Wednesday, 23 March 2016

Remove Media Auto-Download Di Aplikasi Whatssapp Messenger Anda!

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...

Sihat ke? Hopefully semua sihat-sihat belaka. :) Hari ini ahkak nadhie ingin berkongsi sedikit info berkenaan aplikasi whatssapp Messenger anda. Rata-rata hampir semua orang pakai aplikasi ni kan sekarang? Ye tak? Tapi, tak semua orang tahu fungsi-fungsi sepenuhnya di aplikasi ini? So, hari ini nak share tips sedikit...

Sebelum tu, nak tanya..

Semua orang ada group whattsapp kan? Kadang-kadang ada yang sampai berbelas group. Dah tu setiap kali ahli group yang lain update gambar, video , status atau share something, tahu-tahu gambar-gambar dan video tu semua dah ada dalam galeri fone korang. Dan tak pasal-pasal memori fone korang penuh dek gambar-gambar dan video-video tu jek. Sampai jam jam dibuatnya. Kadang-kadang tak pepasal habis bandwitch internet kita. Lebih haru bila ada yang share gambar2 seram, tak best, menakutkan, tak senonoh dan sebagainya. Nak left group pulak takut ada yang terasa hati pulak.

Okay, so untuk entri kali ini saye nak share macam mana nak remove media auto download atau pendek kata, fone korang tak akan  auto download gambar-gambar atau media-media yang korang tak nak. Ada paham? hihi



Okay camni cara-caranya...


   1. Mula-mula buka aplikasi "whatssapp messenger" korang tu.


   2. Kemudian buka "settings" fone korang



   3. Okay, lepas tu tekan "Chats and Calls"




   4. Dah tekan? Okay now tekan dekat "Media auto download" macam gambar kat bawah ni.



   5. Tekan dekat "When using mobile data", 



6. Then, just untick "images, audio, videos, dan documents" dan semualah yang korang tak nak auto-download.



   7. Untick sampai jadi camni k. So, lepasni kalo buka group whatssap korang boleh click dan download mana images yang korang nak je.


     8. Step ni sesuailah if korang memang tak nak quota internet korang habis kan.. So apply je step 6 pada "When connected onWi-Fi" dan "When roaming" kalo korang memang tak nak media auto download tu. 

So, lepas ni tak adalah tiba-tiba entah gambar tah pape je kan muncul kat galeri fone korang. Dan takdalah space fone korang penuh dek benda-benda yang korang tak nak . Fone pun takdalah hang memanjang. 

Pada yang dah tahu tu, alhamdulillah. Tapi, jangan lupa k share benda-benda macam ni pada orang tua kita. Tak kisah lah mak ayah ke, nenek atuk ke, mak dara pak sedara ke yang tak tahu benda-benda camni. Bila mereka tak faham dan tanya banyak kali jangan korang marah pulak. Yelah, kita time kecik-kecik dulu siapa yang ajar berjalan? Bercakap? :') Sendiri mau ingatlah.

Okay, sekian. Moga bermanfaat :) Tqq sudi baca :) 





12 comments:

  1. Thank you share! huhuuhu.. kalau da dalam group whatsapp tu mmg mcm mcm gambar video semua ada.. penat jari hakak nak delete sesatu phone 32Gb pun penuh dikkk. haha

    ReplyDelete
  2. Setiap kali install whatsapp di phone baru , memang wajib buat ni . kalau tak parah quota . haha Nice sharing btw :)

    ReplyDelete
  3. @♥ aiNa yaZiD ♥ haha. sama2 kak aina. tulah penat kowt phone storage beso pun jadi kicik dibuatnya :DD huahaha

    ReplyDelete
  4. @Syamsid Dhuhahaha. kan? wajib2 mmg wajib. hehe. tqq :)

    ReplyDelete
  5. lagi save data & paling penting tak masuk gambau yg kita tak nak. kadng kat group memacam. hahaha

    ReplyDelete
  6. Hyeeee~ bermanfaat sangat ni. I adore youu laa. Hihiksss 😆😆😘

    ReplyDelete
  7. wahhh berguna ni.. kadang-kadang group kawan-kawan
    upload video diorg bercakap-cakap, walhal kita gunakan
    data je jadi dia auto download benda-benda tu semua x_x

    ReplyDelete
  8. @Vanilla Mapleha kan? kadang penat dibuatnya. hihi :D

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. same2. Tp skrg wassap dah update. setting da lain. maybe kena buat tuto lain pulak. hee :D

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...