Skip to main content

Review Filem: Journey to The West (The Demons Strike Back)





Baru-baru ini Nadhie berkesempatan menonton filem Journey to The West:The Demons Strike Back. yang ditayangkan sempena raya Cina di TGV Kepong. Masa ni Nadhie pergi tengok dengan kawan selepas seharian melepak di rumahnya. 


Seperti biasa, Nadhie sangat meminati cerita yang berunsur misteri, fantasi, komedi dan aksi. Filem Journey to The West (The Demons Strike Back) ini adalah kesinambungan daripada sequel filem sebelumnya iaitu 'Journey to the west: Conquering the demons'


Walaupun tak berkesempatan menonton sequel sebelumnya, tetapi Nadhie sedia maklum jugalah tentang jalan cerita sebelumnya dan sangat seronok layan filem ini. Filem arahan Stephen Chow ini juga mencatat RMB 345 million (US$50.2 million) setelah dua hari tayangan dan merupakan box office di China.



Review Filem:  Journey to The West (The Demons Strike Back)


Selepas kematian Miss Duan yang dibunuh Sun Wukong, Sun Wukong (monkey king) berjanji untuk bekerjasama dan menjadi anak murid Sami Tan Sanzang (Kris Wu). Pigsy the horny hog demon (Yang Yi Wei) dan Sandy the fish (Mankee Bateer) turut menyertai pengembaraan itu untuk menangkap jembalang-jembalang jahat yang menyerupai manusia dan menimbulkan kekacauan.


Kisah bermula apabila Tang Sanzang mendapati dirinya berada di India dalam bentuk gergasi dan terdampar di sebuah kawasan di India dan dikurniakan kuasa sakti yang luar biasa. Namun, rupa-rupanya itu semua hanya mimpi. Sebaik sahaja tersedar, dia mendapati yang dirinya berada di sebuah kawasan perkampungan yang tidak dikenali dalam keadaan kelaparan dan kesihatan yang tidak berapa baik, bersama monkey king, pigsy and Sandy the fish.



Pigsy, Sun Wukong & Tang Sanzang


Takut dengan pandangan penduduk kampung yang tidak mempercayainya, Tan Sanzang memaksa anak-anak muridnya untuk membuat silap mata, namun tidak berjaya. In the end, dia memprovokasi Sun Wukong menyebabkan akhirnya satu kampung dimusnahkan oleh Sun Wukong.



Sun Wukong yang pemarah & pantang kena provok. Sami Tan Sanzang kawal dia dengan lullaby song je.



Setelah dihalau dari kawasan perkampungan itu, mereka meyambung semula pengembaraan untuk menangkap jembalang. Dari sini mereka bertemu dengan labah-labah jelmaan yang menjelma sebagai wanita cantik dan menggoda, perdana menteri wanita yang pelik dan mencurigakan, raja yang bersikap seperti kanak-kanak, gadis muda yang cantik dan lemah lembut. Namun, rupanya ada misteri disebalik semua itu. 


Sebaik tiba di sebuah Negara yang ganjil, di mana rajanya suka dimanja & bersikap seperti kanak-kanak


Suka tengok Kris wu pakai selendang. Muka nampak cam gegurl, ayu gitu. hiks


Pigsy yang tiba-tiba berubah jadi handsome bila nak menggoda gadis



Haa... nak tahu apa yang terjadi sebenarnya? Kenalah tengok sendiri. Hihi. So far memang best. Tak rugi tengok haritu. Banyak part kelakar yang buatkan kami tak kering gusi ketawa. Part-part magic, pengembaraan dari satu tempat ke satu tempat, menyelesaikan masalah buatkan kami tidak pernah merasa bosan. 

Setakat ini sahaja. Happy weekdays everyone! Bye!


Comments

  1. Best ke cerita macamni? dulu2 suka lah layan sekarang macam tak suka sangat haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. yeke. saye dari sekolah rendah sampai skrg layan citer ni. hihi. beshlah. still my fave ✌🏼

      Delete
  2. Kunjungan balas... nice blog :)
    https://atanpunyablog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. tak pernah tengok la citer ni nad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali try la layan kak. kowt kena dgn selera. hehe

      Delete
  4. aah da tgk last week, lucu jugak haha.

    ReplyDelete
  5. kena beli cd nie.. maklum laa sejak dah ade anak nie, tak penah jejak kaki ke wayang.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa sis layan kat umah pun syok jugak. hehe

      Delete
  6. yg gambar paling atas kanan sekali tu wu yi fan kan??

    ReplyDelete
  7. wah kena tengok ni. minat gila dgn citer citer stephen chow. ibarat macam citer citer p ramlee. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui. kreatif lah idea2 dia n paling suka part kelakar tu ☺

      Delete
  8. Muka time nak menggoda gadis tu takleh tengok lama2. Haha, bahayaaaa! :P

    ReplyDelete
  9. Macam best je! Lama tak tengok cerita cemni! ❤

    ReplyDelete
  10. Alahai pigsy apahal tetiba jadi comel ni. Hahahaha, takpasal kena samak :P Hahaha gurau je. Tak pernah tengok cerita mcm zaman dulu ni, baik china, or korea. Tak minat. Hehehe. Tapi best pulak baca sinopsis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan tetiba je buat muka comel. hehe. tenks ;)

      Delete
  11. hehhe...irda mmg xlayan sgt cite mcm ni..tp lain org lain minat kan..tgv kepong??awat xrogee...hehehe..if not leh join
    .dekat je ngan umah irda tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah dekat ke! hehe. kalau tahu ni memang dah roger ;) insyaallah next time

      Delete
  12. sedang mencari makeup yang murah tetapi berkualiti? jom la singgah ke @beautylabel.co . kami menjual produk berjenama inspired makeup. ramai pelanggan berpuas hati selepas membeli barang kami.

    ReplyDelete
  13. teringin nak pergi tengok tapi tak de masa pulak...

    ReplyDelete
  14. memang minat dgn citer Sun Wukong ni. bila si sami tu baca jampi, otomatik gelung kat kepala monyet tu buat dia sakit kepala. yg latest ni lom lyn lagi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg latest ni gelung tu cam xde function je. bila dia nyanyi lagu sun wukong pun mcm kena kawal ikut rentak lagu tu

      Delete
    2. ohhh. nak tanya lebih2, mcm x aci pulak. kena tngk sendiri ni 😁

      Delete
  15. wah macm seronok je

    singgah dari http://cikdylah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Kak ana dulu zaman muda2 setiap minggu ke tgv kepong tu. Koleksi tiket wayang penuh satu kotak hadiah 😅.

    ReplyDelete
  17. Lama tak pergi wayang. Tgok review ni mcam best cerita nya.

    ReplyDelete
  18. movie nya tk tengok lg..tgk drama citer ni lama dulu, yg klasik cina, mmg best..suka tengok monyet..

    ReplyDelete
  19. HI, BLOGWALKING HERE :) https://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  20. haluuuu =) http://sukasukitulisblog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  21. hai... singgah n tinggal jejak... done follow :)

    ReplyDelete
  22. Singgah sini & follow, follow me back, tq #314

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda