Facebook Page

Sunday, 11 September 2016

Lupa Password iCloud Pada iPhone Anda?

Assalamualaikum & Hi!


Apa kabar semua? Sihat ke? Kepada pengguna iPhone.... pernah tak tengah sedap-sedap update ios kita, tiba-tiba time nak kena login balik tu korang lupa password iCloud iPhone korang? Yela sebagai manusia kita mana sempurna. Dek banyak sangat akaun sampai lupa dibuatnya. Da tu setiap akaun lain-lain password pulak. XD 

Kendian ada orang tanya, "kenapa tak buat sama je semua password untuk semua akaun? Kan senang."

"Yes, memang senang brader. Tapi, perbezaan password adalah di atas security purpose. Manala taw kowt akaun A ko kena hack atas kecuaian yang ko tak sengajakan, so sekali dia dah taw akaun ko abes semua di login nya."

Fuhh.. So, apa nak buat bila lupa passowrd icloud korang? Dahla penting passowrd tu , lagi-lagi lepas update kan? Okay jangan risau. Mudah je cara nak recover.



Cara-cara Recover Password iCloud Anda


1. Login je dekat page akaun Apple ID

2. Dah?

3. Click pada "Forgot Apple ID or Password" atau tekan je <sini>

4. Masukkan alamat email anda yang anda gunakan untuk mendaftar icloud akaun saban hari. Contoh macam dekat gamba bawah ni. Then, click "continue"




5. Pilih samada nak dapat recover melalui email atau jawab security questions. Macam saya biasa jawab security questions. Lagi senang katakan. soalan kita yang pilih & jawapan kita gak yang pilih. So, kalau ni pun lupa memang tataw la den nak kobarkan apo. :'D 

6. Lepas selesai jawab security question, automatik password lama anda akan di reset dan anda perlu memasukkan password baru. 

7. Settle je masuk password baru, satu email akan dihantar kepada anda yang menyatakan password anda telah di ubah. Ni semua pun sama. In terms of security. 

p/s: kalau tak penah tukar password tetiba dapat email cenggini, so penpaham je la n click je pada pautan yang disediakan*


Itu sahaja. Mudah kan?
Sekian

2 comments:

  1. Akak selalu tersalah masuk password kat apple id

    ReplyDelete
  2. err actually I dah lupa icloud ni apa -,- apple iD pun selalu lupa, kena bukak buku ajaib -,-'' sekali buku tu ilang, padan muka. hhehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...