Skip to main content

Tutorial: Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10


Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10



Pernah tak time beli laptop tu terperasan yang partition hdd korang ada satu je? Kat situlah nak kena simpan OS Windows, kat situ jugaklah nak letak file-file, assignment semua.

Btw, baru-baru ni beli laptop baru, then terperasan benda yang sama, hardisk dekat laptop tu ada satu je. If buat partition pada external hardisk memang pernahlah. Dari situ boleh nampak memerlukan part format hardisk ketika membuat partition. 


Bingung dibuatnya bila terfikir camanalah nak buat partition ni. Tak akanlah nak format laptop kowt semata-mata nak buat partition kan? Then terus text kawan, MR.H, tanya macam mana. Terus dia buat tutorial dekat whatsApp. Rupanya senang je. Btw, tqsm MR.H atas tunjuk ajar & layan je peel sis ni. Heehee. 

So, dekat sini saya nak share cara-cara macam mana nak buat partition pada hardisk laptop tanpa format laptop anda.




Tutorial : Cara Buat Partition Hardisk Pada Windows 10




1. On laptop anda. Pergi dekat icon mycomputer anda. Then right click macam dekat gambar. Click 'Manage'



2. Akan keluar 'computer Management ' window seperti dibawah. Click je 'Disk Management'



3. Abaikan Disk-disk lain tu. Plih drive (C:) dan right click dekat situ.Click shrink volume



 4. Then akan keluar message box "Queying Shrink Space" dalam beberapa saat je.



5. Kemudian akan keluar macam ni. Boleh guna default value tu atau ubah value ikut kesukaan anda. Click je Next Next sampai habis. Tunggu sebentar sehingga processnya selesai.



6. Mengikut maklumat daripada MR.H, dia bagitahu benda ni amik masa sekejap je, dalam seminit dua. Tetapi tiba turn saya buat, dalam 10-15 minit jugaklah baru settle. Itupun naseb baiklah monitor menggunakan Disk Defragment. Boleh nampak ada process 'Shrink' dekat situ. 



7. Lepas buat, part yang kita dah partition kan tu akan jadi black region. So, right click je dekat situ, pilih 'New Simple Volume'. Ambil je default setting tu, if nak tukar nama n rename, rename je dekat situ. Then bila dah settle barulah ia akan automatically muncul dekat My Computer.





8. Done! Bukak my computer dah boleh nampak ada dua partition dekat situ. 


Okay setakat ini sahaja. Moga bermanfaat. And happy new year semua! Moga tahun baru nanti akan jauhh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah. Amin.












Comments

  1. Buat asing macam ini lebih mudah utk digunakan dan buat pengasingan doc.
    Good info Nadhie

    ReplyDelete
  2. nadhie...info sangat bagus..especially org yg buta it macam irda..huhu dah beli laptop baru??wahh irda pun macam nak beli laptop baru

    ReplyDelete
  3. Oh! ini namanya partition.
    Biasa guna office punya memang dah sedia ada separate macam tu.
    Hurm... laptop kat rumah tak perasan pulak.
    Nampak sangat jarang guna laptop kat rumah.

    ReplyDelete
  4. SALAM JUMAAT NADHIE TUTORIAL YG BRMNFAAT UTK DIJADIKAN PANDUAN...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda