Skip to main content

Tutorial: Cara Mudah Detect Virus Pada URL dan File anda!





Pernah tak korang rasa was-was masa nak bukak sesuatu link yang diberikan? Atau maybe lepas download software, korang rasa ragu-ragu nak extract, install mahupun menggunakan software tu? Takpun konon-konon dia cakap tu link untuk download movie batman vs superman, tapi bila click, tak dapat download. Yang dapat hanyalah virusess. huhue


Atau pernah tak bila dah download software dan install software tu, tiba-tiba komputer korang hang, dan antivirus detect ada virus dekat komputer korang... Then, time tu panik. Rasa stress sangat. Lagi-lagi time tu korang tengah buat assignment ataupun menyiapkan kerja-kerja penting di laptop korang. Last-last, kena format laptop. 


Okay, jangan sedih, jangan panik. Yang dah berlalu tu biarkan berlalu. Yang penting kita move on k. Improve diri untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya. Pada yang tak pernah kena tu, alhamdulillah. Tapi, apapun tak salah kan kalau kita amik langkah berjaga-jaga ni untuk kemudian hari? 




Scan URL Dan File Anda Dengan Virus Total Sebelum Download Apps



Untuk memastikan URL ataupun link yang kita click tu selamat, so sebelum click tu, copy dulu link tu, then bukak website Virus Total ni. Dan paste kan URL korang tadi dekat kotak URL tu. Then, tekan je scan okay!

Cara Mudah Detect Virus Pada URL dan File anda!


Website ni akan loading URL korang tu untuk seketika, then barulah result tu keluar macam dekat bawah ni . Ni contoh je k, saye masukkan URL blog sendiri, korang masukkan URL atau links yang korang nak bukak @ download tu. Jangan masukkan URL blog saye pulak. Hihi

Cara Mudah Detect Virus Pada URL dan File anda!





So, kalo dapat result "clean site" dan detection ratio "0", bermakna memang selamat lah link/URL yang anda nak buka atau download tu. Tak payah risau dah. :) boleh terus download dengan senang hati.


Untuk folder/Software/program yang korang dah download pun macam tu jugak. For more safety, tekan je button choose file tu dan pilih file mana yang korang nak scan tu. If result semua okay dan clean, then bolehlah korang guna file tu k! 

Cara Mudah Detect Virus Pada URL dan File anda!

Okay, dah. Setakat ni je perkongsian untuk hari ini. Moga membantu dan bermaanfaat buat anda semua. sekian 

Comments

  1. wah boleh cuba ni.. tq kak ^^

    singgah + follow sini.. ^^

    jemput join segmen shawal.. :)

    http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html

    ReplyDelete
  2. cuba nak hadam.. tq for sharing!

    ReplyDelete
  3. Nak try la buat nanti. :) Tapi kak Nadhie, kalau anti virus untuk Handphone kan, mana erk yang okay? Please any suggestion. Pernah install clean master, tapi macam tak bole pakaiiiii jerk, still ada virus jugak. Sob sob ! :(

    ReplyDelete
  4. kadang2 mmg pening bila file kena virus. thanks ya sharing this!

    ReplyDelete
  5. @• Ain Cho'in •Sama-sama. hihi. owh yaka. virus apa? Cuba try avast antivirus & ccleaner. So far pakai Avast alhmdulillah ok je. hee. tp hati2 guna ccleaner, kena tau apa yg nak kena tick n apa yg tak... takowt kang hilang pulak benda2 yg kita takmo delete. hihi

    ReplyDelete
  6. kak, tq share pasal ni :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda