Dari sini, bermulalah sebuah cerita...
“Sir, maafkan saya... Saya tak bermaksud nak buat macam tu Sir...,” rayu gadis
itu, sambil terus mengikuti langkah pansyarahnya, Zaharil yang sedang menuju
ke arah MyVi hitamnya.
“Sudah! Diam! Cukup tu Zarissa ! Saya bosan dengan sikap awak! Menyesal saya
percayakan awak selama ni! Damn you!!” bentak Zaharil geram, lalu melangkah
masuk ke dalam keretanya.
“Tapi, Sir....,” suara Zarissa mendatar. Dia hanya mampu melihat dengan
hampa kereta pensyarah muda itu berlalu pergi membelah jalan. Air matanya palsu yang dibuat-buat masih mengalir di pipi. Tiba-tiba dia tertanya-tanya.
Bagaimana agaknya nasibnya selepas ini? Zarissa tidak pasti. Yang pasti dia akan
bersiap-sedia untuk menghadapi semuanya. Berani buat, berani tanggung. Iya, itulah
prinsip hidupnya. Tiada siapa yang akan menjadi penyelamat untuk menyelamatkan
dia dari masalah yang diciptanya sendiri. Tetapi, walau apapun kata orang, baginya dia punyai alasan tersendiri.
Zaharil menghembus nafasnya kasar. Dia benar-benar terkilan dengan sikap zarissa. Antara pelajarnya yang amat dipercayainya. Tetapi, sayangnya gadis
itu telah meragut kepercayaannya. Dan tidak disangka tujuan gadis itu berbaik-baik
dan rapat dengannya rupanya bersebab. Betapa sakit hatinya tatkala dia
mengetahui gadis itu adalah insan bertanggungjawab yang telah mencuri soft copy
soalan peperiksaan dari laptopnya ketika dia meminjamkan laptopnya kepada gadis
itu. Ah, sangkanya gadis itu merapatinya sebab.... rupanya....
Arghhh!!!
************
Daku dah penat melawan prasangka.....
“Dengarnya, student yang curi soft copy Zaharil tu akan digantung kolej.
Memang padanlah muka dia! Ha, tak padan yang perempuan! Budak jahat macam tu
memang tak layak jadi student di sini. Ha, berani buat, beranilah tanggung!” Zaharil tidak jadi untuk melangkah masuk ke bilik pensyarah bahagian Business Study tatkala kedengaran beberapa orang pensyarah sedang asyik bergosip mengenai perihal
dirinya dan pelajarnya yang bertanggungjawab membocorkan soalan peperiksaan. Siapa lagi kalau bukan Zarissa yang telah ditangkap
mencuri dan menjual soalan peperiksaan dari laptopnya.
“Apa? Perempuan?! Isk..isk..budak-budak perempuan zaman sekarang ni memang
teruk! Hmm, datang sini bukan nak belajar...buat jahat pulak! Ish, budak-budak
zaman sekarang ni...” tambah seorang pensyarah pula.
“Kak Min, kak Rin...tak baik cakap macam tu. Mana tahu student tu ada masalah
kewangan ke dan terdesak sangat....,” sampuk seorang pensyarah lain pula
seolah-olah menyebelahi Zarissa, pelajar yang dimaksudkan.
“Hei, Cik Zah..., kut ye pun student tu ada masalah kewangan ke apa, ini
bukan caranya untuk dapatkan duit, banyak lagi cara lain yang lagi elok
romannya!” bidas pensyarah yang dipanggil sebagai kak Min itu.
“Tetapi, kak Min biasalah tu budak-budak zaman sekarang berfikiran pendek dan
tak tahu nak bezakan yang betul dan yang salah..,” balas Nur Izzah membuatkan
kak Min mencebik mendengarnya.
“Ha, kalau begitu baguslah! Berfikiran pendek konon, sendiri tanggunglah.
Masing-masing dah besar, tak akanlah kita aje yang kena jaga mereka kan?!”
bidas Yasmin, lagi tidak berpuas hati.
Zaharil hanya mampu menggeleng-geleng sahaja. Nampaknya kisah Zarissa sudah jadi perbualan hangat yang mampu mencetuskan perdebatan. Bukan sahaja
di kalangan pensyarah malah di kalangan pelajar sendiri. Namun, mujurlah masih
ramai lagi pelajar yang tidak tahu kerana pelajar-pelajar terlibat masing-masing
mendiamkan perkara itu kerana bimbng andai nama mereka jua akan tercemar.
Dan di kalangan
pensyarah pula, sana sini bercerita mengenai Zarissa. Kelihatan ramai pensyarah
mula anti dan melabel buruk gadis itu. Namun, ada juga yang masih berfikiran
rasional dan memikirkan alasan-alasan tertentu sebab apa dan mengapa
gadis itu berbuat begitu. Tetapi, nampaknya sudah tentu lebih ramai yang
melabel buruk gadis itu kerana terang-terang dia telah melakukan kesalahan yang
berat. Saat ini, Zaharil keliru. Keliru andai benar Zarissa melakukannya kerana
terdesak. Tika ini, ingin sahaja dia menemui gadis itu dan menyelidiki
hatinya betul-betul. Tidak seperti sebelum ini, dia lebih menumpukan hatinya
yang lara akibat ditipu Zarissa. Kali ini, hatinya kuat tertumpu pada gadis itu
apatah lagi sudah seminggu dia tidak melihatnya di kolej.
'Apa khabar Zarissa agaknya?' Hatinya bertanya sendirian. Tanpa sedar, satu keluhan berat lahir di bibirnya.
**********
Bersambung…
p/s : Lama dah tak update cerpen. Btw, macam mana? Ada yang berminat dengan cerpen ni tak? =)
best ke?
ReplyDeleteAlif rasa?
DeleteNice girl, kipidap.. Hope girl dapat buat ada sisip cerita2 adventure :)
ReplyDeleteinsyaAllah. tqq dear ;) yup saye pun mmg suka citer2 adv ni =)
Deletebest.. pastu sambung?? :D pensyarah tu un kawen dgn zarissa ke? :DD
ReplyDeleteJemput singgah baca artikle ini ye
Faktor Trafik Blog Turun site...
Hasif rasa Zarissa nak ke dia? hihi. ;D btw thanks. nanti saye singgah :)
DeleteWAH PANDAI BERCERPEN..TAPI KATA SIFU PENULISAN ZAHARAH NAWAWI KATA MEMBONTOTI TIDAK ELOK DIGUNAKAN KERANA MAKSUDNYA BAGI YG FHM AGAK ? HEH..HEH.. BUKAN KAK YG KATA..
ReplyDeleteyup.. bercerpen sejak sekolah rendah lg, tp untuk suka-suka je. hihi. owh yaka kak, takpa nanti saye betulkan. its okay, kita buang yang keruh ambil yang jernih =)
Delete