Skip to main content

Cara Menggunakan Perkataan "Di" Dengan Betul





Pada posting kali ini Sis nak berkongsi cara menggunakan perkataan 'di' dengan betul. Walaupun di entri blog, Sis tidak selalu menggunakan tatabahasa yang betul, tetapi sangat penting apabila kita bertujuan untuk menulis cerpen, novel atau sesuatu yang lebih official. 


Macam Sis juga, mesti ada yang keliru macam mana nak guna perkataan 'Di' dengan betul. Samada perlu dekat atau jauh. Di sini Sis akan berkongsi 'di yang dekat' dan 'di yang jauh' dengan harapan dapat menghapus sebarang kekeliruan pada kita semua.



Menurut penulis daripada blog depsaafzan, ‘di yang dekat’ hanya EKSKLUSIF untuk penggunaan ‘di’ yang dipadankan dengan kata kerja/perbuatan (verb).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai imbuhan. Jadi, ia harus didekatkan. 


Manakala, ‘di yang jauh’ adalah ‘di’ yang BIASANYA diganding dengan kata nama/tempat (noun).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai sendi (kata penyambung). Jadi, ia mesti dijauhkan.



Contoh:

1. Dibahaskan – dekat kerana ‘bahaskan’ adalah perbuatan/kata kerja
2. Dibakar – dekat kerana ‘bakar’ adalah perbuatan/kata kerja
3. Di perhentian – jauh kerana ‘perhentian’ adalah kata nama
4. Di rumah – jauh kerana ‘rumah’ adalah tempat
5. Di dalam – jauh kerana ‘dalam’ BUKAN perbuatan atau kata kerja"


Okay, setakat ini sahaja entri daripadaSis pada kali ini.  Terima kasih sudi baca. Moga bermanfaat ;)



Cr : depsaafzan

Comments

  1. I’m not that much of a online reader to be honest but
    your blogs really nice, keep it up! I'll go ahead and
    bookmark your website to come back down the road.

    Many thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda