Skip to main content

Ujian Personaliti Diri #1



sumber gambar : google


Harini nak share ujian personaliti diri yang  saya sendiri pernah jawab beberapa tahun yang lalu. Siyesly, bila jawab sekali lagi memang banyak dah berubah. So, korang yang samada pernah atau tak pernah jawab test ni cubalah try jawab lagi test personaliti ni k. Sebab keputusan ujan ni memang agak tepat. Dari sini, boleh kenal diri sendiri dengan lebih dekat lagi :p 


Tips jawab soalan ni : Mesti jujur pada diri, 1st benda terpikir tu terus tulis jawapan. jangan pikir lama2. Thats why la kalau pergi psychometric test, kena jawab ratusan soalan dalam masa yang singkat. Okay, jangan lupa sediakan pen n kertas k sebelum jawab soalan. hihi

Jawab soalan dulu k, baru tengok jawapan. 


Ujian Personaliti Diri #1


SOALAN-SOALANNYA


SITUASI:


Bayangkan anda sedang berjalan di dalam hutan belantara, anda ternampak sebuah pondok…

1.    Bagaimanakah keadaan pintu tersebut…?
(Terbuka / Tertutup)

Anda memasuki pondok tersebut dan nampak sebuah meja…

2.    Apakah bentuk meja itu?
(Bulat / Oval / Segiempat tepat / Segiempat / Segitiga)

Di atas meja itu ada pasu bunga…

3.    Banyak manakah isi air yang ada dalam pasu bunga itu?
(Penuh / Separuh / Kosong)

4.    Pasu itu dibuat daripada apa?
[(kaca / porcelain / tanah liat )( logam / plastik / kayu)]

Anda keluar dari pondok itu dan ternampak air terjun dari kejauhan….

5.    Berapa lajukah air terjun
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Kemudian anda terpijak di atas sesuatu benda yang keras, anda lihat ke bawah dan terlihat kilatan warna keemasan rantai kunci bersama anak kunci.

6.    Berapa banyakkah bilangan kuci yang ada?
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Anda meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak sebuah istana….

7.    Apakah keadaan istana itu?
( Lama / Baru)

Anda memasuki istana itu dan ternampak sebuah kolam yang mengandungi air kotor dan terdapat permata-permata yang berkilau terapung di atasnya…

8.    Adakah anda akan mengambil permata itu?
(Ya / Tidak)

Sebelah kolam yang kotor itu terdapat sebuah lagi kolam dengan air yang bersih dan terdapat banyak wang terapung di atasnya...

9.    Adakah anda akan mengambil wang itu?
(Ya / Tidak)

Anda berjalan mengelilingi istana itu hingga ke jalan keluar. Anda keluar dari istana itu dan masuk ke dalam sebuah taman yang luas. Anda ternampak sebuah kotak di atas tanah.

10. Apakah saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

11. Kotak itu diperbuat daripada apa?
( cardboard / kertas / kayu / logam)

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan.

12. Jambatan itu diperbuat daripada apa?
( logam / kayu/ rotan)

Diseberang jambatan ada seekor kuda

13. Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam) 

14. Apa kuda itu lakukan?
( tidak berbuat apa-apa / makan rumput / berlari)


15. Tiba-tiba datang angina puting beliung.. Anda ada 3 pilihan:

a)    lari dan masuk bersembunyi di dalam kotak?
b)    lari dan masuk bersembunyi di bawah jambatan?
c)    lari dan menaiki kuda keluar dari situ?



             JAWAPAN: 


1.    Pintu:
Terbuka - anda bersedia berkongsi apa saja cerita kehidupan anda
Tertutup - anda lebih senang menyimpan cerita-cerita anda di dalam hati

2.    Meja:
Bulat/oval – Anda mudah percaya sepenuhnya kepada mana-mana kawan anda
Segiempat tepat / segiempat – Anda seoerang yang memilih kawan dan keluar dengan kawan-kawan yang skepala sahaja
Segitiga – Anda seorang yang cerewet tenatng berkawan… anda tidak mempunyai ramai kawan dalam hidup

3.    Air dalam pasu:
Kosong – Hidup anda tidak terisi
Separuh – Apa yang anda mahu dalam hidup sudah separuh penuh
Penuh - Apa yang anda mahu dalam hidup sudah tercapai

4.    Bahan pasu:
kaca/tanah liat/porcelain – anda seorang yang lemah dan sensitif
logam / plastik / kayu – anda kuat dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan

5.    Kelajuan air terjun:
0 – tiada keinginan seks
1 to 4 - keinginan seks yang rendah
5 - keinginan seks yang sederhana
6 to 9 - keinginan seks yang tinggi
10 - keinginan seksual yang sangat tinggi

6.    Kunci:
1 – hanya ada 1 kawan baik
2 to 5 – ada beberapa orang kawan baik
6 to 10 – ada ramai kawan baik

7.    Istana:
Lama – hubungan terakhir anda dengan seseorang tidak begitu baik dan tidak meninggalkan kenangan indah.
Baru - hubungan terakhir anda dengan seseorang adalah baik dan masih segar dalam hati

8.    Permata di dalam kolam kotor:
Ya – bila pasangan anda ada di samping anda, anda masih memikat orang lain.
Tidak - bila pasangan anda ada di samping anda, anda hanya bersama dengannya.

9.    Wang di dalam kolam bersih:
Ya – walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda masih memikat orang lain
Tidak - walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda akan sentiasa memikirkannya dan setia.

10.  Saiz kotak:
kecil – ego yang rendah
sederhana – ego yang sederhana
besar – ego yang tinggi

11.  Bahan kotak:
cardboard/kertas/kayu(tidak berkilat) – personaliti yang rendah diri
logam – berbangga dengan diri sendiri

12.  bahan jambatan:
logam – ikatan yang kuat dengan kawan-kawan
kayu - ikatan yang sederhana dengan kawan-kawan
rotan - tidak begitu rasi dengan kawan-kawan

13.  Warna kuda:
putih – pasangan anda tulus di hati anda.
kelabu/ coklat – pasangan anda sederhana sahaja di hati anda.
hitam – pasangan anda tidak begitu sempurna di hati anda, ada saja perkara yang menyakitkan hati.

14.  Kelakuan kuda:
tidak berbuat apa-apa/ makan rumput – pasangan anda seorang yang suka duduk di rumah dan begitu rendah diri
berlari – pasangan anda adalah seorang yang liar.

15.  KIASAN:
Puting Beliung – Masalah Dalam Hidup
Kotak – Anda
Jambatan – Kawan-Kawan Anda
Kuda – Pasangan Anda

a)   Jika anda pilih kotak, anda seorang yang suka memendam dan menyelesaikan masalah anda sendiri
b) Jika anda pilih jambatan, anda akan berjumpa kawan-kawan untuk menyelsaikan masalah
c) Jika anda pilih kuda, anda mencari pasangan anda untuk menyelesaikan masalah


Selesai. So macam mana? Puas hati dengan jawapan anda? Ada persamaan tak dengan diri? Hmm.. sad pulak time jawab soalan pasal istana tu :(


sumber rujukan : atuk google (takde yg spesifik)


Comments

  1. Ada kena mengena sangat. Heee :)

    ReplyDelete
  2. Ada kena mengena sangat. Heee :)

    ReplyDelete
  3. wah 99% sama dengan personaliti kite! wahh xD

    ReplyDelete
  4. Ada beberapa yang sama dengan personaliti diri siqah! Hii. Suka jawab soalan begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah kita dari dulu & sekarang suka sangat jawab soalan2 camni :)

      Delete
  5. terlayan jugak dengan soalan ni -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa... share lah cket same ke tak. hihi

      Delete
    2. ada jugak la samanya :p hahak.

      Delete
  6. Hahaha. =D Semangat kite siap amek Pen & Kertas. =D

    Kannnn? Ain rasa ain tau apa yang Nadhie jawab kaitan istana tu. Sebab kite jawab lama, macam salah jerk. Hahaha.

    Btw, enjoy much. =* Layannnn jerk jawab Kuiz ni. Kuikui !

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah kita time jawab pun siap2 kan pen dgn kertas. yup! kan? betul tekaan ain.. kita pun dapat istana lama tu.. so sad. ==" haha! layan jee. hee :*

      Delete
  7. Wahhh best lah! Najihah dah buat

    https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2017/11/apa-yang-najihah-mahu-sudah-separuh.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda