Runsing saya pada ketika itu. Sudah beberapa kali remove, tetapi Browser Hijacker tersebut tetap tidak hilang. Ciput sahaja kecuaian saya pada ketika itu. Hanya kerana terdownload software mengandungi virus, tetapi besar efeknya pada laptop saya. Jenuh menggunakan pelbagai cara untuk membuangnya, baik menggunakan software, antivirus mahupun manual. Tetapi tetap tidak berkesan.
Setelah berbincang dengan kawan saya, Zack, dia menyarankan saya agar mereset semula windows 10 saya. Fungsinya sama seperti factory reset mahupun format komputer. Dan bertujuan untuk membuang segala malware, spyware dan virus yang sukar dibuang. Tetapi, tak perlu risau sebab file-file penting kita seperti assigment, dokumen-dokumen penting, movie dan sebagainya tetap tidak akan hilang.
Sebab-sebab Kenapa Kena Reset Windows 10?
- Apabila windows10 anda terjangkit malware mahupun virus degil
- Antivrus tak berkesan untuk melawan malware mahupun virus sedia ada
- Letih cari pelbagai cara untuk membuang browser hijacker, tetapi tidak berjaya.
- Reset Windows 10 tidak sama seperti format biasa kerana file-file penting anda still tak akan hilang.
- Remove semua aplikasi yang diinstall kemudian oleh anda sendiri, mahupun virus.
Cara-cara Reset Windows 10 Tanpa Menghilangkan File-file Penting Anda
- 1. Mula-mula tekan logo windows dan pergi dekat logo"Setting". Macam dekat anak panah dalam gambar tu
- 4. Nampak perkataan "Reset this PC?" Tekan "Get Started".
- 5. Then boleh pilih samada nak "Keep my files" atau "Remove Everything". So, pilih "Keep my files"
- 6. Then korang akan nampak macam ni.
- 7. Tekan Next
- 8. Tekan Reset
- 12. Then ia akan keluar macam ni dan banyak lagi ayat-ayat lain berlatar belakangkan warna biru.
- 13.Akan keluar ayat macam ni pulak. So, sabar. Dalam masa yang terdekat PC anda akan tersedia seperti sediakala.
- 14. Lastly laptop anda sudah pun tersedia untuk digunakan. Disebabkan beberapa aplikasi telah diremove, so ingin saya ingatkan bahawa anda perlu menginstall semula aplikasi-aplikasi tersebut. Yang penting semua file-file penting anda tetap tidak hilang dan PC anda juga telah bebas dari virus-virus durjana. tsk.
Okay setakat ini sahaja. Kalau ada yang tak faham, tanya je k? =)
Apapun semoga bermanfaat !
Nota kaki :
- Penulis tidak bertanggungjawab di atas kecuaian & kesilapan pembaca ketika mengikut tutorial ini.
- Pembaca tetap dicadangkan agar membackup kesemua file dan data penting ketika mengikut tutorial ini,jika tidak haruslah diserahkan pada yang pakar sahaja.
ya betul tanpa mengunakan disc recovery.(^_^)
ReplyDeleteKan! Tak perlu susah-susah dah. Windows 10 senang je . Asalkan tahu caranya :)
Deletewah! akhirnya software yg jahat tu berjaya dihilangkan. tahniah!
ReplyDeletehehehe. tulah jenuh nak buang malware2 ni
DeletePerkongsian yang bagus... biasanya orang hantar kedai walhal boleh buat sendirikan... bagus entri ni... terperinci... thanks ya...
ReplyDeleteyup boleh je buat sendiri. Nak hantar kat saye pun boleh.kekeke ;p welkem2
Deletehaha.. ooo boleh buat tak hilang file eh? masa guna windows 10 ni dulu selalu terjadi error sekali tekan reset factory hilang semua benda.. :D :D :D software apa yg download tu nad??
ReplyDeleteAikk.. dekat reset tu kan Asep, kita boleh pilih samada nak "Keep all files" atau "remove everything". Cuba Asep tengok dekat step no 5. macam yang saye tunjuk tu.
Delete"Software apa yang download" ha kurang faham Asep maksudkan tentang apa.
factory reset rasanye ari tu buat dah teruk sgt error nye tu.. -.-' terus clean semua benda yang ada dalam C:
Deletetu software yg menyebabkan virus tu.. software ape nad download?
bagus info ni nadhie
ReplyDeletethanks kak :)
DeleteSaya pengguna windows 10, hihihi paling best bagi saya. Mudah kan, cuma kena rajin dan teliti je. lagipun sy problem apa2 hantar kt abah je, abah terer repair laptop n pc, hahaha.
ReplyDeletewahhh seronoknya abah reti repair laptop. hehe baguih2 👏🏼👏🏼👏🏼
Deletekalau saya repair hantar kedai. huhu
Deletememang senang guna windows 10 nie. sebab senang nak manage. :D
ReplyDeleteberguna bertul tutorial nie. boleh rujuk nanti kalau ada masalah :)
alhamdulillah. moga bermanfaat ya 😉
DeleteKalau windows 8 blh jgk ke?
ReplyDeleteMaaf tomo, windows 8 sis tak sure 🤔 tak pernah pakai. nanti sis confirmkan balik ya 😉
Deletewindows 8 pun boleh tapi dia panggil "Refresh Your PC". Langkahnya hampir sama dengan window 10. Juga boleh diakses melalui recovery menu semasa boot windows 8.
DeleteIni memang kena bookmark nih! Misal kata nanti terjadi pape, panic tak tentu pasal. Hehe
ReplyDeleteYaa betul! dun panik2 k! kompem ada solution punya ^^
DeleteBagusnya, tak payah nak reformat cara lama tu kalau nak buat malware
ReplyDeleteyes betul tu Mazni :)
DeleteTak bertukar lagi windows 10 ni sbb orang cakap banyak bug and takda beza sangat pun dengan windows 8. so setakat ni setia la dulu dengan windows 8. haha.
ReplyDeleteWindows 10 jauh lebih baik dari Windows 8. Banyak problem dalam windows 8 dah diselesaikan..interface memang tak jauh beza tapi sebenarnya banyak beza..saya guna windows 8 sejak mula dikeluarkan..once dah try windows 10 masa dia launch dulu, notebook dan pc semua dah pakai windows 10..kalau kawan2 tanya pun memang saya rekemen windows 10..
DeleteItu apa yang org cakap Syed. ;) Tapi hakikatnya sama mcm yang unknown kat atas ni bgtau. windows 10 jauh beza dengan windows 8. So far saya pakai takda apa-apa masalah kecuali if spec laptop tak support cth ram 2gb & hware ketinggalan zaman mmg takleh go on lah dengan win10. ;) thats why depa ingat byk bug, padahal tak check spec agaknya. hihi
Deletesy pakai window 7. dah format abis, takda yg tinggal 😭 sy gtau kat kedai tu, minta backup isi dlm laptop tu. lepas dpt laptop, aduhhh. takda yg dibackup. kuciwa jiwa raga 💔 sakitnya tu d sini *tunjuk kat dada
ReplyDeleteNour Adieb..guna perisian recovery macam recover my files ke atau recuva, tapi kena keluarkan hard disk notebook tu. Perisian data recovery tu perlu di install di komputer lain, kemudian attach hard disk notebook tu ke komputer berkenaan. Saya biasa sangat buat, normally 80% fail boleh dapat kembali. Setakat format hard disk sahaja walaupun berkali2 masih ada peluang untuk dapatkan semula fail yang dah hilang tu. Kecuali la kita buat wipe hard disk (jarang sangat orang buat), kalau wipe memamg tak boleh di recover semula.
DeleteSuka dia je eh format camtu je. duit dapat tapi.. tak amanah. ;( lenkali hantar kat saye jelah.haha :p *tetiba
DeleteSaya ada buat pencalonan nama Nadhie Wueen dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.
ReplyDeletehttp://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html
tqsm bro! ;) nanti saye join
DeleteHuhuhu.... budak IT memanglah senang.
ReplyDeleteKalau Mrs. A huhuhuu tak tahulah jadi apa
Boleh je sis. Ekceli saye tahu pun sbb lebih pada minat. kengkawan perempuan satu course ramai gak yang tak tahu. huhue
Deleteinfo menarik
ReplyDeletekalau reset pc ni, microsoft office and anti-virus akan terdelete sekali ke ?
ReplyDeletetak utk win10. win10 just akan reset ke factory reset. maksudnya sama macam time kita dapat masa mula2 beli laptop ni
DeleteMmg akan amik masa yg lama ya sis?
ReplyDeleteya betul. tapi takdalah sampai sehari. =D
DeleteHai, saya nak tanya kalau kita dah reset kesemua file ada kemungkinan cara yang kita boleh buat tak untuk dapatkan balik fail tu?
ReplyDeleteThanks, sgt membantu.
ReplyDeleteHi nak tanya as a student bnyak assignment yang di save kat dalam laptop kalau ikut cara yang awak ajar file2 assignment tu takkan hilang ke?
ReplyDeleteRefer komen di bawah sekali
DeleteHi nak tanya kalau reset agak2 smua keja2 assignment hilang tak?
ReplyDeleteHi nak tanya kalau reset agak2 smua keja2 assignment hilang tak?
ReplyDeleteHi dik! If ikut cara yang sis ajar tu semua file dan assignment takkan hilang. Yang hilang cuma apps yang telah di install.
DeleteAda dua option atas tu, & sis telah pilih “keep my files”. So file/assignment/video tak hilang.
Nak lebih selamat pastikan simpan dalam local disk D
kalau skrin laptop tiba tiba jadi biru tu sebab apa? and macam mana nak repair?
ReplyDeleteApp Microsoft kita hilang x? Mcmna nk download balik?
ReplyDeleteHi sis.. saya dah buat cara sis tu tapi microsoft word/excel saya semua hilang. Kenapa ye?
ReplyDeletehai sis. saya dh reset and saya taktau macam mana nak download balik semua apps tu
ReplyDelete