Skip to main content

Tips Penjagaan Bateri Laptop Anda


Memandangkan pada entri lepas saya dah berkongsi punca-punca bateri laptop cepat rosak, so pada entri kali ini sewajarnya saya rasa untuk berkongsi berkenaan tips dan cara penjagaan bateri laptop dengan betul dan bagaimana caranya untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda.  So, anda semua ikut cara-cara di bawah okay? 


 Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Laptop Anda



1.     8% 
Ada apa dengan 8%? Jika bateri korang adalah bateri baru, so guna dulu bateri tu sampai tinggal sekurang-kurangnya 8% pada saat pertama kali menggunakannya. Dan jangan kurang dari itu, kemudian terus cas.

2.    8 Jam
Lepastu barulah cas bateri sehingga 8 jam even indicator bateri telah menunjukkan 100%. Pastikan cukup 8 jam kemudian baru cabut. *Amaran! Jangan sesekali On laptop anda dan menggunakannya pada ketika ini.

3.    100%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri dalam masa seminggu ke atas, pastikan korang tidak cas bateri sehingga 100% kerana ini semua boleh menyebabkan bateri anda jadi mengembang/kembung.



4.    50%
Jika korang bercadang untuk tidak menggunakan bateri laptop/laptop anda selama seminggu ke atas, Tinggalkan atleast 50% bateri di dalamnya.

5.    0%
Jangan sesekali tinggalkan bateri dalam keadaan 0% kerana ini menyebabkan bateri kemungkinan tidak boleh di cas semula.


6.    Kawal Suhu
Gunakan kipas laptop atau cooler bagi mengelakkan laptop kepanasan yang akan turut effect kepada baterinya. Pastikan anda tidak meletakkan laptop di atas tilam, bantal, kain, peha atau apa sahaja yang boleh menghalang suhu panas keluar.

7.    Overcharging
Elakkan mengecas bateri sehingga overcharging. Bila indicator menunjukkan "full charged", terus cabut bateri.

8.    Adapter
Gunakan charger adapter jika mahu menggunakan laptop anda dalam jangka masa yang lama.

9.    Power Saver
Gunakan setting power saver atau minimumkan kecerahan screen anda ketika menggunakan bateri.

10. Berat
Elakkan bermain games dan menggunakan aplikasi yang berat ketika sedang menggunakan bateri. Aplikasi yang berat akan membebankan CPU dan sekaligus memaksa bateri untuk bekerja keras dan mengurangkan jangka hayatnya.


Btw, for your information ada jugak laptop/netbook yang bateri dia da siap2 attach dan tak boleh dicabut. Cam iphone *tetiba. So, yang tu tak berapa sure la saya macam mana spesikasi jangka hayat dan penjagaan baterinya. Sobs. Nanti saya kaji :'D Apapun, hopefully artikel ni membantu dan semoga bermanfaat! ;D


Comments

  1. info yang bermanfaat :D Thanks 4 sharing!

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing... masalahnya battery laptop saya ni jenis build in, tak boleh nak cabut2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay tu samala mcm yg saye mention dekat atas tu. tak berapa tahu spec jenis ni n jangka hayat dia camana. sobs. btw sama je kowt penjagaan dia dari segi bila batery full kena cabut charger, then bila battery da tinggal below 10% baru pakai charger.

      Delete
  3. ermm kat rumoh dah byk laptop rosok bateri
    Tau pakai aje hu3
    ruponya ado cara nak jaga

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu charge penuh lepastu biar je lappy tak on langsung dalam 2 3 hari. Baru tahu benda tu tak boleh. Nice info! Anyway, salam perkenalan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda