru dia faham kini mengapa
Asyraf begitu sukar untuk memperkenalkan ibunya kepada Irisha sebelum ini.
Apatah lagi menurut wanita tua itu tadi, dia telah mempunyai calon menantu
untuk anaknya.
“Asyraf....cinta tanpa restu
tidak mungkin akan berkekalan...,” bisiknya sendiri. Tanpa disedari setitis
air matanya gugur ke bumi.
*
* * * * *
“Mama, Raf
tak boleh terima Nabella, Nabella bukan gadis idaman Raf. Tak mungkin Raf akan
menyintai dia . Lagipun Raf sudah ada pilihan
sendiri,”tegas
Asyraf saat ibunya mencadangkan agar dia menerima Nabella.
“Sayang,
cinta itu boleh dipupuk. Mana tahu suatu hari nanti Raf akan jatuh cinta
dengan Nabella. Lagipun dia berpelajaran, cantik dan setaraf dengan keluarga
kita..,” pujuk Datin Rafiza lagi, tidak berputus-asa.
“Mama,
selama ini Raf tak pernah minta apa-apa pada mama. Tapi, tolonglah untuk sekali
ini sahaja.... Beri peluang pada Raf tentukan hidup Raf sendiri?” rayu Asyraf
penuh mengharap.
“Baiklah,
sayang.... Jika itu yang terbaik...” jawab Datin Rafiza seolah-olah memahami
sambil tersenyum penuh makna pada satu-satunya anak tunggalnya itu. Sedangkan
sebenarnya hati kecilnya memberontak hebat. Dia bertekad tidak akan melepaskan
gadis yang cuba merampas anaknya itu.
“Thanks
a lot mama! I love you till Jannah! Nanti Raf kenalkan Iris pada
mama...!” ucap Asyraf sambil bersorak riang lantas mencium pipi mamanya.
“Auntie....
auntie.. are you alright?” tegur Nabella lantas menyedarkan Datin
Rafiza dari lamunannya. Saat itu, peluh jerih terasa membasahi dahinya.
“Eh, Bella
bila sampai?” soalnya cuba beramah mesra dan menyembunyikan kegusaran di hati.
“Dah
lama auntie.. tapi, auntie aje yang tak perasan..
pucat aje muka auntie, tak sihat ke?” soal Nabella menunjukan
keperihatinannya.
*
* * * * *
Malam itu
Datin Rafiza tidak dapat tidur lena. Sekejap dia berkalih ke kanan dan sekejap
lagi ke kiri. Peluh jerih membasahi dahinya. Kereta putih itu lagi. Seorang
gadis dan titisan air yang membingitkan telinga. Gadis itu. Titisan air. Kereta
putih.. Dan mimpi itu berulang-ulang tanpa mahu berhenti. Dia cuba
berlari, jauh... Sejauh mungkin dari semua itu. Tetapi, benda-benda
yang sama itu tetap terus mengejar. Nafas Datin Rafiza tercungap-cungap. Dia
terhenti di persimpangan jalan yang sunyi. Saat itu, terasa dosa-dosa
silam seolah-olah menjerut batang lehernya sendiri.
“Pergi kau! Pergi kau!!!” Dia
mula meracau-racau di dalam tidurnya.
Bunyi panggilan telefon yang
berdering-dering membuatkan Datin Rafiza terjaga dari mimpi buruknya. Lantas
dia mengurut dada yang terasa mencungap-cungap benar. Perlahan-lahan dia
mencapai telefon bimbitnya. Panggilan dari Naufal.
"Hello....
Apaaa??!!” telefon bimbitnya terlepas tanpa dapat dia berkata apa-apa
lagi.
*
* * * * *
“Iris...ingat!
Aku nak kau tolak cinta anak aku bila dia lamar kau nanti. ” masih
terngiang-ngiang lagi ayat amarannya kepada gadis itu apabila dia mengetahui
anaknya, Asyraf ingin melamar gadis itu.
“Iris.... Iris...
Iris...” sayup-sayup kedengaran suara Asyraf meracau-racau memanggil nama
Irisha, membuatkan Datin Rafiza tersedar dari lamunannya.
“Asyraf....Asyraf,
ini mama sayang, ” panggil Datin Rafiza cuba menyedarkan anaknya itu
dari lenanya yang panjang. Sudah beberapa hari Asyraf koma di Hospital dan
berada di dalam penjagaannya. Datin Rafiza sedikit lega apabila mendapati
perkembangan positif anaknya meskipun agak tidak senang mendengar nama gadis
itu disebut anaknya. Pantas loceng kecemasan yang terdapat di hujung katil wad
kelas pertama itu ditekan bertujuan untuk memanggil doktor. Sedikit
pun dia tidak mahu berpisah dengan Asyraf.
Perlahan-lahan Asyraf membuka matanya. Cahaya terang yang menembusi bilik itu terasa cukup menyilaukan pandangan matanya. Dia mendapati suasana di situ terlalu asing baginya. Di mana Iris?
Perlahan-lahan Asyraf membuka matanya. Cahaya terang yang menembusi bilik itu terasa cukup menyilaukan pandangan matanya. Dia mendapati suasana di situ terlalu asing baginya. Di mana Iris?
Rasanya baru sebentar tadi dia melihat Iris, tersenyum
penuh makna padanya. Tetapi, kenapa pula dia tiba-tiba terbaring di sini? Dan
kenapa pula tubuhnya terasa amat letih? Letih sekali?
“Mama...,Raf...
dekat mana?” soal Asyraf sedaya upaya menguatkan dirinya meskipun
terasa bisa di seluruh sendi-sendinya. Tekaknya juga terasa haus.
“Raf, kat Hospital sayang...
sudah hampir seminggu Raf koma. Maafkan mama sebab paksa Raf belajar di luar
negara. Mungkin disebabkan itu Raf jatuh sakit...,”ujar Datin Rafiza separuh
kesal sambil membelai rambut anaknya itu.
“Mama...Iris
mana? Raf rindukan dia ma...,” soal Asyraf lagi meskipun agak penat, spontan
mati senyuman Datin Rafiza sebaik sahaja nama itu lagi disebut
Asyraf. Jiwanya merontak bagai hendak gila setiap
kali mendengar sebaris nama itu.
“Sayang,
Iris dah tak ada, sayang...lupakan dia sayang...,” ucap Datin Rafiza lembut,
meskipun hatinya berperang sesama sendiri. Sebolehnya dia cuba menahan
kesabaran yang semakin menipis di dada.
“Apa
yang mama merepek ni? Baru tadi Raf nampak dia ma... Raf nak jumpa dia ma...,”
“Asyraf, Iris dah meninggal
dunia....,” Datin Rafiza masih cuba bersabar meskipun hatinya sudah mula
menggelegak.
“Tak
mama..., mama bohong . Kalau tidak kenapa Raf nampak dia tadi? Raf tahu, mama
sengaja nak halang hubungan kami kan? “ucap Asyraf agak kecewa sambil menahan
bisa yang bukan sahaja menjerut tubuhnya malah hatinya.
“Asyraf, Iris dah mati!! Dah
mampus !!! kamu faham tak?? Mama yang upah orang untuk bunuh dia! Langgar dia
sampai mati!! Mama sendiri nampak macam mana dia diseret sampai mati! Iya,
kemalangan tu dirancang! Puas hati kamu sekarang??!!” tempik Datin Rafiza
hilang sabar, tanpa sengaja meluahkan segala yang terbuku dihatinya dan ‘beban’
yang diciptanya selama ini. Setelah itu, barulah dia menyedari keterlanjurannya
sebentar tadi. Dia tergamam sendiri.
“Tak..Takk
mungkin ma....Raf tak percaya! Iris tak mati macam tu....,” saat ini air mata
Asyraf mula bercucuran. Dia teresak-esak sambil cuba menjauhi mamanya tanpa menghiraukan wayar yang
berselirat di pergelangan tangannya.
Dia
mula teringat kembali pada berita kematian Iris yang didengari beberapa hari
selepas lamarannya ditolak. Berita itu memang terlalu memberi tamparan hebat
padanya.
Disebabkan itu, dia menganggap Irisha masih hidup lagi cuma
menghilangkan diri sahaja. Dia yang mengkhayalkan semua itu semata-mata untuk
meneruskan hidup dan mencari sedikit kekuatan. Namun, dia tidak sangka bahawa
semua itu membuatkan dia semakin parah.
“Maafkan
mama Raf...mama terlalu sayangkan Raf. Mama tak mahu orang lain rampas anak
mama...,”
“Raf
tak sangka, mama memang kejam! Mama zalim! Sampai hati mama bunuh Iris!
Sedangkan selama ini mama berpura-pura sukakan dia... kenapa ma??!! Padahal...
Iris dah tarik diri sebelum mama bunuh dia lagi. Kenapa? Kenapa sampai bunuh
dia ma? Dia... dia... tak berdosa pada kita...” ujar Asyraf terlalu
kesal sambil terbatuk-batuk. Dan semakin lama semakin teruk batuknya
sehingga dia tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Saat itu bersemburan darah
merah dari mulutnya. Tubuh lelaki itu menggeletar seolah-olah terkena sawan. Namun kejang tiba-tiba. Dan akhirnya kaku terkulai layu di situ.
“Raf...semuanya
sebab mama sayangkan kamu... maafkan mama Raf..,” Air mata penyesalan Datin
Rafiza mengalir di pipi, namun sudah tiada gunanya lagi kerana Asyraf telah pun
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tubuh kaku anaknya yang tidak lagi bernyawa itu dipeluk erat. Air mata penyesalannya mengalir deras, namun sudah tidak berguna lagi.
Silapnya
kerana terlalu menyayangi anak sendiri secara berlebihan dan asyik membezakan
pangkat serta taraf kedudukan seseorang sehingga sanggup melakukan jenayah.
Tanpa menyedari bahawa anaknya itu adalah milik Allah S.W.T yang hakiki dan bila-bila sahaja Allah boleh menariknya daripada dia. Dia juga lupa bahawa manusia itu semuanya sama, yang membezakan adalah amal dan iman
mereka kepada Allah S.W.T. yang menentukan dajat mereka di sisi Allah. Dan
kini, dia kehilangan satu-satunya anak tunggal kesayangannya itu buat selamanya.
Masih terbayang lagi saat indah itu ketika dia melahirkan Asyraf dan menimang
bayi comel itu. Andai boleh diundur waktu, dia ingin kembali ke
detik itu lagi.
TAMAT
Nadhiewueen, 2009
p/s : Maaf andai pengakhiran cerita ini tidak berakhir dengan
bahagia, kerana secara realitinya tak semua kisah berakhir dengan indah. :')
bagus cerpen ni, teruskan menulis. :)
ReplyDeleteinsyaAllah. Terima-kasih awk ;)
Deletekeep writing dear. Betul tu dlm dunia realiti tak semua nya indah.
ReplyDeleteYup. Ahamdulillah. Tqsm for da support sis :)
DeleteThumbs up๐๐๐bestt..nnti buat cerita lain
ReplyDeletetqsm dear. insyaAllah. Doakan ;)
Delete