Thursday, 27 October 2016

Cara Melindungi Privasi Komputer Anda Dari Sebarang Ancaman


Assalamualaikum & Hi!

Sihat? Tengah buat apa tu? Dah makan ke? Wokay, nak tanya ni.. Pernah tak anda rasa macam tak selamat ketika melayari internet? Rasa macam diperhatikan misalnya. Pernah?

Memandangkan zaman ini adalah zaman teknologi, pelbagai ancaman , pencerobohan pada jaringan internet mahupun di alam maya boleh berlaku pada bila-bila masa. Contohnya seperti Spam, SCAM, ransomware, phising, Denial of Service Attac (Dos),  zombie komputer, social engineering dan sebagainya.

Disebabkan itu pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tips macam mana nak jaga komputer kita dari sebarang ancaman terutamanya ketika melayari internet dan sebagainya.







Cara Melindungi Komputer Anda Dari Sebarang Pencerobohan


1. Pastikan firewall di komputer anda sentiasa Turned On


Firewall biasanya dapat membantu dan merupakan pelindungan paling asas sekali pada komputer anda dan akan menghalang hackers daripada mencuba untuk mengakses komputer anda, merosakkan sistem, delete information penting mahupun curik password/sensitif info. Biasanya software firewall lebih sesuai untuk single komputer. Dun wurry k.. macam dekat windows da sedia ada dah, Yang penting kena sentiasa pastikan turned on sebab kekadang tanpa kita sedari ada malicious software/apps tertentu yang berniat jahat akan turned off firewall kita. If kita melayari internet dalam LAN, biasanya setiap router telah dipasang dengan firewall, tapi still kena hati-hati jugak okay? Terutamanya apabila connect dengan public wifi.


2. Pastikan  Antivirus Di Install & Selalu di update


Antivirus software sememangnya direka untuk menghalang malicious software daripada masuk dan bermaharajalela di komputer anda. Asalkan anda semua harus memastikan antivirus yang legal telah diinstall dan paling penting pastikan antivirus tu betul dan bukannya software yang menyamar sebagai antivirus. Selain itu, pastikan antivirus korang ni selalu update k! ;) Paling senang buat regular/auto update tu je.


Wednesday, 26 October 2016

Wordless Wednesday #9 Sukar

Assalamualaikum & Hello! 



Walau apapun dugaan yang mendatang, be Strong & stay positive!
 Keep motivated, buat yang terbaik & never give up!

Don't worry..
Allah will always be with us. Amin 

Wednesday, 19 October 2016

Wordless Wednesday #8 Cepat Atau Lambat

Assalamualaikum & Hi!



#Sedarlahwahaidiri ;(



Buat Apa je Tak Tidur Lagi?

Assalamualaikum & Hi!





Jam sudah menunjukkan pukul 0105 pagi. Mata semakin mengantuk. Tetapi still gagahkan diri untuk berjaga kerana tengah bekerja. Yes, begitulah rutin seorang pekerja shift. Ketika yang lain sedang lena diulit mimpi, kami masih lagi di sini, demi mencari sesuap rezeki yang halal. Mujurlah kerja bahagian Engineering ni, if tak ada problems menyusul, kami bebas untuk buat kerja masing-masing. Alhamdulillah! So takdalah stress memanjang kan? Hiks.

Tak lama tu kedengaran notifikasi Whatsapp masuk.

'Tak tidur lagi?' soal dia. Perasan je kita online.

'Tak... tengah kerja ni..'  Lepastu terfikir eh dia pun tak tidur lagi. Buat apa je pulak kan?

So, masih ada lagi ke yang tak tidur lagi? Buat apa je anda-anda semua kalau tak tidur ni? Tengah study? Memasak sebab lapar tengah malam? Membaca? Terlebih tidur waktu siang? Terjaga dari nightmare? Insomnia? Bosan? hahaha. Atau anda juga sedang mencari sesuap nasi seperti saya? tsk 

Tengah- tengah baca berita online, tiba-tiba terjumpa pulak koleksi komik-komik garfield ni. Siyesly lawak! Rasa macam lagi enjoy baca komik Garfield ni berbanding tengok movie Garfield. Macam lagi fun je komik ni. Yela nama pun yang ori kan? 

Wokay.. takmo bebel panjang, biarlah gambar yang berbicara.




Kelakar Pulak Garfield Ni


Hahaha!

Tuesday, 18 October 2016

Segmen Ucing Nak Bloglist

Assalamualaikum & Hi!


Segmen Ucing Nak Bloglist.


Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com

Assalamualaikum & Hi!

(Click banner untuk join)


Jom join GA ni :) Btw, sempena kenaikkan rank di blog nya kak Raihanah telah membuat satu Ga untuk rakan blogger sekalian. Yang menariknya siapa yang join akan terus di masukkan dalam bloglistnya pada bulan october :)

Btw ada beberapa artikel yang menarik perhatian saya dari blognya.

 Antaranya :

1. http://vitamin-cerdik.com/2015/07/tips-pengambilan-vivix-untuk-kesan-terbaik.html/

2. http://vitamin-cerdik.com/2016/06/nutriferon-sebagai-penggalak-sistem-imun.html/

3. http://vitamin-cerdik.com/2016/08/detox-dan-peranan-pencegahan-kanser.html/





SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Assalamualaikum & Hi!


Click Banner untuk join :)

Tuesday, 11 October 2016

Cara Terbaru Remove Shortcut Virus

Assalamualaikum  & Hi!




Apa kabar? Sihat? Ingat lagi tak anda pada kes virus shortcut yang pernah mengemparkan beberapa institusi pengajian tinggi suatu ketika dulu? Famous betul virus tu baik dikalangan lecturers, cikgu mahupun students.

Mana taknya habis kerja-kerja, assignment yang penat-penat buat hilang macam tu je. Siapa la yang tak bengang kan? Lagi-lagi time nak buat presentation. Memang menggeletar lutut la jawabnya XD Yela time tu pula mana ada lagi cara untuk hapuskan virus tu. Antivirus pun tak berkesan.

Btw baru-baru ni, adik saya mengadu yang pendrive dia kena virus shortcut yang diternak daripada laptop kawan dia. Risau betul dia kalau pendrive tu cucuk dekat komputer dia nanti beranak-pinak pulak dekat situ. Then saya kata jangan risau. Masalah kecik je. So, dekat sini saya nak share cara mudah saya buang shortcut virus tu.


Cara Terbaru Remove Shortcut Virus


1. Pastikan laptop/komputer anda telah di install dengan antivirus.

2. Cucuk pendrive dekat laptop.

3. Scan pendrive dengan antivirus. Automatik semua virus-virus tu lesap tanpa diragu-ragui lagi. Tapi, still tak nampak file-file penting dalam pendrive? Okay jangan risau.

4. Bukak cmd. (command prompt). Taip je code dekat bawah ni.


                                 attrib -h -r -s /s /d F:\*.* 

5. Just ubah yang berwarna merah tu. Bukak my computer dan tengok location pendrive korang. If dekat G, gantikan G dekat warna merah tu.

6. Tekan enter. Ia akan loading sekejap.

7. Bukak balik pendrive dan korang akan nampak balik folder korang yang disembunyikan virus shortcut tu. Selesai.


Mudah je kan? Actually code dekat atas adalah bertujuan untuk munculkan file korang yang hilang tadi. Tentang virus jangan risau. Antivirus sekarang semua uptodate & berkemampuan menghapuskan virus shortcut.

Btw if nak tengok cara lama remove shortcut virus, click je <sini>

Okay, semoga bermanfaat :)

Wednesday, 5 October 2016

Wordless Wednesday #7 Paksa

Assalamualaikum & Hi


InsyaAllah lama-lama ikhlas. Sama-sama kita beringat sesama kita.  

#SolatItuTiangAgama
#PeringatanUntukDiriSendiriJuga

Tuesday, 4 October 2016

How To Boot Your Computer From USB Drive

Assalamualaikum & Hi!




"Apa hobi you ha?" Tiba-tiba dia tanya. 

"Kenapa?" Heran pulak. Yelah mana pernah dia tanya soalan camtu sebelum ni. Selalunya semua berkaitan dengan kerja je. 

"Takda apa-apa saje nak borak-borak,"

"Owh.. I suka troubleshoot computer problems.."

"Eh tu kerja kan. I bukan cakap pasal kerja. I mean hobi you laa.."

"Yup.. tulah hobi I... Memang I suka buat semua tu. Macam dulu I suka melukis, tulis cerita. Tapi, lepas amik course IT ni itulah yang I suka buat, troubleshoot software hardware problems. Then, bila free-free kadang-kadang I akan tulis balik problem yang I dah settle kan tu dekat blog, tak nak kasi lupa."  Dia pandang. Air mukanya nampak seolah-olah tak percaya. 

Haha. Cukuplah setakat ini saya share perbualan kami. Tapi siyesly, kalau ada masa lapang, memang saya suka belajar troubleshoot komputer or gadget problem & then share balik apa yang saya tahu tu supaya senang ingat.  

So, memandangkan sebelum ni dah share tentang APA ITU BIOS, so kali ni nak share pulak camna cara nak ubah boot sequence dekat BIOS, supaya bila start komputer ia kan boot pada pendrive dulu.




Tujuan Nak Ubah Boot Sequence Pada BIOS ni?


Maybe sebab OS komputer dah corrupt, so nak format. Nak format biasanya kena masukkan CD OS baru. Tapi nak guna USB Drive yang dah di ekstrak dengan ISO file pun boleh.




Cara Boot Komputer Anda Melalui USB Drive


1. On komputer anda sambil tekan samada ESC, F1, F2, F8 atau F10 masa startup. Depends gak pada BIOS Manufacturer tu jenis apa. Try je la mana-mana keys dekat atas yang boleh masuk ke BIOS korang.

2. Pilih dan tekan enter pada BIOS setup. Then BIOS setup utility page akan muncul.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...