Facebook Page

Sunday, 4 September 2016

Apa itu Operating System?






Assalamualaikum & Hi

Apa kaba semua? Sihat ke you all? Sekejap je kan da masuk bulan September. Cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu nak masuk 2017 dah :'D. Btw anda tahu tak operating system (OS) tu apa? Pernah dengar? Pernah guna tak? hihi.

Mostly hampir semua orang pernah pakai OS ni tapi tataw ape bendanya tu. Dan tak tahu benda yang mereka tengah guna tu sebenarnya dikategorikan sebagai Operating System. So, dekat sini saya nak terangkan serba sedikit mengenai operating system.


So, Apa Itu Operating System?


Pernah guna Microsoft Windows tak? Macam windows 7, windows 8, windows 10 tu semua? Okay Microsoft Windows yang anda guna tu adalah salah satu contoh operating system atau dalam bahasa melayunya bermaksud sistem pengoperasian.

Secara ringkasnya, OS merupakan system software yang menguruskan, meneraju dan menjadi penggerak utama pada software dan hardware yang terdapat dalam komputer/laptop/smarfone korang tau ;) Dan akan menjadi 'orang tengah' antara software dan hardware. Tanpa OS, komputer/laptop/smartfone korang takkan dapat running.




OS ni juga boleh running dalam beberapa platform seperti di komputer, tablet dan juga smarfone. Contoh OS pada smartfone adalah seperti android, ios, windows dan sebagainya. Banyak dah. Manakala pada komputer pula, selain daripada windows yang korang kenal tu, terdapat banyak lagi OS lain seperti linux, symbian, fedora, ubuntu, machintos (mac OS), backtrack dan sebagainya. 

Selain daripada Microsoft Windows, terdapat banyak OS lain yang dikategorikan sebagai Open source yang boleh di dapati dan di download secara percuma. Biasanya bebas virus-virus ni , sebab nama pun open source kan. XD Just kadang-kadang kurang sikit user friendly. Banyak kena guna command dekat terminal dan sebagainya. Terminal tu lebih kurang macam CMD la if dekat windows.  Nak install software pun kena guna command tertentu gak. tsk

contoh terminal pada Os ubuntu
(sumber gambar: howtogeek) 


So, setakat ini sahajalah penjelasan saya. Moga anda semua faham apa itu OS dan maksudnya. OS operating system tau, bukan OS open source yang saya terangkan ni. Banyak beza tu. hihi.   If still tak faham lagi, tanya je k? ;) Semoga bermanfaat =D


13 comments:

  1. hp baling anjing dulu bukan guna symbian ke? kira kategori os juga rasanya kalo tak cmner dia nk fungsi.. hehe..

    btw nad jemput join segmen terbaru sy yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betulla. Maap bagi silap info pulak. Kena betulkan balik ni. hoho. btw tqq betulkan Asep ;D

      Delete
    2. hehe.. xpe nad... welcome :)

      Delete
  2. Kita tau guna je hehe :P
    Nadhie cite bru tau. Thanks nadhie

    ReplyDelete
  3. Kakak memang guna windows-10 tapi kalau ada masalah memang panggil budak IT aje tolong setel. Kakak ni pandai guna aje tapi bila ada masalah tak pandai nak godek sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...