Saturday, 31 December 2016

Sebuah Kemaafan

Assalamualaikum & Hi Semua!

Apa khabar? Sihat? Menjelang tahun baru ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru semua! Semoga tahun yang bakal tiba ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Dah fikir azam tahun baru? Btw, banyak ke azam tahun lepas yang dah tertunai? Ke bakal di bawa ke hadapan? XD

Sempena tahun baru yang bakal menhelang ini ingin saya kongsikan gambar di bawah buat renungan kita semua :)


Semoga kita terpelihara daripada sikap-sikap 'pembuli' mahupun memberi mudharat kepada insan lain. Kita tak tahu hati manusia, mungkin dengan mudah kita menganiaya hidupnya kerana menyangka bahawa dia 'baik'. Owh takpelah esok lusa 'aku minta maaf , nanti dia maafkanlah. Kalau itu yang anda fikirkan, ternyata anda silap. Kerana tak semua orang pemaaf. Ada orang simpan sampai ke akhirat. 

Sebab tu ada pepatah mengatakan "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang." Sebab apa? Sebab untuk mendapatkan kemaafan seorang manusia ini sukar sebenarnya berbanding kemaafan Allah SWT. Sebab tak semua orang jenis memaafkan. Mungkin dia tidak membalas perbuatan anda. Tetapi, bagaimana pula jika saat kita menganiaya dirinya, hatinya telah terdetik sesuatu yang buruk? Nauzubillah. Ingatlah bahawa doa-doa insan teraniaya itu sangat didengari sang penciptaNya.

Semoga kita dijauhkan daripada sikap-sikap pembuli mahupun yang memberi mudharat kepada insan lain. Dan elakkan untuk 'masuk' kedalam hidup seseorang, jika rasa anda hanya akan memberi mudharat kepadanya. Bak kata pepatah lebih baik mencegah daripada 'merawat'.

Kadang-kadang benda macam ni lah yang kita terlepas pandang. Stay alert. Ingat ayat di bawah ini:

"HABLUMINALLAH, HABLUMMINANNAS"


Pelihara hubungan kita dengan Allah, dan pelihara hubungan kita dengan manusia. Semata-mata untuk mendapat redha Allah. InsyaAllah . Amin


Bukan Cinta

Assalamualaikum & Hi!



Berhati-hatilah duhai wanita.
 Dirimu begitu berharga.
 Usah kau terpedaya dengan mulut-mulut manis lelaki durjana
Dan janj-janji palsu seorang pendusta.

Friday, 30 December 2016

Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10

Assalamualaikum & Hi!



Salam Jumaat semua. Apa khabar? Sihat? Pernah tak time beli laptop tu terperasan yang partition hdd korang ada satu je? Kat situlah nak kena simpan OS Windows, kat situ jugaklah nak letak file-file, assignment semua.

Btw, baru-baru ni beli laptop baru, then terperasan benda yang sama, hardisk dekat laptop tu ada satu je. If buat partition pada external hardisk memang pernahlah. Dari situ boleh nampak memerlukan part format hardisk ketika membuat partition. 

Bingung dibuatnya bila terfikir camanalah nak buat partition ni. Tak akanlah nak format laptop kowt semata-mata nak buat partition kan? Then terus text kawan, MR.H, tanya macam mana. Terus dia buat tutorial dekat whatsApp. Rupanya senang je. Btw, tqsm MR.H atas tunjuk ajar & layan je peel kita ni. hihiks XD 

So, dekat sini saya nak share cara-cara macam mana nak buat partition pada hardisk laptop tanpa format laptop anda.




Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10


1. On laptop anda. Pergi dekat icon mycomputer anda. Then right click macam dekat gambar. Click 'Manage'


Wednesday, 28 December 2016

DIY Daripada Kotak Yang Sangat Comel Dan Kreatif!

Assalamualaikum & Hi!


Apa kaba? Sihat? Time-time budak cuti sekolah ni anda-anda semua buat apa je? Bekerja macam biasa atau ada ambik cuti macam mereka jugak? :) Ada tak bawak adik-adik ke anak-anak ke pergi cuti memana?hiks. Sian adik bongsu kita, Muaz yang umur 10 tahun tu, tak dapat nak bawak dia jalan-jalan sangat. 

Sampai mak kita tegur "Adik kau tu takda siapa nak bawak dia pergi jenjalan," Sobs T_T Sungguh nak bawak dia pergi jalan-jalan. Tapi, apa nak buat, kebizian dengan assignment, presentation, nak study final exam dan dengan kerja lagi. huhu. Lagi-lagi kita ni pulak jenis yang tak pandai manage masa XD Memang haru lah jawapnya. hehe

Waktu duduk rumah kan, Muaz takda geng sebaya nak main. So, dia reka sendiri permainan dia. Baru-baru ni dia DIY sendiri topeng power rangers *agaknya* daripada kotak. Sobs. Dia pulak even bongsu tapi jenis berdikari & tak reti nak mintak-mintak. Selalunya dia kumpul duit dulu, then ajak kakak-kakak atau abang-abang dia temankan pergi beli mainan atau something yang dia nak. Kadang-kadang dia buat 'bisnes kat sekolah. XD

Dari situ, macam tak sangka je lah dia boleh DIY sendiri something untuk jadi barang mainan dia. So,kalau budak pun boleh DIY, tak akanlah kakak dia takleh kowt kan? Kat sini meh saya nak share sikit idea-idea DIY barang mainan budak yang diperbuat daripada kotak terpakai. Bukan sahaja mainan, benda lain pun ada jugak.


DIY Daripada Kotak Yang Sangat Comel Dan Kreatif!


  • Istana


Perfect. Cantik je dia buat.


Saturday, 24 December 2016

DIY Tin Kosong Terpakai Yang Cantik Dan Menarik

Assalamualaikum & Hi Semua!




Sihat? Hehe. Dekat rumah tu kalau ada banyak tin-tin kosong terpakai macam tin susu pekat manis,  tin sardin, tin jagung segera dan sebagainya, jangan dibuang! Jangan dibuang k!  Meh cuba buat DIY ni and let's save our nature! HEHE :D Owang kata, bila dah DIY-DIY ni bolehlah mengurangkan pembuangan sampah kan + dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dan bermanfaat. ^^ So, nak buat apa je dengan tin-tin kosong tu? Meh tengok idea-idea dekat bawah ni.


Idea Menarik Untuk DIY Tin Kosong Dan Terpakai



  • Bekas Pensil & Alat Tulis




Friday, 23 December 2016

DIY Mentol Lampu Terpakai Yang Sangat Kreatif!

Assalamualaikum & Hi!


Siapa yang tak suka benda-benda kreatif dan cantik kan? Pasti menyejukkan mata dan menyenangkan hati setiap kali memandang. Siapa yang ada mentol lampu terpakai dekat rumah? Then tak tahu nak buat apa? Jangan buang k. Meh buat DIY & Jom tengok gambar ni. Mana tahu kan boleh beri idea untuk menghasilkan DIY yang menarik.


Idea-Idea Untuk DIY Mentol Lampu Terpakai Yang Sangat Kreatif!



Hot air balloon ;) cweet. boleh la berangan-angan pi istanbul


Aquarium kecil yang sangat chumel ;D

Monday, 19 December 2016

Tutorial: Cara Convert PDF File Kepada Ms Words

Assalamualaikum & Hi!



Lamanya tak jumpa & tak buat tutorial. Btw apa kaba semua? Sihat? Bersawang tebal dah blog ni . Sorry, jadual kita pax sangat. Sobs. Akan cuba cari masa untuk update, or maybe schedule post dan datang menjenguk ke blogger yang lain. tsk.

Pernah tak anda rasa nak edit PDF file? Tapi takleh edit. Okay biasa kita dengar nak convert Word ke PDF. Tapi kali ni nak convert PDF ke Word. Nak convert PDF ke Word, tapi tak reti. So, jangan risau. Kat sini saya akan tunjukkan cara mudah untuk convert PDF. Senang je k 

Tutorial : Cara Convert PDF File Kepada Ms Words


1. Mula-mula tekan sini

2. Then pilih tabs PDF to DOC macam gambar dekat bawah tu.


Wednesday, 7 December 2016

Wordless Wednesday #12 Solat Malam

Assalamualaikum & Hi!




Hati-hati.
Semoga  setiap amalan yang kita lakukan tidak sia-sia..
Moga kita dijauhkan daripada sikap-sikap seperti ini.
 Sama-samalah kita mengingatkan kearah kebaikan, :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...