Sunday, 21 February 2016

CERPEN: Siapakah Di Hatimu?

    sumber gambar : google



Pagi itu, tatkala mentari mula terbit dia berteleku di situ. Memerhatikan fajar mula menyingsing dan melihat sang camar yang berterbangan riang untuk mencari rezeki. Namun, hatinya tidak seindah hari yang menjelma.

“Kenapa menangis ni?” Soal Daniel sambil duduk di atas pangkin kayu itu bersebelahan Nabeehah.

“Eh, mana ada saya tak nangislah..,” Nafi Nabeehah lantas berpura-pura ceria sambil cuba menyembunyikan kesedihannya. Sedaya dia tersenyum semanis mungkin meskipun jauh di sudut hati dia jua tidak begitu menyenangi kehadiran Daniel pada ketika itu. Mengapa insan lain yang diharap insan lain yang datang?

“ Eha, jangan cuba tipu abang. Abang tahu awak nangis. Awak takkan dapat sembunyikan kesedihan awak dari abang..,” ujar Daniel prihatin.

“Abang Dani ni ada-ada ajelah. Erm.. kalau saya nangis pun apa salahnya, dapat buat senaman mata..,” ujar Nabeehah tersenyum ceria sambil sempat berseloroh. Tanpa sedar sedikit sebanyak kehadiran Daniel menyenangkan hati jua meskipun kehadirannya sebenarnya tidak diharapkan. Lantas dia bangkit dari pangkin kayu itu dan berjalan ke arah pesisiran pantai.

‘Kalau awak menangis abang pun akan sedih juga, Eha. Eha, apa sebenarnya yang membuatkanmu sedih? Dan mengapa kau seolah-olah menjauhkan diri daripadaku?’ bisik, hati kecil Daniel sayu sendirian.




                                                                          * * * * *


“Ajib, kau nak tahu satu berita gembira tak?” soal Daniel teruja kelihatan gembira sekali pada hari itu.

“What’s up, bro?” soal Razif, adik kembarnya yang kelihatan turut teruja dan ingin berkongsi kebahagiaan saudara kembarnya itu. Jelas sekali perhubungan kedua beradik itu agak akrab.

“Guess what?” Daniel ingin berteka-teki.

“What?” Razif memberi respon.

“Actually..., I never thought that I would fall in love again.." beritahu Daniel tanpa dapat bersabar lagi dan agak tersipu-sipu malu.

Is it true, abang? Syukurlah, akhirnya. But, with whom? Who’s the lucky girl? May I know, please?” saat ini bibir Razif turut mengukir senyuman bahagia. Lega dengan berita yang baru sahaja di dengarinya ini. Apatah lagi abangnya ini seorang lelaki yang sukar untuk jatuh cinta.

“Eha....,” bisik Daniel perlahan namun mampu didengari Razif. Dia menelan liur tiba-tiba. Entah mengapa hatinya bagai tersentap sebaik mendengar sebaris nama itu disebut. Namun, sebolehnya dia cuba menyembunyikan kegusaran di hati.

“Whats? Who’s that girl?” Razif berpura-pura menyoal semata-mata inginkan kepastian.

“I am falling in love with Nabeehah Abdullah. Eha.. dialah gadis bertuah tu,” beritahu Daniel lagi membuatkan Razif terdiam mendengarnya.

“kenapa diam? Don’t say that... you.....,” belum pun sempat Daniel menghabiskan kata-katanya, pantas Razif menyiku lengannya dan memintas.

“Abang, I never realize that you've falling in love with that girl..,”

Why? I think she is so special..Lain daripada yang lain..,”

Because she’s a bit naive ..Is it true abang?”

“How dare you?? Don’t talk bad about her. Naif-naif dia tu lah yang buat abang semakin sayang.. Huh, if you nak gadis yang macam model je..,” cebik Daniel sempat memerli adiknya.

“Alright, you win! Ajib doakan abang bahagia. Semoga cepat kahwin and cepatlah Ajib dapat anak saudara..,” akhiri Razif dengan kata-kata gurauannya sedangkan hati kecilnya pantas menafikan. Ah, tidak mungkin gadis itu akan diterima sebagai kakak iparnya.

Tanpa sedar satu keluhan terlepas dari bibir Razif. Luahan hati abangnya beberapa minggu yang lalu lenyap dari fikiran namun kenangan itu cukup mengusarkan hatinya. Masih diingati saat pertemuan pertama mereka. Antara dia, Nabeehah dan abang. Kehadiran gadis itu yang bersikap kelam-kabut dan agak naif membuatkan dia bagai tidak menyenanginya. Pun begitu, abangnya tetap setia melindungi gadis itu sehinggalah saat abangnya memberitahu rahsia dihatinya, barulah dia menyedari bahawa dia jua turut jatuh hati pada gadis itu.

'Cinta..., mengapa begitu kompleks? Mengapa insan yang ku cintai turut di cintai oleh insan yang kusayangi?' Hatinya berbisik sendirian, pedih tiba-tiba. Mungkinkah kerana mereka adalah adik beradik kembar? Tetapi, bukankah mereka berdua memiliki sikap yang berbeza? Namun, mengapa gadis yang sama? Dan mengapa gadis yang dulunya ditegaskan bukan gadis idamannya kini telah berjaya mencuri hati dan perasaannya?

‘Ah, tetapi tidak mungkin aku akan melukai hati insan yang kusayangi apatah lagi dia tulus menyintai gadis itu. Tidak sepertiku baru kini jatuh hati padanya.’ Hatinya bebisik lagi, agak sayu. Dan tanpa sedar dia termanggu sendiri sambil berdiri di sisi jendela yang berlatarkan sang purnama yang kian pudar...


                                                                             * * * * *


“Ajib...,” panggil Nabeehah perlahan. Belum pun sempat gadis itu ingin meneruskan kata-katanya pantas Razif memintas.

“Boleh tak jangan panggil saya dengan nama tu?” kedengaran dingin sekali kata-kata Razif pada ketika ini membuatkan hati Nabeehah sedikit tersentak dengan reaksi lelaki itu. Mengapa Razif? Mengapa kau semakin dingin kebelakangan ini?

“Saya cuma.....,” Lantas kata-kata Nabeehah di pintas.

“Nama tu hanya keluarga dan orang-orang terdekat je yang boleh panggil saya dengan nama tu..,”

“Maksud awak hubungan kita ni....,” kata-kata Nabeehah serasa bagai tersekat di kerongkong. Hatinya pedih tiba-tiba. Benarkah Razif langsung tidak terasa apa-apa? Sedangkan hubungan mereka sudah semakin rapat sebelum ini. Tetapi, tiba-tiba sahaja lelaki itu menjauhkan diri dan mula bersikap dingin padanya? Tetapi, kenapa? Apa salah saya Razif? Betulkah selama ini awak tidak pernah terasa apa-apa? Hanya saya yang tersalah sangka?

“ Baguslah kalau awak faham. So, kenapa selalu sangat datang sini?” Lancang sahaja Razif mengajukan soalan itu sambil selamba berpura-pura melihat majalah di atas kerusi taman di halaman rumah tanpa sedikit pun memandang ke arah gadis itu. Meskipun sedikit terasa hati, namun Nabeehah tidak kisah. Dia cuma ingin tahu sesuatu sahaja.

“Saya cuma ....,” belum pun sempat menghabiskan kata-katanya lantas seseorang memintasnya dari belakang.

“Abang yang ajak Eha datang sini? Kenapa Ajib tak suka ke?” sampuk Daniel yang tiba-tiba muncul entah dari mana sambil mencerlung tajam ke arah Razif.

“Abang...?” Razif bagai terkelu seketika melihat kedatangan abangnya yang tidak di duga. Ah, mengapa dia boleh terlupa bahawa gadis itu adalah insan kesayangan abangnya?

“ Abang tak faham kenapa Ajib layan Eha begini..,”

“Maaf, abang... Ajib tak bermaksud begitu....,”

“Abang Dani, sudahlah tu... Ajib tak bermaksud begitu...,” agak kalut Nabeehah cuba membetulkan situasi yang mula keruh di antara dua beradik itu. Dia tidak mahu seandainya kedua beradik itu berselisih faham semata-mata di sebabkan dirinya.

Bunyi hon kereta di luar pagar banglo mewah itu pantas mengalih tumpuan mereka bertiga. Seorang gadis yang kelihatan anggun dengan dress merah separas lututnya keluar dari mercedes hitamnya.

“Ajib...,” panggilnya sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Razif. Hati Nabeehah sakit tiba-tiba. Bukan sahaja sakit disebabkan kedinginan lelaki itu, tetapi jua sakit melihat lelaki itu dengan selamba mencapai tangan si gadis dan mengikutnya sampai ke dalam kereta. Dan Nabeehah hanya mampu memandang hampa tatkala mercedes hitam itu hilang dari pandangan.

Hati Daniel jua terasa sakit. Sakit tiba-tiba. Sakit tatkala dilihatnya riak wajah gadis itu yang kelihatan sedih. Lebih menyakitkan lagi apabila dia bagai dapat menghidu bahawa gadis itu sebenarnya menyintai adiknya.


                                                                          * * * * *



Promise me.. jangan gerak-gerak tau...,” pesan Nabeehah manja sambil bersedia untuk melakar seraut wajah bersih lelaki itu di atas kanvas lukisan yang sudah tidak putih lagi. Namun, untuk kesekian kalinya wajah lelaki itu tanpa sengaja terkalih kearah lain pula.

“Ajib! Awak masih tak tumpukan perhatian. Macam mana saya nak lukis ni? Kata nak tengok bakat saya tadi!” Nabeehah berpura-pura marah.

“Penatlah Eha... Ishh, kalau orang yang ada bakat melukis tak payah jadi patung pun boleh lukis dengan baik. Tak adil lah macam ni penat saya jadi patung untuk awak. Ada upah tak ni?”

“Ish.., mestilah ada lepas ni saya belanja awak makan. Oh, ye patutnya awak bangga dapat jadi model saya bukan patung ye.. sabar ye lagi sikit aje lagi. Lagi sekejap aje lagi. Cuba posing balik macam tadi... lagi sikit je okey?” becok mulut gadis itu berpesan itu dan ini.

Entah bagaimana sejak terpandangkan lukisan Nabeehah hati Razif seakan tertarik untuk mengetahui bakat yang terpendam pada gadis itu. Apatah lagi dia sebenarnya amat meminati kanvas-kanvas lukisan yang terhias indah. Tanpa sedar ada kemesraan yang mula berputik antara mereka pada ketika ini. Gadis yang agak lurus orangnya itu rupanya punyai kelebihan tersendiri juga. Nampaknya dia terlalu memandang negatif pada gadis itu sebelum ini.

Saat Nabeehah mula melakarkan wajah lelaki itu, sekali lagi pandangan mata mereka bertaut mengundang debaran di dada. Tika itu, tanpa disedari Razif seakan terpaku sendirian setiap kali pandangan mata mereka bersatu. Seraut wajah halus yang tekun melakar wajahnya turut kelihatan kalut tatkala disedari dirinya di perhatikan. Namun, dia cuba berlagak selamba meskipun kegelisahannya itu turut dihidu oleh Razif. Entah mengapa Razif dapat merasakan bagai ada secebis perasaan aneh yang mula menyelinap di dada. Sedaya dia cuba menafikan perasaan itu dengan sekeras-kerasnya namun gagal. Hatinya telah terpaut pada gadis itu. Dan tanpa disedari Nabeehah, telah banyak gambar gadis itu yang telah di tangkap curinya.

Satu per satu kepingan gambar gadis itu yang telah dicuci dan dijadikan sebagai koleksi peribadinya berselarakan di atas meja studinya. Razif mengeluh hampa. Dia tahu walau apapun, kelibat gadis itu harus di buang jauh dari hidupnya kerana gadis itu bakal menjadi milik abangnya. Dan koleksi gambar-gambar gadis itu harus dihapusnya secepat mungkin. Demi abang kesayangan dia rela berkorban. Maafkan aku Eha kerana melayan kau begini...maafkan aku kerana terpaksa menyakiti hatimu. Tetapi ini semua demi kabaikan kita semua..

“Ajib..,” saat itu, terpacul wajah Daniel di muka pintu tanpa sempat Razif menyembunyikan gambar-gambar yang telah berselerakan di atas mejanya.


                                                                              * * * *


Pagi itu seperti yang telah dijanjikan, Daniel menunggu Nabeehah di tepian tasik Idaman yang berdekatan kawasan perumahannya. Pada hari itu, dia sudah nekad untuk melafazkan cinta pada Nabeehah. Meskipun dia mengesyaki kemungkinan gadis itu dan adiknya saling menyintai, namun dia tidak peduli. Walau apapun, perasaan yang telah sekian lama menyeksa jiwanya ini harus dilafazkan.

Sebentuk cincin berlian putih yang disimpan di dalam kotak baldu merahnya disembunyikan di dalam kocek seluarnya. Seandainya tiba masa yang sesuai, dia akan mengeluarkannya. Dapat dibayangkan saat indah dan romantisnya apabila dia menyarungakan cincin itu ke jari manis si gadis. Telah lama detik itu dinantikan. Moga kau menjadi milikku.

“Abang Dani....,” Dari belakang satu suara yang cukup dikenali dan dinanti-nantikannya itu menyapanya. Namun, entah mengapa hatinya berasa serba salah saat itu. Separuh hatinya menegaskan untuk meneruskan niatnya itu dan separuh hatinya lagi membantah. Tegarkah aku menyakiti kedua insan yang kusayangi? Tetapi jika dia tidak berbuat begini dia jua akan menderita. Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Pantas Daniel berpaling kebelakang. Melemparkan senyuman semanis mungkin pada gadis itu. Namun senyumannya tidak dibalas. Kekeruhan di wajah gadis itu turut mematikan senyumannya.

“Eha, kenapa ni?” soal Daniel gusar.

“Abang, Eha dah tak sanggup nak tanggung semua ni... Eha dah tak tahu nak cerita pada siapa lagi. Eha nak cerita dengan abang .. sebab bagi Eha abang dah macam abang kandung Eha sendiri..Boleh kan?” Air mata Nabeehah bergenang.

“Cakap ajelah pada abang Eha..Apa dia?” ucap Daniel separuh rela. Hatinya sedikit tersentap tatkala Nabeehah membuat pengakuan dia ibarat abang kandungnya sendiri. Dia dapat merasakan peluangnya untuk meraih cinta Nabeehah seolah-olah semakin tipis.

“Abang, kenapa terlalu seksa menyintai seseorang? Kenapa abang? Dan kenapa Eha menyukai dia abang? Kenapa bukan orang lain?” lirih Nabeehah memberitahu. Hatinya sayu tika ini. Sayu mengenangkan layanan Razif terhadapnya. Daniel pula terkedu mendengarnya. Iya, itu jualah yang turut dirasainya.

Dia yakin siapa insan yang dimaksudkan Nabeehah. Tetapi sekurang-kurangnya dia mahu mendengar pengakuan itu dari bibir gadis itu sendiri.

“Eha, boleh abang tahu siapa orangnya?”

“Adik abang, Razif....,”ucap Nabeehah tanpa dapat menyembunyikan air matanya lagi.
Daniel terpempan. Hampir-hampir sahaja dia terjelepok ke tanah.


                                                                              * * * *


“Ajib, maafakanlah abang sebab berlaku kejam terhadap kamu berdua. Tak sepatutnya abang halang cinta kamu demi kepentingan diri...,” Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Daniel ditelinga Razif sebentar tadi.

What is that abang? Ajib tak faham...,” Razif berpura-pura tidak faham. Sangkanya abang akan memarahinya kerana telah melihat gambar-gambar gadis itu yang berada dalam simpanannya.

“Ajib, abang tahu sebenarnya Ajib sukakan Eha dan Eha pun sama. She told me everything about her feelings. She loves you Ajib! Go Ajib, pergi kejar dia cepat. Dia nak ke oversea lepas ni. Masih sempat lagi kalau Ajib nak kejar dia because her flight probably about 4pm..,” kedengaran sayu dan mendatar penjelasan Daniel tika itu.

“ Thanks , abang. Thank a lot! I love you so much .., ” ujar Razif agak terharu dengan penjelasan abangnya sambil sempat memeluk erat tubuh abang kandungnya itu.
“Enough Ajib. Go ..,pergilah kejar dia and tawan hati dia semula..,” pinta Daniel lagi sambil menolak tubuh adiknya itu dari pelukannya.

Lantas Razif memecut laju Hyundai sonata yang dipandunya membelah jalan menuju ke arah rumah Nabeehah.

“Eha, Eha...Nanti dulu, tolong jangan pergi Eha... I need you. I love you.. Pleasee... don't go...” Tanpa disedari ungkapan itu spontan terzahir dari bibirnya sambil tangannya mengenggam erat kedua belah tangan gadis itu membuatkan Nabeehah terpaku seketika bagai tidak percaya mendengarnya. Ungkapan yang dinantinya selama ini akhirnya menjadi miliknya.

Tetapi mengapa Razif kelihatan terburu-buru?Eh,tapi nanti jap..pergi?

“Tapi, saya tak pergi mana-mana ,Razif!” beritahu Nabeehah agak terpinga-pinga.

“Eha, stop pretending. I know your flight about 4pm, right?”

Nonsense , Razif. Kalau saya pergi dah tentu saya dah bersiap kan? Tak adalah santai cam gini je.”

But abang told me everything, about your feeling and ....,”

“So, Eha rasa abang nak kenakan Razif kut?” Nabeehah tersenyum manis akhirnya bahagia melihat ke akraban dua beradik kembar itu. Luka dihatinya sedikit sebanyak terubat tatkala mendengar luahan perasaan Razif sebentar tadi dan reaksi lelaki itu yang terburu-buru mendapatkannya. Dia tahu pasti abang yang merancang semua ini setelah dia memberitahu segalanya pada abang. Kata abang adiknya itu sememangnya menyukai Nabeehah dan sebab itu abang merancang nak ‘hukum’ adiknya. Oh, rupanya ini hukumannya. Thank you abang.

“How dare he do to this to me?” ucap Razif berpura-pura geram. Terasa malu menyerbu di muka tatkala teringat dia begitu gelojoh mengucapkan kata-kata cinta tatkala di sangkanya gadis itu akan pergi. Namun jauh di sudut hati dia berasa lega dan begitu berterima-kasih terhadap abangnya. Sanggupnya abang korbankan perasaan sendiri demi adiknya. Dan selepas ini ingin sahaja Razif pulang ke rumah dan memeluk abangnya seerat mungkin.


                                                                              * * * *


“Abang.., abang...,” panggil Razif sebaik tiba di rumah, namun setelah dua tiga kali dipanggil tetap tiada jawapan. Lantas Razif menuju ke dalam bilik abangnya. Namun kelibat abangnya tetap tidak kelihatan. Dan satu sampul surat yang terletak kemas di atas meja bilik abangnya telah menarik perhatiannya. Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Lantas sampul itu dibuka dan isinya dibacanya.

“Maafkan abang Ajib sebab buat begini. Abang nak ke satu tempat sekejap cari ketenangan. Jangan risaukan abang atau cari abang buat masa ni. Sampai masa abang balik okeh? Semoga bahagia..,”

                                                                                                                 Yang benar,
                                                                                                                Daniel Eckhcarll

Razif terkedu seketika. Dia terduduk di birai katil. Ucapan yang terlalu ringkas.
‘How could you leave me, abang....’ Setitis air matanya gugur di pipinya.


                                                                        -Tamat-

                                                                          * * * * 


p/s: Boleh baca di sini juga :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...