Saja nak share pengalaman interview SPA untuk jawatan Penolong Pegawai
Teknologi Maklumat (F29) yang telah diadakan pada januari 2016 yang lalu. Masa mula-mula dapat message terpilih untuk interview tu memang terkejut. Apa taknya bila tengok statistik untuk jawatan tu memang ramai. Bil
pemohon je dah 95637, yang kena interview nak dekat 1k, jawatan kosong 18, dan
calon simpanan je dah 80.
So, dalam gembira-gembira tak pasti tu, tawakal
ajelah. Dalam hati fikir if ada rezeki insyaAllah. Yang penting tak mengalah dari awal dan pergi je
interview tu. Dalam masa yang sama, tetap memanjatkan kesyukuran kepada
Allah sebab diberi peluang untuk dapat interview ni. Yelah bukan semua orang
dapat peluang ni. Ye tak? Apa-apapun teruskan berdoa, berusaha dan bertawakal
okay.
Okay, ada sesiapa tak dapat interview SPA? Dan untuk jawatan apa? If ada
tahniah saye ucapkan. Buat yang terbaik ye. Sebelum tu, nak tanya siapa nama Yang
di pertuan Agong kita yang sekarang? Beliau merupakan yang di pertuan Agong ke
berapa? NKRA tu apa? Apa itu MOSTI? Sebutkan rukun iman, rukun islam dan rukun
negara?
Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part1)
Time-time nak dekat exam, interview nanti lah baru nak buka buku sejarah, google sana-sini cari contoh soalan-soalan
interview SPA, maklumat berkaitan pentadbiran malaysia, parlimen dan
sebagainya.
Ha... nak tanya kat korang plak... Siapa nama
speaker dewan rakyat? (Btw soalan-soalan dekat atas ni dikira sebagai soalan umum tau)
Okay, so seminggu dua sebelum hari kejadian tu, mulalah sis berhempas pulas belajar dan ulangkaji
tentang sejarah2 malaysia, contoh2 soalan interview calon2 yang lepas. Dari
website A sampai blog Z, semua sis selidik, notakan, macam time study2 dulu.
Peringkat Interview SPA
Ada dua peringkat. Satu dia tanya soalan umum. Satu soalan berkaitan jawatan misalnya IT. Manakala soalan berkaitan IT ni, sis study lah cket2 mana yg patut, mana yg
rasa macam dah ingat2 lupa tu. Contoh cam soalan coding. Sebabnya ada satu blog
ni, tak ingat plak blog sapa. Dia bagitahu dia ada berapa peringkat time interview tu. Then, dia kena buat quiz coding. Coding yg simple je. Siapa
lepas baru boleh proceed ke peringkat seterusnya.
Mengenangkan soalan coding, ni yg buat sis lemah. yelah dah 2tahun tinggalkan sejak keje bidang broadcast eng ni. Time tu terus capai fone terus text Mr.Z, budak paling pandai dlm kelas dulu. Lantas beritahu ketidakfahaman tentang contoh coding sample di blog tersebut. Mr Z terangkan cket2 dan terus buat dua contoh coding jawapan kepada soalan coding tu. *pelik sis sepantas kilat dia siapkan jawapan* tp sis tetap blur blur blur. Haha. Then dia terus suruh sis google bila memanjang dok xpaham je. Malas nak layan agaknya, lagi2 dia pun tengah bz dgn FYP. Kekeke. So, tang part ni memang sis tawakal habes lah.
Mengenangkan soalan coding, ni yg buat sis lemah. yelah dah 2tahun tinggalkan sejak keje bidang broadcast eng ni. Time tu terus capai fone terus text Mr.Z, budak paling pandai dlm kelas dulu. Lantas beritahu ketidakfahaman tentang contoh coding sample di blog tersebut. Mr Z terangkan cket2 dan terus buat dua contoh coding jawapan kepada soalan coding tu. *pelik sis sepantas kilat dia siapkan jawapan* tp sis tetap blur blur blur. Haha. Then dia terus suruh sis google bila memanjang dok xpaham je. Malas nak layan agaknya, lagi2 dia pun tengah bz dgn FYP. Kekeke. So, tang part ni memang sis tawakal habes lah.
Waze Tempat Interview Terlebih Dahulu
Dipendekkan cerita, dua hari sebelum hari kejadian, sis terus bukak waze dan cari
tempat untuk interview. Penting kowt, lagi2 kalau korang tak pernah pergi tempat tu.
Padahal dekat je. Tapi sis ni masih pening dgn
jalan-jalan area situ.
Seterusnya.. di hari kejadian sis sambung dekat next entri k. Jangan
marah. Kekeke. Panjang benor dah ni. Hihi. Dekat
next entry sis akan share lah soalan-soalan yg dia tanya time sesi IV tu berlangsung k? Okay sekian, terima kasih sudi baca.
Bersambung...
Hihi. 1st, congrats sebab dpt interview SPA. Semua tunggu dpt SPA tau. Hehe ! Kite ade pengalaman interview dekat LHDN, jawatan penolong pegawai penaksiran dekat cyberjaya. Masa tu JobMalaysia bukan SPA. Mase interview ketar lutut woooo. Ramai gak la yang interview mase tu. Tapi tak dek rezeki nak wat camano. Rezeki banyak dekat Kuantan jekot. Hehe ! Btw, goodluck taw. ☺
ReplyDeletewahh.. yaka. Kalo tak awk da keje dekat2 area kita ni ha. hihi. Tulah maybe rezeki tu memang dekat kuantan kan :) btw temkiu2 .. good luck 2 u too =D
DeleteBoleh taw tak soklab tok iv pen peg penaksiran? Mind to share? Hehe ta
DeleteHi dearies... rasa neves kan masa nak iv. Tp takpe dari interview ni kita gain experience & asah communication skills. (^_^) Masa tengah internship dulu, ada 2 tmpt IV sis pegi.. 1st MPSJ 2nd time dkt Perbadanan pengurusan sis pepejal putrajaya, diorang banyak tanya isu semasa & lepas tu kena present graph or diagram yang dia bagi. Mencabar betul.. sis xde pengalaman lg masa tu, bila compete dgn hakak hakak & abang abang yg ada penglaman mmg la sis kalah kannn =D. kikiki
ReplyDeleteOwh.. sis dulu amik course apa ya? Kan! Apapun daripada pengalaman lah kita boleh perbaiki diri & sometimes seronok gak dpt rasa mcm2 pengalaman. hihi :))
Deletenak tanye ape cth soalan i/v mpsj yk
Deletenervous kan time iv hihi sy 4/4 tu iv untuk pegawai perkhidmatan pendidikan DG41..SPP ^^ moga berjaya :)
ReplyDeletewaahh yaka. baru lagi ni. hihi. Tahniah kepada awk jugak n good luck to u too. InsyaAllah.. moga dipermudahkan. btw tqq awak. hihi :)
Deletesalam sis, sy pun interview awl tahun hari tu.. date dah lupa.. hihi.. baru nie check dpt sbg calon simpanan... alhamdulillah klau ada rezeki kan..
ReplyDeletewish me luck :) and good luck to u too...
wsalam. alhamdulillah. tahniah saya ucapkan :) insyaAllah mana tahu kan ada rezeki. dah check ranking ke? hihi. doa byk2 k
Deletetq2.. dah.. hihi.. ranking tgh2 antara calon simpanan tu.. :P
DeleteSiapa sini dapat panggilan exam online LHDN 20 September nanti?
ReplyDelete