Tuesday, 28 February 2017

Xiaomi Redmi 4A Tawarkan Harga Mampu Milik!


Assalamualaikum & Hi!



XIAOMI REDMI 4A Fungsi Dual Apps Dalam Satu Smartphone Yang Sama | Baru-baru ini, pada 18 Februari 2017 yang lalu, saya telah menerima jemputan event iaitu ‘Redmi 4A Official Launch” yang bertempat di Bronx IV, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. 

Masa mula-mula sampai. Belum ramai lagi tetamu yang hadir


Event yang merupakan kolaborasi tiga company besar ini iaitu Mi (Redmi), Involve Asia dan Lazada telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Seronok je rasa apabila menerima jemputan dari tiga Company ternama ini untuk memeriahkan lagi event official launch of Redmi 4A.


Cantik dan kemas sahaja reka bentuknya


Lega apabila saya tiba lebih awal dari jangkaan. Dalam pukul 1.45 petang tu , terus mendaftar di kaunter untuk pengesahan kehadiran. Sebaik sahaja mendaftar terasa excited  pula untuk mengusik redmi 4A yang sedang dipamerkan (sementara event belum bermula) apatah lagi disebabkan Xiaomi Redmi adalah jenama yang cukup dikenali kerana keunikan dan kelainannya yang tersendiri.


Sebaik sahaja tiba tidak sabar untuk 
mencuba sendiri Xiaomi Redmi 4A ini

Sunday, 26 February 2017

Review Movie : Miss Peregrine's Home For Peculiar Children

Assalamualaikum & H!

Muka excited dapat tengok muvie^^


Review Movie : Miss Peregrine's Home For Peculiar Children | Apa khabar semua? Sihat ke? Heh, btw lama dah tengok movie ni dalam Oktober 2016 rasanya, tetapi baru ni lah nak tulis sedikit review mengenainya. Macam biasa bila datang mood nak tengok movie, pasti filem-filem macam ni yang akan disambar terlebih dahulu. Hoho. Takmau bercakap banyak, meh nak citer cket apa review dia.


Wednesday, 22 February 2017

Baucar Buku 1Malaysia Telah Ditukarkan Kepada Kad Debit Pelajar

Assalamualaikum & Hi!




Baucar Buku 1Malaysia Telah Ditukarkan Kepada Kad Debit Pelajar | Seperti yang telah di perbincangkan pada budget 2017, penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah dimansuhkan dan ditukarkan dengan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).

Tuesday, 21 February 2017

Review Buku : Pelukis Jalanan


Assalamualaikum & Hi!




REVIEW BUKU: PELUKIS JALANAN | Merupakan seorang yang suka membeli buku, tetapi jarang berjaya dihabiskan, namun kali ini buku Teme berjaya menarik minat dan perhatian saya untuk terus membacanya.

Semuanya adalah kerana pengalaman yang berharga dan mesej-mesej positif yang terdapat di dalamnya. Tak heranlah buku ini pernah menduduki carta tertinggi di MPH.



Sunday, 19 February 2017

Harga Bayaran Parking di Berjaya Times Square Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hi!

 
 Berjaya Times Square Hotel, KL



Harga Bayaran Parking di Berjaya Times Square Kuala Lumpur | Apa khabar semua? Sihat? Moga sihat selalu harapnya^^ Semalam selepas habis je kelas, dalam tengahari tu saya terus gerak dari UKM Bangi ke Berjaya Times Square Hotel untuk menghadiri satu jemputan event. Lega jalan tak jam. 


Biasa datang times square tak pernah lagi parking dalam tu dan tak pernah nak ambik tahu berapa parking rates dia. So, sebelum nak pergi tu memang jenuh jugaklah nak cari parking rates dia. Tapi tak jumpa pulak -_-"


Oleh itu,  dekat sini saya nak kongsikan berapa harga bayaran ticket parking di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sebagai rujukan pada yang masih tidak tahu lagi. So, awal-awal bolehlah buat preparation ke apa kan.

Wednesday, 15 February 2017

Apa Itu Virus Cryptolocker?

Assalamualaikum & Hi!



Kecoh baru-baru ini apabila salah satu server dekat office terkena virus cryptolocker. Tak pasal-pasal habis file-file penting semua kena encrypt (kunci) dengan cryptolocker ni, menyebabkan ia tidak boleh diakses seperti biasa. Bayangkanlah bila satu PC je kena effect pun jenuh nak buang, ini pulak server.




So, Apa sebenarnya cryptolocker ni? 

Wordless Wednesday #14 Dua For My Mother

Assalamualaikum & Hi


Semoga sihat selalu, diluaskan rezeki, bahagia selalu, dipanjangkan umur, dipermudahkan semua urusan dunia & akhirat dan semoga berjaya dunia & akhirat. InsyaAllah. Amin.

& I love you so much more than words can ever say :')



Monday, 13 February 2017

Review Movie : Journey to The West (The Demons Strike Back)

Assalamualaikum & Hi!



Setiap kali cuti-cuti, off day ke you all buat apa je? Btw, baru-baru ini saya berpeluang menonton Movie Journey to The West:The Demons Strike Back. Pergi tengok dengan kawan je dekat TGV Kepong.

Macam biasalah, cerita yang menjadi pilihan sudah pasti yang ada unsur-unsur kemengarutan fantasy, comedy, mystery and action.

Movie ini adalah kesinambungan daripada sequel 'Journey to the west: Conquering the demons'. Even tak tengok sequel sebelumnya, tetapi tahulah jugak apa cerita sebelumnya and still enjoy layan citer ni. Filem arahan Stephen Chow ini juga mencatat RMB 345 million (US$50.2 million) setelah dua hari tayangan dan merupakan box office di China.



Thursday, 9 February 2017

Signing Ceremony Between C88 Premier And Swarovski Gemstones Collaboration

Assalamualaikum & Hi!


'Leave a little sparkle, wherever you go"



Cantik. Kilauanya memukau. Reka bentuk yang pelbagai dan unik. Sungguh memikat hati. Mata rasa tak sudah-sudah untuk memandang. Sungguh hati ini bagai jatuh cinta sebaik sahaja kaki melangkah ke Grand Ballroom 3, Hotel Istana Kuala Lumpur. Ada apa je di situ? Hehe. Teruskan membaca.


Pagi itu, tepat jam 10 pagi saya tiba di Hotel Istana Kuala Lumpur setelah mengharungi jam selama 3 jam. Btw thank you Mr.H gigih tangkap gambar satu-satu untuk tunjukkan jalan. Lega rasanya apabila tentatif program baru sahaja bermula. Sebaik tiba, beberapa orang staff Hotel menyapa mesra sambil menyambut kedatangan dan bersedia menawarkan apa-apa bantuan. Lantas saya terus mendaftar di kaunter untuk pengesahan kehadiran dan kemudian terus mengambil sarapan serta duduk di salah sebuah sofa yang disediakan.


“Boleh duduk di sini?” Seseorang menegur.


“Boleh boleh. Duduklah,” jawab saya sambil tersenyum.


Saturday, 4 February 2017

Apa Itu Browser Hijacker?

Assalamualaikum & Hi!





Sedang sedap-sedap google, tiba-tiba browser google chrome saya tertutup sendiri (force close), kemudian terbuka semula (restart) balik dengan sendirinya. Ingatkan kenapa. Tetapi bila dah restart balik tu tiba-tiba muncul sejenis search engine yang tidak dikenali dan tidak diketahui dari mana asal usulnya. 

Rupa-rupanya browser pada laptop saya ni dah kena hijack, mungkin disebabkan kecuaian yang tidak disengajakan seperti terdownload software yang mengandungi virus dsb. Sebab tu kalau nak download atau install apa-apa software, kena scan dulu dengan Virus Total. kendian tengok terms & conditions before install.

Thursday, 2 February 2017

Contact Lens Yang Mampu Merakam Dan Memainkan Semula Video

Assalamualaikum & Hi!


Apa khabar semua? Sihat ke? Harap moga-moga semua sihat harapnya. Amin! Btw, pada hari ini ingin saya kongsikan tentang Sony smart contact lens. Haihh.. Semakin maju dan canggihnya teknologi , semakin menakutkan pula ciptaan manusia ini. -_- 


Jika dahulu, mungkin kita pernah dengar tentang pen yang mampu merakam suara & video, cermin mata yang boleh scan pakaian manusia, kamera tersembunyi pada mata anak patung dan banyak lagi.


Kali ini Sony bakal muncul dengan ciptaan terbaru mereka, iaitu Sony Smart Contact Lens , merupakan contact lens yang mampu merakam dan memainkan semula video. So, kita tengok dari sudut yang positif je lah. 


Katanya, tujuan contact lens ini dicipta adalah untuk merakam detik indah bersama orang tersayang. Hmm.. itu sahaja ke tujuannya? Okay, tak mahu berleter panjang lagi, biarlah gambar yang berbicara...




SONY SMART CONTACT LENS




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...