Sunday, 22 January 2017

Klinik Homeopathy Hasan Di Kompleks PKNS Bangi

Assalamualaikum & Hi!




Sakit pada urat saraf di bahagian pinggang membuatkan saya berasa tidak selesa. Berdiri salah, duduk salah, malah baring pun salah. Sungguh moral saya benar-benar down pada ketika itu, perasaan menjadi sensitif dan hati mudah sahaja merasa sedih. (Biasalah orang tak sihat selalu begitu ;p)




Pengalaman Sendiri Masalah Urat Saraf di Bahagian Pinggang Dan Gastrik



Silap sikit sahaja postur duduk, rasa sakit itu pasti akan berbangkit. Saya sedar sebenarnya masalah berkaitan urat saraf di pinggang saya pada ketika itu bermula semenjak saya mula memasuki alam pekerjaan, terlalu lama duduk (memandangkan kerja kami bila ada problems, baru pergi troubleshoot), postur duduk yang tidak betul, tidak bersenam, tidak menjaga pemakanan dan banyak lagi aktiviti harian saya yang menjadi penyumbang kepada masalah itu. 


Dalam masa yang sama berat badan semakin bertambah dengan pola pemakanan yang tidak teratur membuatkan saya juga turut berhadapan dengan masalah gastrik. Setiap kali tidur malam, pasti akan tiba-tiba tersedak ataupun terbatuk-batuk. Perut yang memedih tiba-tiba, selalu tidak dipedulikan, dibiarkan kosong.


Dan akhirnya ibu saya memberi cadangan agar ikhtiar dengan  rawatan alternatif homeopathy memandangkan saya dah banyak kali ke Hospital, klinik swasta bagi mendapatkan rawatan lanjut, tetapi masalah yang sama tetap berulang. Lega sekejap then sakit balik. Sungguh, saya tidak boleh duduk mahupun berbaring ketika itu. Saat ini baru merasa macam mana bila Allah swt dah tarik nikmat itu pada kita. 


Doktor hanya menyarankan saya agar mengambil ubat setiap kali kesakitan itu timbul dan minum jus buah durian belanda sebagai supplement dan memberitahu bahawa masalah ini akan sentiasa berbangkit semula seperti tiada penyembuh. Sedangkan bukankah dalam islam ada menyebutkan bahawa "Setiap penyakit itu ada ubatnya?"

(klik gambar untuk besarkan)





Buka Hati Untuk Mencuba Rawatan Alternatif


Dan akhirnya saya membuka hati untuk mencuba rawatan alternatif homeopathy seperti cadangan my mom. Adik lelaki saya yang dah amik homeopathy (dari kecik disebabkan masalah eczema) terbukti tidak lagi berhadapan dengaan masalah itu sehingga kini. Alhamdulillah. Teragak-agak saya memberanikan diri untuk mencuba rawatan homeopathy dan menjejakan kaki ke klinik Homeopathy Dr Hasan , Bangi.


Mula-mula, macam biasa daftar je dekat kaunter dan tunggu no giliran anda dipanggil. Masuk-masuk bilik Dr, actually Dr akan tanya masalah apa, tapi dalam masa yang sama Dr akan suruh kita letak tangan atas meja dan dia akan memberitahu masalah apa yang kita sedang hadapi, peratusan kesihatan dalaman dsb. 


Masa tu fikir macam 'Wahhh! Magiknyaa! Tengok tangan pun boleh tahu penyakit apa!' Haha. Salah rupanya tekaan saya. Actually mereka bukan dukun, bukan dengan hanya tengok tangan je dah boleh scan penyakit. Tetapi, menggunakan teknologi, menggunakan devices dan software tertentu yang di pasang pada meja untuk detect masalah yang dihadapi pesakit.


Lepas di diagnosis, Doktor memberi nasihat pada saya untuk ubah cara hidup (kena aktif bersenam bagi masalah urat saraf) dan jaga masa & pola pemakanan seperti makan pada masa yang ditetapkan, buang frozen foods, fast foods dan jangan makan kira-kira 3 jam sebelum tidur (untuk masalah gastrik).


Selain itu bila dah makan ubat homeopathy ni kena jaga pantang (contoh tak boleh minum air kelapa - bukan sbb tak baik, tapi ia akan meneutralkan kandungan ubat yang diberi) dan kena jarakkan masa pengambilan ubat kira-kira 1 jam dengan ubat atau supplement lain.


Kebiasaan bila datang memang ramai orang. tsk.
(Sumber gambar : mrs nano)



Pengalaman Selepas Mencuba Rawatan Homeopathy


Based on pengalaman, apa yang saya nampak untuk certain penyakit (lepas consume homeopathy) ia akan mengeluarkan penyakit-penyakit tertentu. Buatkan kita rasa lebih teruk, tetapi actually untuk jangka masa sekejap je kesan negatif ni. 


Depends tahap berat atau ringan sakit seseorang itu. Contoh: masalah jerawat. Mula-mula mungkin akan keluar jerawat bernanah dan makin teruk. tapi lama kelamaan ia akan beransur pulih dan masalah itu tidak akan berulang dalam jangka masa yang panjang atau pulih sepenuhnya. 


Dan lebih penting lagi rawatan ini lebih sesuai untuk mengubati penyakit yang masih di peringkat awal dan tidak terlalu berat. Sebab tu banyak pepatah mengatakan lebih baik "Mencegah daripada merawat". Apapun, jangan berputus asa. Yakin bahawa yang setiap penyakit itu ada ubatnya.


So far alhamdulillah. Masalah gastrik yang selalu mengganggu tidur saya tidak lagi berulang. Tak pernah lagi merasa pedih di hulu hati, perut tak selesa or tersedak-sedak ketika sedang tidur. Kalau gastrik di peringkat teruk tu, time tersedak tu siap boleh keluar segala jenis makanan T_T Alhamdulillah tak pernah sampai tahap tu.


Tentang masalah urat saraf di bahagian pinggang pulak, mula-mula takut jugak kalau berhenti bersenam (Memandang kesukaran untuk mencari gym yang sesuai untuk kaum wanita), takut ia akan berulang balik. Tetapi, alhamdulillah, sehingga kini masalah itu tidak pernah timbul. Nikmat yang Allah SWT tarik seketika telah diberi kembali. Syukur Alhamdulillah. Betapa sayangnya Dia pada diri ini. Hanya diri ini sahaja yang selalu alpa dan leka. Sobs.



Macam nilah rupa ubatnya. Bulat-bulat dan manis rasanya.



Apapun semua ini hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi saya yang saya rasakan mungkin bermanfaat jika dikongsi bersama orang lain. Sama-sama kita ikhtiar.
Apapun yang menyembuh hanya Allah swt. Yakin dan percaya dan jangan sesekali putus asa. 
Cheer.





23 comments:

  1. pernah jg ambil ubat homeopathy tapi selalu separuh jalan je, tak berterusan..sbb selalu culas makan ubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye pun sama. kadang2 ingat kadang2 tak ikut masa yg ditetapkan. Tapi, so far takda apa2 side effect negatif kalau culas kan, so alhamdulillah. bebila teringat tu je terus makan. hehe

      Delete
  2. oo bolehlah lepas ni try gi homeopathy. ada masalah ekzema jugak ni. tapi masalah sakit pinggang dan gastrik yg nadhie kene tu kan pernah kene tahun lepas. sampai nangis2 tak boleh bangun skit pinggang sgt. gastrik tu mmg ada la. kalau jaga makan mmg ok la. tapi masa skit pinggang tu sy ambil ostematriz. lepas smggu tu terus hilang skit pinggang dan gastrik pun sama. cuma kalau x mkn ostematrix tu mulalah gastrik dtg. tapi skit bhgian pinggan tiada la serang lagi. takutlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masalah eczema ni sama mcm yang saye cerita tentang jerawat tu. Mula2 dia akan keluarkan penyakit dulu (cth kalau kita byk amik ubat-ubatan jenis steroid) , semua tu akan dikeluarkan n eczema kita akan jadi lebih teruk. maybe ruam2, gatal2 , pedih , berair dsb. Ikut la seberat mana tahap eczema tu. Tapi dlm masa yang sama dalaman kita dibersihkan. Bak kata dr luaran ni sampul je 😂. Time eczema ni nak keluar mmg kena tahan n sabar byk2. Untuk gastrik ni saye rasa mcm takda kesan sampingan or apa2 yang pelik sepanjang amik homeopathy ni. So far alhamdulillah saye mmg tak pernah kena gastrik lagi dah. Mmg recommend sgt

      Delete
  3. Ubat rupanyaaaa.. comel plak bolat kecik macam tu... ..ikut nasihat dr tu nadhie... tapi itulah kadang2 sekejap jer ikut lepas tu buat tabiat lama huu ..yg mana dr suruh dah tak buat.mudah - mudahan sembuh sakit nadhie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. memang lagi2 tentang fast foods tu camne pun tetap nak termakan gak 😜. Alhamdulillah so far mcm masalah gastrik n urat saraf tu mmg dah sembuh wani

      Delete
  4. Alhamdulillah, nikmat yang Allah tarik dah di eri semula ya si Nadhie
    .
    Syukur sangat dah tak ada sakit gastrik dan sakit pinggang 😃
    .
    Maznee baca tadi, tak jumpa pula harga
    .
    Mahak ke sekali terapi?
    .
    Dengan ubat ubat sekali
    .
    Nak juga cuba homeopati ni
    .
    Tapi tak berani lagi nak pergi. Haha. Mungkin sebab tak pernah ada kawan yang oergi 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang saya pergi ni tak mahal. Kalau dulu paling murah boleh dapat rm15, rm25 . tapi skrng dalam lingkungan rm35, rm45 paling mahal (yg ni kalau x silap saya lah) . Harga mcm depends jugak pada jenis penyakit. tp so far okaylah mmg murah. hehe.

      Delete
  5. [ernah cuba amik homeopati utk anak yang susah makan ubat. mmg dia suka la sbb manis tp tak membantu sangat kepada kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke. takpa kak. kita ikhtiar ☺

      Delete
  6. dulu masa sekolah pernah juga pegi klinik homeopathy hehe sebab nk spm
    http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/01/segmen-ice-breaking-version-10-by-mellya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh cenggitu pun ada. hihi. okay jugaklah

      Delete
  7. Kawan saya ada juga syor kalau ada sakit yg ringan2 dia duruh perka ke h/pati dulu.
    So far saya tak ada penyakit. I

    ReplyDelete
  8. Ok jugalah Nad kalau hasilnya memuaskan
    Tempat kakak ni macam tak adalah. Kalau ada nak juga kakak cuba.

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak kesana..
    ubat homeopathy ni manis, anak-anak akak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! adik-adik saye n anak-anak buah pun senang nak makan :)

      Delete
  10. irda tak pernah cuba lagi perubatan homeopathy ni...

    ReplyDelete
  11. singgah & follow sini :)

    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...