Saturday, 30 July 2016

Cara Mudah Bypass Sekatan Internet Pada Komputer Anda



Assalamualaikum & Hi semua!

Pernah tak jadi tengah-tengah sedap buat assignment, proposal, kerja semua dekat ofis atau Sekolah/univ anda, then tiba-tiba anda perasan rujukan yang anda perlukan tak cukup. Buka-buka youtube, website tertentu pulak tak boleh (blogspot misalnya) ... alamak baru teringat kena sekatla pulak dengan orang IT. Adess... benda dah nak kena submit ni. Tapi, itu kena sekat. Ini kena sekat. Macam mana ni? Nak harapkan tenet dekat fone memang tak laa.   Stresss!! Stressss!!!

Haha. Okay jangan stress. 

Maybe macam tu la kowt situation yang korang terpaksa hadap if bermasalah dengan sekatan internet ni. Biasanya orang IT/administrator akan block website yg terdiri daripada platform seperti facebook, youtube, instagram, deviantart, blogspot( yang ni pun kena ;( sobs) dan ada lagi jenis website-website tertentu. Kenapa? Biasala tanak kasi staff/student mengular la. hihi. Tapi, kadang mereka tataw yang kita memang perlu semua tu untuk tujuan kerja. tsk.

So apa nak buat? Don't worry guys. Ni ahkak nak kasi jalan penyelesaiannya. Mudah sesangat la tutorial ni. In the blink of eyes semua website yang disekat tu tidak disekat lagi. tsk. Taknak bebel panjang-panjang, so anda ikut je tutorial dekat bawah ni k ;) Sebelum tu nak diingatkan tutorial ni disarankan untuk Google Chrome k. Dun wurry browser lain pun boleh jugak =)


Tutorial Bypass Sekatan Internet Pada Komputer Anda 


1. Mula-mula buka Chrome (recommended) anda dan tekan link ni. <<Sini>>


2. Dah ke? Okay tekan je add to chrome tu. 


3. Nanti dia jadi macam dekat gambar bawah ni. 




Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

Assalamualaikum !

Jom join GA ni pulak :)

Nak taw syarat-syaratnya?

Click je banner ni k 


Click Banner untuk join!

Saya tag : Jom Santai Kejap

Wednesday, 27 July 2016

Reality Vs Expectation

Assalamualaikum & Hi semua!

Sihat? Lama dah tak update blog. Berdebu-debu pulak rasa. Hihi. Btw, ada apa dengan realiti vs expectation? Ha... maybe macam ni la kowt...


Haha! XD Okay just kidding!

Actually benda yang saya nak mention dekat sini takda kaitan pun dengan lawak-lawak ni, tapi tentang real life. Apa yang kita nampak dan apa yang kita tak tahu. Apa yang kita sangka dan apa pula perkara sebenarnya. 

Kadang-kadang apa yang kita nampak, apa yang kita rasa dan sangkaan demi sangkaan yang kita buat bukanlah perkara sebenar. Macam baru-baru ni terbaca kisah dan gosip ada seorang artis ni dengan family dia, ramai yang buat expectation buruk tentang life dia. Ingat family dia tak bahagia dan sebagainya, tapi sebenarnya mereka bahagia. 

Tetapi biasalah lumrah manusia. Sesetengah mereka suka menyangka yang bukan-bukan dan melabel seseorang dengan gelaran buruk tanpa mengetahui perkara sebenar. Tanpa mengetahui apa yang dilalui oleh tuan punya badan, tanpa mengetahui macam mana seseorang itu struggle untuk perkara-perkara tertentu dalam hidup dia.


"The boy you called lame. He has to work every night to support his family. That girl you pushed down the other day. She's already being abused at home. That girl you called fat. She's starving herself. The old man you made fun of cause of the ugly scars. He fought for our country. The boy you made fun of for crying. His mother is dying. You think you know them. Guess what? You don't!"


Pernah tak kau berfikir macam mana kalau engkau pulak berada di tempat dia? Kau rasa mudah untuk kau lalui semua tu? Ya, mungkin kau akan rasa begitu. Ya, bila kau bukan berada di tempat dia. Bila kau bukan memikul beban dan kesusahan yang dia rasa. Memang kau akan rasa macam tu. Semudahnya kau akan mencebik dan mencemuh setiap perbuatan dia. Sebab yang kau rasa kalau kau jadi dia, kau takkan buat macam tu. Dan kau akan terus dengan pendirian kau sehinggalah jika ditakdirkan Allah beri nasib yang sama pada kau dan dia. 

Saya juga hanya manusia biasa yang mungkin pernah melakukan kesilapan yang sama. Ye buat expectation sendiri tanpa mengetahui realiti. Sampailah tiba masa saya juga merasa semua itu. Semua benda yang saya rasa saya takkan buat kalau saya senasib dengan si A. 

Sebab tu saya selalu ingat nasihat pemaisuri saya. Dia selalu cakap "Benda yang kita tak tahu jangan cakap lebih-lebih," Ringkas ayatnya menasihati, tapi mendalam maksudnya. Yes, sebab kita tak tahu macam mana latar belakang seseorang dan macam mana struggle dia menghadapi apa yang dia lalui. Takut terlebih cakap, jadi fitnah pulak. Ingatlah bahangnya sampai ke akhirat kita akan menanggungnya selagi kita tak dapat kemaafan seseorang itu di dunia ini.  

Dan bukan itu sahaja, takut bila terlebih cakap, terlebih bersangka, mungkin suatu hari nanti kita akan ditakdirkan senasib dengan dia. Bak kata pepatah " Mungkin hari ini hari dia, esok lusa? Tiada siapa yang tahu.

Moga dijauhkanlah daripada semua itu. Amin..

So, think before you speak. Think before you made ur own expectation. Dan tanam kata pepatah ni dalam-dalam kat diri tu. Fikir yang baik-baik, sangka yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan mintak yang baik-baik. InsyaAllah yang akan datang nanti semua yang baik-baik.

Sekian, Assalamualaikum :)


Thursday, 21 July 2016

Cara Mudah Dan Cepat Memasukkan Lagu Dalam iPhone



Assalamualaikum & Hi Semua!

Tengah buat apa tu? BZ ke? *tetiba. Okay, buat pengguna iPhone, lagi-lagi yang baru menggunakannya dan tak tahu banyak benda tentang iPhone, today I nak share cara mudah dan cepat untuk memasukkan lagu dari komputer anda ke dalam iPhone. Biasanya apa yang kita tahu iPhone ni kalau nak transfer file, movie ,video, lagu semua kena guna itunes kan? Takpun kena beli dekat itunes. *memang tak la. ;( 

Hmm.. kalau transfer guna itunes ni ramai yang cakap leceh. Nak kena sync bagai la itu la ini la. Nak guna bluetooth? Okay iPhone ni memang sumbung cket. Dia boleh bluetooth dengan kaum dia je. Sobs. Tak tahu kenapa macam tu, tapi mesti ada sebab kenapa developer dia design camtu kan? sobs ;( So jom proceed dengan tutorial cara mudah dan cepat memasukkan lagu dalam iPhone tanpa menggunakan itunes.


Tutorial Cara Mudah Dan Cepat Memasukkan Lagu Dalam iPhone

  •  Mula-mula buka aplikasi Apple Store anda dan type "music cloud" dan download je aplikasi ni

  • Dah download? Buka balik aplikasi ni. Dan korang akan nampak sama macam dekat gambar bawah ni. Click "Yes, continue". Sebelum tu nak ingatkan pastikan korang berdekatan dengan laptop korang. Tak perlu sambung USB.


  • Kemudian Click "from your computer"



Tuesday, 19 July 2016

Apa itu CMOS?

Assalamualaikum & Hi Semua!

sumber gambar : tomshardware


Memandangkan pada entri yang lepas saya telah share sebab-sebab mengapa tarikh dan masa di laptop anda berubah yang berkaitan dengan CMOS battery, so pada kali ini saya ingin berkongsi dengan lebih mendalam tentang apa itu CMOS battery.

CMOS atau complementary metal-oxide-semiconductor bateri adalah bateri kecil yang dipasang pada motherboard laptop anda bertujuan untuk mengekalkan maklumat BIOS yang tersimpan dalam laptop apabila bekalan kuasa laptop korang telah ditutup, shut down dan sebagainya.  

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Assalamualaikum semua!


Klik Banner Untuk Join

GIVEAWAY SAKAN BY EYQIN AND ECAH

Assalamualaikum & Hi semua!


Jom join GA ni.
 Nak taw syarat-syaratnya? Okay macam dekat bawah ni k ;) GA ni akan bermula hari ni , 10 Julai 2016 sehingga 10 September .

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
  • Blogger Malaysia
  • Follow blog Eyqin dan Ecah *semua akan di follow back , in shaa ALLAH
  • Copy code entry dibawah dan postkan di blog anda .
  • Copy link entry dan pastekan diruangan komen GA ini
  • GA akan terbatal sekiranya kurang daripada 20 penyertaan .
SENARAI HADIAH :

  • 4 shawl ( 2x pemenang )
  • 2 novel ( 2x pemenang )
  • RM30 ( 1x pemenang )
  • Sepasang sarung lengan ( 1x pemenang )

Saguhati :
 Review blog dan bloglist ( 3x pemenang )

So , mari ajak kawan-kawan join sekali yaaaa ! Terima kasih !

Monday, 18 July 2016

Punca Tarikh Dan Jam Laptop Sering Berubah-rubah Dan Tidak Tetap


Assalamualaikum & Hi semua!

Pernah tak terjadi dekat laptop anda bila tarikh dan masa kerap berubah, tidak selari dengan yang terkini dan tidak tetap tarikh & waktunya. Dah betulkan dan setting balik tarikh dan masa kepada yang betul, then esok-esok lusa bila buka laptop balik , nampak tarikh tak uptodate. 

Nampak tarikh dah jauh ketinggalan ke belakang. So, jika itu berlaku... sedarlah bahawasanya battery CMOS pada laptop anda semakin kehabisan jangka hayatnya. 

Bateri CMOS atau complementary metal-oxide-semiconductor biasanya bertahan dari empat ke tujuh tahun. Sebab tu la dalam jangka masa yang panjang, kemunkinan anda semua akan mengalami symptom di atas. Semakin lama laptop anda, semakin berkurang jangka hayat CMOS bateri.

Sumber gambar : acik google


So, Apa Korang Kena Buat?

Tak ada jalan lain melainkan korang kena tukar aje CMOS bateri tu. Terpulang nak tukar dekat kedai atau tukar sendiri bagi yang tahu caranya.

Tips Penjagaan Bateri Laptop Anda



Assalamualaikum & Hi semua!

Apa kaba? Sihat ke? Dalam bulan syawal ni korang puasa enam tak? hiks. Btw memandangkan pada entri lepas saya dah berkongsi punca-punca bateri laptop cepat rosak, so pada entri kali ini sewajarnya saya rasa untuk berkongsi berkenaan tips dan cara penjagaan bateri laptop dengan betul dan bagaimana caranya untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda.  So, anda semua ikut cara-cara di bawah okay? ;)


 Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Laptop Anda


1.     8% 
Ada apa dengan 8%? Jika bateri korang adalah bateri baru, so guna dulu bateri tu sampai tinggal sekurang-kurangnya 8% pada saat pertama kali menggunakannya. Dan jangan kurang dari itu, kemudian terus cas.

2.    8 Jam
Lepastu barulah cas bateri sehingga 8 jam even indicator bateri telah menunjukkan 100%. Pastikan cukup 8 jam kemudian baru cabut. *Amaran! Jangan sesekali On laptop anda dan menggunakannya pada ketika ini.

3.    100%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri dalam masa seminggu ke atas, pastikan korang tidak cas bateri sehingga 100% kerana ini semua boleh menyebabkan bateri anda jadi mengembang/kembung.

4.    50%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri laptop/laptop anda selama seminggu ke atas, Tinggalkan atleast 50% bateri di dalamnya.

5.    0%
Jangan sesekali tinggalkan bateri dalam keadaan 0% kerana ini menyebabkan bateri kemungkinan tidak boleh di cas semula.

Thursday, 14 July 2016

Punca Bateri Laptop Cepat Rosak



Assalamualaikum & apa kaba sume?

Sihat ke? Lena tidur? Jelesnya... kita kena kerja malam ni. Sobs. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Mata semakin kuyu. Btw, sebelum melelapkan mata sekejap, nak share dulu punca-punca battery laptop cepat rosak, cepat kong dan cepat abes jangka hayatnya. Dekat bawah ni saya senaraikan punca-puncanya berdasarkan pengalaman dan sedikit rujukan. Baca sampai abes k! ;)


1.      Tidak Mengecas Untuk Pertama Kali


Pernah dengar tak bila beli je laptop atau fone baru orang akan kata “Battery ni kena charge dulu selama 8 jam dan jangan guna lagi masa tengah charge. Lebih kurang begitulah ayatnya. Tapi, biasalah pasti ada saje yang tak sabar-sabar untuk menggunakan laptop atau handphone baru mereka tanpa mempedulikan arahan yang diberikan. 

Semua ini memberi kesan jangka masa panjang bila mana bateri laptop mudah kehabisan hayatnya. Seperti mengecas handphone baru buat pertama kali, bateri laptop juga harus dicas selama 8 jam sebaiknya atau sekurangnya 6 jam buat pertama kali sebelum menggunakannya. (Charge tanpa on laptop)


2.      Overcharging


Pada kali pertama memangla kena charge sampai 6-8 jam. Tetapi tidak bagi kali kedua dan seterusnya. Mengecas laptop sehingga melebihi full charge akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti battery. So cepat-cepatla cabut charge k bila indicator battery menunjukkan “fully charged”. Tetapi, pastikan cabut ketika laptop di off kan.


3.      Terlalu Kerap Mengecas


Terlalu kerap mengecas battery laptop jugak boleh menjadi punca mengapa battery laptop anda cepat rosak. Ini kerana setiap battery mempunya kitaran 300-500 pusingan untuk dicas. Bila kita menggunakan battery dari 100% - 7%, dianggap telah menggunakan satu pusingan. So saya cadangkan jangan charge battery kalau sisa battery masih lagi ada dalam 50%, kerana tetap dianggap telah menggunakan satu pusingan kitaran. Tetapi jangan pulak tinggalkan sampai 0% baru charge. At least tinggalkan sampai 7%. Apapun kalau bole jangan mengecas laptop tanpa sebab.


4.       Memakai Charger Sambil Memakai Adapter.


Menggunakan charger sambil memakai adapter sudah tentu mengurangkan jangka hayat battery laptop anda. Puncanya sama seperti point di atas. Kerana setiap battery mempunyai kitaran tertentu dan semakin kerap dicas, semakin berkurang hayat battery laptop anda.


5.    Panas


Permukaan yang panas dan memerangkap haba seperti kain, kusyen, peha, selimut , bantal, tilam dan sebagainya sangat tidak sesuai samada untuk battery mahupun laptop anda. Ini kerana kepanasan boleh mengurangkan kapasiti penyimpanan kuasa battery.

Saturday, 9 July 2016

Tuorial: Dua Cara Mudah Untuk Create PDF Files


Assalamualaikum & Hi semua!

Masih dalam mood raya lagi ke? untunglaa... kita raya ketiga je dah kena kerja. Sobs. Btw, today saya nak share pelbagai cara mudah untuk create PDF Files. Ha... sebelum tu nak tanya ni tahu tak apabenda PDF Files tu? Macam mana rupanya? Okay, secara ringkasnya PDF ni bermaksud Portable Document Format yang telah dicipta oleh Adobe pada tahun 1993 dan bertujuan memudahkan pemindahan files ke pelbagai jenis platform OS dan juga contentnya tidak boleh diubah sesuka hati. Rujuk website Adobe untuk info lebih lanjut.



Cara-cara Untuk Create PDF Files

  • Cara satu
  1. Download software foxit reader
  2. Install macam biasa
  3. Buka document ms word anda yang anda nak convert kepada PDF.
  4. Then pergi dekat tabs hujung sekali sebelah tab view, iaitu tab "Foxit Reader PDF"
  5. Tekan Create PDF. Rujuk gambar dekat bawah.
  6. Autamatik PDF files korang telah dicipta.
  7. Selesai.


  • Cara Dua
  1. Pastikan anda memang dah sedia download aplikasi Adobe Reader atau Foxit Reader dalam Laptop Anda.
  2. Buka document ms word yang anda nak convert ke PDF tu.
  3. Tekan File macam dalam gambar
  4. Click save as -> browse (simpan dekat mana2 yang korang nak simpan pdf files tu) -> dekat bahagian “save as type” tu , daripada word document tukarkan kepada PDF -> Click save.
  5. Selesai.

Cara Mudah Menguji Kelajuan Internet Anda

Assalamualaikum & Hi semua!

Lamanya tak update blog. Terasa debu-debu halus mulai menjelma. hihiks. Btw, salam aidilfitri maaf zahir dan batin semua :) Sihat ke? Btw, pernah tak tertanya-tanya sejauh mana kelajuan internet anda? Pernah test tak? Kalau pernah biasanya korang test guna apa? Btw, kepada yang tidak tahu senang je sebenarnya nak test kecepatan internet anda. Bukak je website ni <<click sini>>


Cara-cara untuk menguji kelajuan internet anda

  1. Buka website macam dekat link yang diberikan tadi.
  2. Click je begin test.
  3. Kemudian ia akan loading sekejap.
  4. Speed test akan mengukur tiga jenis kecepatan pada internet anda iaitu kecepatan untuk download, kecepatan upload dan ping.
  5. Selesai.

So macam mana? Mudah je kan? Esok lusa kalau nak test lagi, try test dan boleh tengok perbezaannya. Setiap kali kelajuan internet berubah pun boleh try test dan tengok kelajuan dia sejauh mana. Sekian. Selamat mencuba! 


Saturday, 2 July 2016

Cara Mudah Dan Pantas Untuk Merge PDF Files Anda!


Assalamualaikum & Hi semua!

Berapa hari lagi dah nak raya ni. Korang dah beli baju raya? Berapa pasang? Tema warna apa? Nak tahu jugak. :) Btw, dalam sibuk dengan persiapan raya tu, jangan lupa untuk mengejar lailatulqadar. Mana tahu tahun ni ada rezeki? Memang alhamdulillah sangat-sangat kan ;) 

Dan bila dah nak dekat abes ramadhan ni, lagi kena bersemangat nak pergi tarawikh, lagi-lagi dekat mesjid. Yelah lepas ni ramadhan abes dah. Tak dapat tarawikh lagi :'( Tahun depan belum tentu lagi. Moga Allah swt panjangkan umur kita semua. Amin amin amin.

Btw,  tahu tak apa itu Merge? Merge tu maksudnya kita combine kan 2-3 files atau lebih dalam satu file/doc yang sama. 

Tujuan merge ni? Ada banyak sebab dan bergantung pada individu. Contoh macam bila scan doc guna printer yg biasa pakai kat rumah tu, then bila dijadikan kepada bentuk pdf, document-document ni sepatutnya dalam satu pdf yang sama. Tapi, bercerai berai pulak. So kenalah combine kan balik. Baru la boleh senang hati nak hantar secara online kan ;)

So, hari ni saya nak share la cara-cara untuk combine banyak-banyak pdf ni kepada satu pdf files yang sama, dengan cara mudah, cepat dan selamat ;)


MULA-MULA

1.      Mula-mula bukak website ni <<Click sini>>, kemudian click je “Choose file”




2.       Automatik akan keluar camni. So anda browse folder yang simpan pdf files tu.  Lepastu click je dekat beberapa jenis pdf yang nak combine kan tu


Friday, 1 July 2016

Agar Semua Yang Baik-Baik Itu Datang

Assalamualaikum & Hi semua!


Agar yang baik-baik itu datang kepada kita :

1. Bercakaplah yang baik-baik
2. Berfikirlah yang baik-baik
3. Bersangkalah yang baik-baik
4. Dan mintalah yang baik-baik.

InsyaAllah.  Semua yang datang nanti adalah yang baik-baik. 

Be strong, think positive & be optimistic. Ingat kata-kata itu adalah doa. 

Begitu juga sangkaan kita. Bersangka baiklah pada Allah kerana Dia akan memberi kita sesuatu mengikut sangkaan kita. *Pernah terbaca ayat macam ni dekat buku Diagnosis Apokalips. 

So, senang je kan untuk dapatkan yang baik-baik? Even kita struggle pada hari ini, tetapi anggaplah dan bayangkan bahawa suatu hari nanti semua yang baik-baik itu akan jadi kenyataan. insyaAllah. Amin.. 

Moga Allah swt permudahkan hari awak, saya dan kita semua. Aminn ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...