Skip to main content

Review Filem: Lost in The Pacific




Saya baru sahaja lepas tonton filem ni, so review sedikit mengenai movie Lost in the pacific.

Apa yang menarik tentang movie ini, salah satu lokasi pengambarannya berlangsung di Malaysia, bertempat di Pinewood Iskandar Malaysia Studio , Johor, Malaysia.

Diarahkan oleh Vincent Zhou, filem ini dibintangi Brandon Routh (Superman Returns) and Chinese star Zhang Yuqi.




Review Filem: Lost in The Pacific


 


Lost in The Pacific Synopsis :


Kisahnya bermula apabila sebuah kapal terbang komersial baru yang hanya memuatkan penumpang bertaraf elit memulakan penerbangan pertama ke Hong Kong. Masalah timbul apabila pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan di sebuah pulau terpencil apabila mengalami air turbulence yang agak teruk.

Dalaman kapal yang super cantik & berclass. Kira ruang untuk VVIP chillin' & santai2


Penumpang-penumpang pesawat tersebut terdiri daripada Mr.Gao, CEO Ocean Airlines yang angkuh yang secara tak sengaja bertemu dengan anak lelakinya , Colin yang merupakan seorang superstar terkenal dan kawan kepada Prince khadsa, Chef Mike yang handsome dan punyai latar belakang berbeza, Ruoxin, pilot wanita yang cantik, dan ramai lagi.


Turned out chef yang pada awalnya nampak nerd je ni ada background yang berbeza^^


Disebabkan arahan Mr.Gao yang angkuh, nak tak nak terpaksa la pilot-pilot tersebut melakukan pendaratan kecemasan di kawasan terpencil tersebut yang dikatakan sudah lama tidak berpenghuni, misteri dan ramai yang hilang. Memang rasa berdebar gak lah bila dengan selambanya dua orang pilot ni keluar dari perut pesawat untuk check enjin. 

Memang menyeramkan bila 2 orang kapten kapal ni selamba je turun untuk check enjin^^

Lebih memburukkan keadaan apabila Miss Ren seorang wartawan terkenal bersama rakan sekerjanya turun secara senyap-senyap dari pesawat tersebut untuk membuat liputan mengenai tempat misteri tersebut. Dari situ, sesuatu yang tidak di jangka pun terjadi. Nak tahu lebih lanjut, tengoklah sendiri ya movie ni.

Overall cerita ni best dan tidaklah mengecewakan & still enjoy tengok. Btw, saya download dekat torrent je. Okay, sekian.

Have a nice day!




Comments

  1. Cerita ni dibuat khas untuk tembusi market china
    .
    Sebab tu pelakon pun banyak orang cina mainland 😃
    .
    Sekarang ni, market china untuk wayang adalah kedua terbesar di dunia
    .
    Dijangka lagi 2 3 tahun akan melepasi amerika dan jadi market terbesar dunia.
    .
    Nak masuk pasaran china ada rule ketat
    .
    salah satunya inilah
    .
    Ambil aktress cina, dan tak boleh bagi watak jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqsm for additional info sis ☺ Ketat betul eh tp terbaiklah movie dia lain dari lain. hihi

      Delete
  2. pergh mcm bez.. baru nk tnye nad tgk dkt mana.. baca2 rupanya download ye.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. download je sbb dah lama keluar pawagam ☺

      Delete
  3. Hahahaha itulah kan Hasif ingatkan tengok kat panggung tadi.

    Baca reviews Nad rasa macam nak tengok

    ReplyDelete
  4. wahh..best best...nak tengoklah..nak suruh husband download ..ada substitle sekali x babe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ada dear. if nak burn in subtitle try download dekat mkvcage, if asing cari dekat subscene

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda