Friday, 11 March 2016

Persediaan Sebelum Format Komputer






Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang ingin belajar dan sedang berjinak-jinak belajar format komputer, dekat sini Kak Nadhie nak kongsi tip-tip persediaan sebelum format computer. Bila tiadanya persediaan untuk format computer dan tidak tahu cara yang betul, ramai yang pakai sumbat je CD windows & terus format. Dan semua ni akan menimbulkan masalah kelak, contohnya hilang data dan sebagainya. So kat bawah ni Kak Nadhie akan list kan cara-caranya:



1. Backup kesemua data penting

Kesemua data penting hendaklah di backup terlebih dahulu di dalam partition lain atau external hard disk selain daripada Local Disk C, sebab  kita akan menginstall windows dekat C dan partition C akan dikososngkan dan diperbaharui dengan windows baru. Disebabkan itu, kesemua data-data anda yang disimpan di dalam partition Local Disk C akan hilang semuanya. So, backup boleh dibuat samada di partiton D atau external hdd.

2. Backup guna open source (jika perlu)

Ada sesetengah kes, windows corrupt dan maybe tak boleh log in windows. So, takkan nak terus format macam tu je kan? Dan menyerah serta membiarkan data-data penting anda hilang sebegitu sahaja? Semuanya? Tak mungkin kowt! Percayalah ada je cara dan ikhtiar lain seperti membackup data anda menggunakan open source. Biasanya Kak Nadhie guna open source macam Ubuntu, backtrack pun boleh kalo takda yang lain. Dapatkan ISO open source (secara percuma tak payah beli CD os dah) tu, then buat portable os dekat pendrive, guna software LiLy. Nanti kak Nadhie ajar camne nak guna. Kemudian barulah boleh loggin komputer kita dan backup data-data penting sebelum komputer diformat.


3. Simpan software-software dan driver penting untuk laptop.

Sebelum format laptop, kena ada simpanan perisian driver untuk komputer korang dengan tujuan selepas format korang boleh install driver tersebut dan komponen seperti audio, video, VGA, camera dan lain-lain. Sebelum tu , korang kena pastikan driver yang korang simpan tu adalah driver yang betul dan bersesuaian dengan laptop korang. Contohnya korang punya laptop Compaq tapi pergi download driver untuk Acer pula.



Nak dapatkan driver senang je, google model laptop korang contohnya camni “Driver for Compaq Presario CQ41”. Kena lengkap kalau tak takowt dapat driver yang salah je. Nanti timbul masalah lain pulak if salah install driver. Takpun pergi je dekat website jenama laptop korang, dan search dekat situ. Lepas download pastikan anda menyimpan semua software dan driver penting samada di external hard disk atau di pendrive.


4. OS dan Software kena compatible dengan laptop

Compatible tahu tak apa itu compatible? Serasilah maksudnya. HEHE Okay,Sebelum install sebarang OS atau software, pastikan ianya serasi atau compatible dengan laptop korang.

Cara nak tahu compatible ke tak, kena lah check system requirement untuk software tu dan system requirement computer korang. Kenapa? Rasa leceh? Kata nak belajar, so kenalah usaha. Hehe. Okay, cara nak check mudah jeee.. semuanya google contoh: ‘System requirement for Compaq presario CQ41” dan “System requirement for Windows 10”. Lepas tu compare kan system requirement keduanya. Selain tu boleh check system requirement laptop korang dengan software macam CPU-Z atau taip je dxdiag. Nanti keluarlah info-info sepatutnya. Tak pun pergi je dekat label windows tu-> computer-> right clicks-> properties. Nanti keluar semua details k :)

Tujuan check ni.. yelah, manalah tahu kowt laptop yang kita guna tu dah masuk 7 tahun, so tak support lah dah dengan Os baru, driver-driver baru ni dsb.

5. Tujuan Format

Okay, sebelum format tu, betulkan niat dulu. Memang dah teruk sangat sampai nak kena format ke atau memang saje2 nak format? Yelah manalah tahu konon-konon nak mencuba? No no no okayy. Selagi boleh elakkan daripada menformat komputer selagi tu elakkan lah.

Sebab if selalu sangat format komputer, prestasi hdd komputer akan semakin berkurang. Inilah yang dikatakan sebagai side effect daripada format komputer. Jangan kelak masalah lain pula yang timbul huhu. Thats why ada pepatah mengatakan lebih baik mencegah daripada mengubati.

Macam mana nak mencegah adik-adik? Jaga komputer korang elok-elok k. Jangan kasi itu virus masuk, pakai antivirus yang sesuai and selalu scan pendrive before cucuk kat komputer.  Sebab kita nak pakai laptop biarlah sampai 10 tahun, jangan baru dua tahun je dah buang ;(

Next entry kak Nadhie akan share lagi tip-tip penjagaan komputer dan sebagainya. Okay sekian. Terima-kasih sudi baca dan sudi belajar. Semoga bermanfaat. J






rujukan: bualkomputer


4 comments:

  1. thanks share info. saya pena format dulu. tapi tak pandai nak back up la.

    ReplyDelete
  2. Salam Cik,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
    laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
    Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Sama-sama awak :) Wah.. bagus dah tu. Takpa.. insyaAllah boleh belajar. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...