Saturday, 27 February 2016

Peringatan Untuk Diri



Assalamualaikum,

Kadang-kala kita leka dan kadang-kala kita alpa. Selalu berlaku di saat-saat kita sedang mengecapi kesenangan.  Disebabkan itu, sentiasa perlu ada pengisian untuk diri kita seperti selalu ke majlis-majlis ilmu, bercampur dengan orang-orang alim, mendengar ceramah di youtube/televisyen/surau, kuliah-kuliah di masjid dan sebagainya, agar diri kita tidak akan terus lupa dan alpa.

Jaga solat setiap waktu. Kerana solat adalah titik perubahan utama dalam diri kita. Bermula dengan menjaga solat setiap waktu, diikuti dengan solat di awal waktu dan akhirnya cuba mencari kekusyukan dalam solat. InsyaAllah. Moga saat itu kita akan dapat ketenangan yang kita cari. 

Setelah itu berjihad lah pada diri untuk melazimi lidah dengan zikir-zikir harian. Semoga kita akan sentiasa dekat dengan sang pencipta. Aminn..




Ingatlah. Seperti kata-kata di atas. Jika kita mahu pertolongan Allah swt di saat-saat sukar, ingatlah Dia selalu di saat kita kesenangan. Moga Allah swt akan sentiasa mengurniakan kita ketenangan yang kita cari. Amin!

Dan mana yang baik itu, selalulah kita kongsi bersama untuk peringatan sesama kita. Semoga bermanfaat. Aminn!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...