Thursday, 19 January 2017

Apa Yang Buat Saya Berkenan Layan Drama Korea?

Assalamualaikum & Hi!

Best citer ni. Antara kdrama pertama yang buatkan saya layan korean drama.

Good Day Everyone! Sihat hari ni? Btw, ada peminat korean drama tak dekat sini? Anda-anda minat sebab apa eh? Sebab pelakon wanita atau lelaki yang cantik-cantik dan kacak? Jalan cerita yang menarik? Atau apakah? Dan betulkah movie or drama korea ni hanya berkisar tentang cinta semata-mata? Tentang sang kaya dengan sang miskin? Camtu ke?

Heh, btw, masih ada lagi ke yang tak minat a.k.a kecam Kdrama & seangkatan dengannya ni? *sigh* Train to Busan layan pulak korang. -_-  Sebelum kecam, saya cadangkan cuba tengok dulu. Then judge. 




Apa Yang Buat Saya Berkenan Tengok Cerita Korea ni?


Btw, saya pun bukanlah peminat tegar kpop or korea-korea ni jauh sekali nak mengangkat-angkat mereka. Pendek kata iolss layan semua citer yang best. So, dekat sini meh I nak share sedikit antara sebab yang buatkan I layan gak korean drama ni. 


1. Kesihatan


Dalam kebanyakan movie or drama, mesti ada selit part kesihatan, gaya hidup yang sihat, pemakanan yang sihat. 

Dari situ, akan membuatkan kita rasa macam nak tiru lifestyle mereka ni. Antara yang saya perasan lah benda yang mereka tekankan, minum air masak, makan sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan segar, bersenam dan sebagainya. 

Mesti ada je part watak-watak dalam tu yang tengah stress kunun-kunun, then lepaskan stress dengan cara running atas treadmill. Thumbs up. Cara yang bagus untuk lepaskan stress. 









2. Info Dan Ilmu


If cerita tu berkenaan dengan Doctor, ia tidaklah sekadar berkisar mengenai kehidupan peribadi dan masalah cinta Doktor tersebut, tetapi tak sah kalau tak selit kan part di mana pembedahan itu berlaku, diagnosis terhadap sesuatu penyakit, situasi-situasi kecemasan, langkah-langkah pencegahan , cara mengatasi dan sebagainya. 

I like this part. Nampak lah realnya. Jalan cerita tidak hanya bergantung pada masalah cinta semata-mata. Tetapi akan diselitkan part-part yang berguna yang turut memberi informasi baru kepada penonton.

Dan ada jugak cerita yang turut menyelitkan tutorial makeup pada setiap episode. Penonton bukan sahaja boleh enjoy, tapi dapat belajar something yang berguna di situ.




3. Kasih Sayang, Kekeluargaan  Dan Pengorbanan


Masalah dan konflik yang berlaku tidak tertumpu berkenaan cinta semata. Sebaliknya elemen kekeluargaan, konflik kekeluargaan yang berlaku kadang-kala sangat menyentuh hati. Contoh macam cerita I'm sorry I love you. Saya sangat terkesan part hero tu dengan mak dia berbanding part cinta. Sampai heran adik kita tengok kita mengalir air mata layan kdrama, padahal jenis yang susah nak nangis ni, lagi-lagi depan orang. sobs.

Begini salah satu babak dalam I'm sorry I love you yang menyentuh hati saya. Mak dia merupakan seorang artis terkenal dan disebabkan popularitinya, ada orang buat dajal pergi jual anaknya dan dijadikan anak angkat dekat Negara omputih. Budak ni membesar dalam keadaan tak tentu arah, tak dijaga dengan baik dan menyimpan dendam dekat mak dia, tanpa dia sedar yang mak dia ni pun pernah hampir nak gila cari dia balik. sobs. 

In the end, mereka bertemu semula. Tetapi, cuma that guy je yang tahu tu mak dia, sedangkan mak dia tak tahu pun itu anak yang dia cari selama ini. Padahal anak orang lain , entah anak siapa tah dia tatang bagai minyak yang penuh. Pendek kata sebab dia anggap macam peganti anak dia yang hilang.

Paling sedih part lelaki tu sakit dah. Dia bekerja bawah mak dia. Then lastly dia buat permintaan, suruh mak dia masakkan ramen untuk dia. Sebab dia teringin nak rasa air tangan mak dia buat kali pertama dan terakhir. Sedih part ni. Makin kabur mata dibuatnya. Sobs.



If nak tahu lebih lanjut, try lah layan sendiri. Apapun mana yang baik kita jadikan pengajaran dan boleh ambil iktibar darinya, manakala mana yang buruk itu kita jadikan sempadan. Apapun, ini sekadar pendapat saya dan apa yang membuatkan saya suka menonton korean drama. So, anda pulak bagaimana? Apa yang membuatkan anda juga menonton korean drama? hehe

Okay cukuplah sampai di sini sahaja perkongsian saya. Have a great day everyone!


8 comments:

  1. Lagi satu hero dgn heroin comel..hiksss ^^

    ReplyDelete
  2. ttg air masak tu setuju sgt..mesti ada air masak dlm jag/botol kt dapur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Suka tgk lifestyle dorang yg pentingkan kesihatan :)

      Delete
  3. Betul, drama korea kebanyakan takfokus pada elemen cinta je. Den lagi enjoy historical drama hiks, and thumbs up for you sebab awak betul-betul gali sisi lain drama.

    To be honest, sometimes I feel like Malaysian (including me?) tak prepare utk tgok drama atas konsep yg bukan hanya cinta dipertengahkan - or it just get boring in the middle :') My two cents btw.

    ReplyDelete
  4. Hi saya peminat tegar kdrama ni..

    Minat sebat value yg ada dlm drama dorang disamping nice visual lah..

    Bleh dikatan byk info la bila tgok drama dorang ni..bkn just purely entertainment

    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Saya pun minat juga tapi dah pencen layan Kdrama. Bukan ape..kalau start tengok saya susah nak stop. Banyak la nanti keje2 lain tak terbuat. Haishhh...kalau dapat yang sejam or dua jam full movie dah syiok sangat. Layan masa tuh jer pastuh habis. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Lama dah x tonton drama korea.hiks tapi baguslah nadhie dah korek apa yang boleh dijadikan nilai dalam sesuatu pengisian sesuatu drama .. :)))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...