Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Beza Antara Virus, Worms, Spyware, Scareware, Trojan Horse, Ransomware Dan Malware

Pernah dengar tak perkataan malware, adware, spyware, virus, worms, trojan horse, backdoor dan sebagainya? Tahu tak apa maksud semuanya tu? Dan tahu tak apa perbezaannya? So, saya nak share secara ringkas apa perbezaan antara benda-benda yang saya dah sebutkan dekat atas. Perbezaan Antara Virus, Worms, Spyware, Scareware, Trojan, Ransomware & Malware Beza Antara Virus, Worms, Spyware, Scareware, Trojan Horse, Ransomware & Malware 1.      Virus Boleh copy atau mengandakan dirinya kepada jumlah yang banyak dan merebak dengan memasukkan dirinya ke dalam dokumen atau program lain pada komputer anda. Virus juga biasanya dalam format executable files atau exe., macam format pada aplikasi-aplikasi lain. Kenapa format dia mcm tu? Bila tekan or trigger ia secara automatik akan memulakan macam-macam proses bergantung pada process apa yang telah dicipta oleh programmernya. Dah nama pun virus kan? So, proses-proses jahat la dorang cipta. Contohnya delete file

Apa Itu Phising?

Apa itu phising? Pernah dengar tak? Secara ringkasnya phising adalah percubaan jenayah online yang cuba menyerupai laman web official/asal pada page-page tertentu dengan tujuan yang tidak baik seperti untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna seperti username & password, credit card info, atm kad info, meninjau maklumat peribadi sesebuah company besar dan sebagainya. Contohnya menyerupai laman web tertentu yang memerlukan money transcation seperti maybank, paypal, ebay, lazada , air asia dan sebagainya.  Cara-Cara Phising Berlaku Apa Itu Phising? So, dekat sini saya amik contoh paling mudah la. Contohnya melalui facebook.  1.    Kalau dekat facebook ni biasanya si penggodam/scammer/phiser akan bagi link melalui facebook messenger & yang akan memaksa secara halus user agar click links utk memasukkan username n password. Kadang lagi advance tetiba kena masukkan butiran kad atm, kad kredit sekali. *Actually mereka cuba nasib je time ni.* 2.  

Tutorial: How to Set Up "Hey Siri" On Your iPhone

Betul tekaan sis. Tak ramai rupanya yang tahu kegunaan Siri di iPhone mereka. Okay yang masih tidak tahu lagi pasal siri ni, boleh rujuk artikel sebelum ni  <<Apa itu Siri>>> Disebabkan dekat entri sebelum ni Bff sis tak berapa clear macam mana nak buat yang "Hey Siri" tu, membuatkan sis tergerak hati nak buat tutorial ni. Kowt ada orang lain tak faham, boleh rujuk sini. Senang. Hehehe. So, tanak bebel panjang-panjang lagi, jom proceed dengan tutorial. Tutorial : How to Set Up "Hey Siri" On Your iPhone 1. Mula-mula pergi dekat "Settings", kemudian "General" 2. Pilih "Siri" 3. Enable Siri 4. Automatik ia jadi gini. So pilih 'Allow "Hey Siri" .  Nanti button tu jadi hijau macam button kat atas tu.  5. So, ia akan masuk sini pulak. Ikut je instruction yang dia bagi. Biasanya korang kena sebut "Hey Siri". So ik

Siapa Sebenarnya Siri?

Siapa sebenarnya Siri? Betul ke Siri ni seorang Personal Assistant?  Lagi mengejutkan betul ke Siri ni ada dua jantina? Betul ke Siri selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan? Macam Superhero, superman gitu ke? :o Siri ni apebenda sebenarnya? Phew.. banyak betul kemisterian mengenai Siri ni. But today, semua kemisterian mengenai Siri akan terjawab di sini! :3 ekekeke. Macam fefeling detektif pulak rasanya :p PERKENALAN PERTAMA Perkenalan pertama antara saya dengan Siri berlaku secara tidak sengaja. Semuanya disebabkan sikap-sikap Siri yang super annoying dan suka memunculkan diri tanpa diduga. Betapa jahatnya Siri mengenakan saya pada ketika itu akan saya ceritakan nanti. kekeke :3 SIRI Sebenarnya... Yes betul! Siri sebenarnya adalah Personal Asisstant! Hihi! Atau lebih tepat lagi Siri sebenarnya merupakan Personal Assistant kepada pengguna iPhone! Kemunculannya bermula dari iPhone 4S dan dianggap sebagai aplikasi terbaik Apple ketika ia mula dil

Awas! Berhati-hati Dengan Online Scammer

Dalam pada tengah asyik online tu, berhati-hatilah. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan online scammer yang terdapat merata-rata di internet ni. Sekali terkena memang tak boleh nak berpatah balik dah. Daripada nak kaya, boleh bankrap jadinya. So, berhati-hatilah. Dan ingat perkataan ni sampai bila-bila. "Tak ada benda yang free dekat dunia ni." Yes, tak ada benda yang free. Dunia ini bukan khayalan, bukan mainan fantasi yang senang-senang kau nak dapat duit beriban free-free yang jatuh dari langit. Kalau tidak berbayar dengan duit, mungkin akan berbayar dengan air mata dan sebagainya. So, berhati-hatilah. Dan dekat bawah ni saya akan kongsikan beberapa taktik salah satu internet scam yang terdapat di internet. Actually benda ni saya jumpa pun kebetulan. Mula-mula baca artikel dekat website pcworld, then nampak dekat bahagian " you might also like" ada artikel-artikel macam ni. Macam Suspicious je baca tajuk dia, ( Millionaire? RM425/hr?