Skip to main content

Punca Bateri Laptop Cepat Rosak



Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Mata semakin kuyu. Btw, sebelum melelapkan mata sekejap, nak share dulu punca-punca battery laptop cepat rosak, cepat kong dan cepat abes jangka hayatnya. Dekat bawah ni saya senaraikan punca-puncanya berdasarkan pengalaman dan sedikit rujukan. Baca sampai abes k!

    Punca Bateri Laptop Cepat Rosak                


1.      Tidak Mengecas Untuk Pertama Kali


Pernah dengar tak bila beli je laptop atau fone baru orang akan kata “Battery ni kena charge dulu selama 8 jam dan jangan guna lagi masa tengah charge. Lebih kurang begitulah ayatnya. Tapi, biasalah pasti ada saje yang tak sabar-sabar untuk menggunakan laptop atau handphone baru mereka tanpa mempedulikan arahan yang diberikan. 

Semua ini memberi kesan jangka masa panjang bila mana bateri laptop mudah kehabisan hayatnya. Seperti mengecas handphone baru buat pertama kali, bateri laptop juga harus dicas selama 8 jam sebaiknya atau sekurangnya 6 jam buat pertama kali sebelum menggunakannya. (Charge tanpa on laptop)


2.      Overcharging


Pada kali pertama memangla kena charge sampai 6-8 jam. Tetapi tidak bagi kali kedua dan seterusnya. Mengecas laptop sehingga melebihi full charge akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti battery. So cepat-cepatla cabut charge k bila indicator battery menunjukkan “fully charged”. Tetapi, pastikan cabut ketika laptop di off kan.


3.      Terlalu Kerap Mengecas


Terlalu kerap mengecas battery laptop jugak boleh menjadi punca mengapa battery laptop anda cepat rosak. Ini kerana setiap battery mempunya kitaran 300-500 pusingan untuk dicas. Bila kita menggunakan battery dari 100% - 7%, dianggap telah menggunakan satu pusingan. So saya cadangkan jangan charge battery kalau sisa battery masih lagi ada dalam 50%, kerana tetap dianggap telah menggunakan satu pusingan kitaran. Tetapi jangan pulak tinggalkan sampai 0% baru charge. At least tinggalkan sampai 7%. Apapun kalau bole jangan mengecas laptop tanpa sebab.



4.       Memakai Charger Sambil Memakai Adapter.


Menggunakan charger sambil memakai adapter sudah tentu mengurangkan jangka hayat battery laptop anda. Puncanya sama seperti point di atas. Kerana setiap battery mempunyai kitaran tertentu dan semakin kerap dicas, semakin berkurang hayat battery laptop anda.


5.    Panas


Permukaan yang panas dan memerangkap haba seperti kain, kusyen, peha, selimut , bantal, tilam dan sebagainya sangat tidak sesuai samada untuk battery mahupun laptop anda. Ini kerana kepanasan boleh mengurangkan kapasiti penyimpanan kuasa battery.


6. Tidak Membuka Bateri Ketika Menggunakan Laptop Dalam Jangka Masa Panjang.


Contoh bila korang guna laptop selama 4-5 jam, dalam masa yang sama menggunakan dengan battery. Seeloknya cabut battery dan gunakan adapter.


7.        Tidak Menggunakan Bateri Melebihi Dua Minggu.


Battery tidak boleh dibiarkan terperap sahaja. Tidak menggunakan battery selama 2 minggu atau lebih terbukti mengurangkan jangkan hayat battery laptop anda.




8.      Battery Pernah Jatuh Atau Terhempas


Ni pun satu. Kesan hentakan yang berlaku pada battery berkemungkinan boleh mengurangkan jangka hayat battery atau merosakkan terus battery anda.


9.     Membeli Battery 2nd Hand.


Ni satu. Memang terang-terang battery 2nd hand tu yg org dah reject. Sebelum beli battery baru, pastikan warranty sekurang-kurangnya 6 bulan. Jika tidak kompom la dapat battery rosak kowt :’D


10.   Persekitaran Lembap


Selain panas, tempat yang terlalu lembab juga tidak baik untuk jangka hayat battery. Nak tahu kenapa? Google la eh. Maafkan sayee. Ngantuk deh nak tulis.

Okay, sekian perkongsian daripada saya. Dipetik daripada pengalaman sendiri dan juga rujukan daripada komputerdananda.blogspot.my dan http://sriamancomputerrepair.blogspot.my/ 

Semoga bermanfaat!


Comments

  1. Laptop anak dara kakak tu tak tahulah mana silapnya
    Jadi bila nak pakai kena sentiasa on aje.

    ReplyDelete
  2. ooo xleh biarkan jadi 0% eh.. yang lifecycle tu betul tu dah tiba jangkahayat dia memang kena tukar baru ler.. law tak cmner company tu nk buat profit.. hehe..

    ReplyDelete
  3. haiii..farah singgah bw =)
    tips yang bagus ni

    jemput singgah segment bloglist farah ya. Tinggal 4 hari je lagi =)

    http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html

    ReplyDelete
  4. ya allah semua benda ni zety buat...patut la cepat kong battery..hurmmm...

    ReplyDelete
  5. tq share info ni. selalu je hadapi masalah bateri ni. hmm

    ReplyDelete
  6. Yes yes all these are true. and another thing is, please, please don't use your laptop directly on the bed. Most people doing this.

    ReplyDelete
  7. my lappy punya battery dah tunggu masa je nak sampai ajal lol sebab kerap sangat buat semua yg atas ni. idk why i was so stubborn XD

    ReplyDelete
  8. I see... thanks for the info dear.
    Laptop sis pun bateri tak tahan... kena power supply. Huhuhu. alhamdulillah masih boleh pakai walaupun usia dia da hampir 5 tahun hehe. Mungkin dlu zmn study overcharging tu yg skrg bateri x tahan lama. ^^

    ReplyDelete
  9. wahhhhh bagus betul maseh awak for the info :)

    ReplyDelete
  10. no 2 tu selalu buat, lupa nak tutup plug. nice sharing :)

    ReplyDelete
  11. Saya sudah cuba untuk tidak memakai bateri sekiranya pakai wayar, tapi asyik terlupa saja...

    ReplyDelete
  12. Nak tanye kalau first charge tu lupa nak charge dalam 8 jam, mcm mana ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda