Skip to main content

Beza Antara Virus, Worms, Spyware, Scareware, Trojan Horse, Ransomware Dan Malware



Pernah dengar tak perkataan malware, adware, spyware, virus, worms, trojan horse, backdoor dan sebagainya? Tahu tak apa maksud semuanya tu? Dan tahu tak apa perbezaannya? So, saya nak share secara ringkas apa perbezaan antara benda-benda yang saya dah sebutkan dekat atas.

Perbezaan Antara Virus, Worms, Spyware, Scareware, Trojan, Ransomware & Malware

Beza Antara Virus, Worms, Spyware, Scareware,
Trojan Horse, Ransomware & Malware

1.     Virus

Boleh copy atau mengandakan dirinya kepada jumlah yang banyak dan merebak dengan memasukkan dirinya ke dalam dokumen atau program lain pada komputer anda. Virus juga biasanya dalam format executable files atau exe., macam format pada aplikasi-aplikasi lain. Kenapa format dia mcm tu? Bila tekan or trigger ia secara automatik akan memulakan macam-macam proses bergantung pada process apa yang telah dicipta oleh programmernya. Dah nama pun virus kan? So, proses-proses jahat la dorang cipta. Contohnya delete files penting dalam laptop yang berformat msword, pdf, exces dan sebagainya, melambatkan proses RAM, mengurangkan CPU Time dan sebagainya.


2.    Worms

Merebak melalui rangkaian network (internet), worm juga jenis program yang bole copy dirinya (self-replicating). Selain itu, ia juga boleh merebak melalui email dengan menumpang dirinya di dalam attachment sesuatu email. Kesannya ia boleh menyesakkan traffic internet dalam rangkaian network anda.


3.    Spyware

Spyware ni merupakan perisian/software yang tak berapa dikenali. Seperti namanya, spyware memang bertujuan untuk spy/curi maklumat peribadi seseorang. Bagi saya spyware ni memang bahaya kowt sebab kita susah nak tahu ia ada dalam sistem komputer kita. Sebab spyware ni takkan buatkan system komputer rosak, tapi sebaliknya akan curi maklumat peribadi macam username n password atm, maklumat kad kredit dan sebagainya.


Beza Antara Virus, Worms, Spyware, Scareware,
Trojan Horse, Ransomware & Malware

4.    Scareware

Scareware ni macam nama dia juga. Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan mangsa dengan memberi message/warning palsu berkenaan komputer anda. Contohnya ia bagitahu yang Local Disk D anda dah dijangkiti virus dan suruh anda tekan scan dekat situ untuk membuang virus tersebut. Dari situ dorang akan terus scam anda untuk membayar mereka pada jumlah tertentu jika anda nak computer/laptop anda selamat. Kalau agak-agak uall pernah bukak-bukak mana-mana website tetiba keluar warning macam tu, jangan panik dan usah mudah tertipu.


5.    Trojan Horse

Trojan Horse ni pula menyamar sebagai program/aplikasi yang betul. Tetapi sebenarnya tidak. Senyap-senyap program ni akan buat backdoor dalam computer/laptop anda. Macam masuk senyap-senyap guna pintu belakang la kan. Then, bila dah masuk ia akan dikawal oleh seseoran dari jauh secara rahsia samada menggunakan RATS yang dikawal oleh program tertentu dan sebagainya. So, tak heran la kalau mouse tiba-tiba boleh bergerak sendiri, tempat dvd boleh terbuka sendiri. Bukan ada hantu k, tapi ada la seseorang yang mungkin sedang bergurau senda dengan anda tanpa anda sedari. Phew!

6.    Ransomware

Ni lagi satu bahaya. Once ia dapat bertapak dekat PC anda, ransomware ni akan block access korang terhadap file/program/fungsi tertentu dalam laptop anda. Then, ransomware ni akan demand money daripada korang untuk korang dapat access balik pada file/folder/program yang ia da block. Sedap je dorang ni kan. Da la tu memang file korang , then ada hati pula dorang nak suruh korang bayar kat dorang untuk korang access file korang tu. 

 7.    Malware

Malware ni merupakan perisian yang memang berniat jahat & paling jahat antara semua di atas. Adalah singkatan kepada perkataan malicious software. Kenapa paling jahat? Sebab malware ni terdapat ciri-ciri semua di atas. Terdiri daripada Virus, Worms, Spyware, Scareware, Trojan, Ransomware dan sebagainya.


Okay, so setakat ni perkongsian saya untuk hari ini. Untuk pastikan korang tak terdedah pada semua ni, pastikan install antivirus yang betul, official even free antivirus. Then pastikan selalu up-to-date, schedule scan dan paling penting jangan sesekali download or install app/program merepek. Dan kena tahu apa yang korang nak install dsb. Bila dah jangkit virus, phew! bukan senang nak buang . Takkan asik nak format je kan? Habistu biar je data-data penting sume lesap? So hati-hati ya semua sebelum terkena. Bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada merawat. 

Sekian daripada saya. Moga bermanfaat.


reference : 1 , 2, 3, 4




Comments

  1. Dulu masa sis belajar.. memang anti betul sesapa yang ternak virus dlm pendrive pastu cucuk dkt laptop kita. ish.. tak pasal pasal kena format. Trojan n Malware la selalu dapat. =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwahaha. Samela kita sis XD Betui memang bengang je time tak memasal laptop kita de virus sekali. Dulu kat kolej selalu dpt shortcut, seb baik la taw camne nak dapat balik hidden file tu. Kalau tak memang abes la sume asaimen :'D

      Delete
  2. YG TAU MALWARE SELALU DUK GANGGU HINGGA BLOG PUN TERPADAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya malware ni kak. Mcam2 niat jaat dia XD

      Delete
  3. Semua pun bahaya.. setakat ni tak de virus tapi kena hati2 juga..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena hati2 lagi2 time online 😂

      Delete
  4. info bagus ni nad.. malware la paling ditakuti sekali.. fuh..

    jemput baca artikle baru sy mengenai Perhatian kepada mereka yang buat servis edit template blog.. hot topik ni... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Malware ada semua ciri-ciri jaat. Kalo antivirus leh detect okaylah kan. yg takleh detect tu mmg risaulah 😂😂😂

      Delete
  5. yalah part pendrive kena virus dari laptop oranglain memang menyakitkan hati anak2 akak selalu kena bila printer kat rumah bermasaalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kadang geram tah dari mana dorg ternak virus tu ;( tak memasal kita terpalit

      Delete
  6. haaaa. belajar. rasa macam tiap sem belajar. huhuuhuhu.banyak pulak tu jenis2 virus ni.jenuh menghafal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. yaka. Asal usul virus de belajar tak? ade virus iloveyou la. haha . Yang tu pun best. hihi

      Delete
  7. Oo klu x habis semua dipanggil virus, scam, phishg

    ReplyDelete
  8. hahh bab2 virus ni mmg tak tahu langsung.. heheheh kalo apa2 jadi kat pc or lappy mmg cuak giler... kena serah pada yang pakar.. hahaha mama buta IT lor.. kekekek

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #209

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa mama. Yang penting antivirus selalu uptodate and kena scan

      Delete
  9. Scarry pulak bila baca ni..huhuhu.. Maklumlah.. dah lah tak reti sangat bab2 IT ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa awak. belajar cket2 lama2 jadi bukit. ;)

      Delete
  10. A proportionally successful approach to get your issues and questions identified with any result of Norton understood is, by achieving the outsider organizations. SupportBuddy is a prevalent outsider organization that has a devoted group of Norton Support, which settle just the issues related on Norton Products.https://how-to-remove.org/malware/browser-hijacker-removal/gotowebs-com-removal/

    ReplyDelete
  11. I read this piece of writing completely regarding the
    comparison of newest and previous technologies, it's remarkable article.

    ReplyDelete
  12. Unquestionably believe that that you said. Your favourite reason appeared to be at the web the
    simplest factor to take into account of. I say to you, I definitely get annoyed even as folks consider concerns
    that they just do not understand about. You controlled
    to hit the nail upon the highest as well as defined out the whole thing with no need side effect
    , folks can take a signal. Will probably be again to get more.

    Thanks

    ReplyDelete
  13. I really love your website.. Pleasant colors & theme.
    Did you make this amazing site yourself? Please reply back as I'm looking to create my own personal website and want to know
    where you got this from or exactly what the theme is called.
    Many thanks!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda