Thursday, 30 March 2017

KUASA FITNAH

Assalamualaikum & Hi!


Petang itu saya memandu untuk ke kelas dengan perasaan yang berbaur. Remuk hati sebaik sahaja keluar dari situ. ‘Hmm.. pergi kelas pun salah,’ hati saya terdetik, sedikit kecewa. Namun bukanlah itu perkara sebenar yang mengganggui fikiran saya. 

Sebetulnya adalah ….


 FITNAH


Kalau sebelum ni saya bukanlah jenis peduli tentang cakap-cakap belakang tentang saya, kerana satu je saya fikir, dalam tak sedar kadang-kadang benda-benda beginilah yang secara tak langsung dapat menampung kekurangan ibadah saya, menambah pahala tanpa disedari dan mungkin mengurangkan dosa-dosa saya. Kadang-kala ingin berterima-kasih dengan mereka pun ada, :) Sama seperti ayatnya, lagipun bukankah orang yang suka bercakap belakang biasanya memang akan sentiasa di belakang kan?




Namun, berbeza sekali apabila ia sudah menjadi fitnah. Lagi-lagi apabila ia melibatkan periuk nasi dan rezeki seseorang. Allah sampai begini sekali ya tahap iri hati seseorang sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan prestasi seseorang. Tak fikir ke lagi anda dengkikan rezeki orang lain, lagi sempit rezeki anda. 


Puas berfikir di mana silap saya terhadap mereka? Pernahkah saya melakukan sesuatu atau menganggu periuk nasi mereka sehingga mereka bertindak sedemikian terhadap saya? Pernah ke saya mengusik tentang hal peribadi mereka? Pernah ke saya menganggu hidup mereka? Pernah ke saya menyakiti hati mereka dengan sengaja sehingga mereka begitu memusuhi saya? Pernah ke saya menganiaya mereka sehingga membuatkan kehidupan mereka 'misereable' sangat disebabkan saya?




Sungguh.. saya tidak mampu untuk memikirkan apa-apa. Di mana silapnya saya dan apa yang telah saya lakukan kepada mereka sehingga mereka bertindak sebegitu sekali, saya tak mampu untuk terus mencarinya lagi.  Lagi-lagi saya jenis yang suka buat hal sendiri. Duduk diam-diam di suatu sudut dan lebih suka buat kerja sendiri. Bila masa pula nak kacau hal orang kan? huhue. Paling terkilan apabila mereka ni bergelar lelaki.  Sepatutnya menjadi pelindung wanita, tetapi bersikap disebaliknya.


Jarang sekali berkira-kira dengan orang lain, memperbesarkan suatu perkara dan sebagainya, jenis saya 'Aku tak kacau kau, kau tak perlu kacau aku.' Dan selagi benda tu tidak menganggui kehidupan seharian saya, saya tak akan masuk campur tentang hal mereka. Biarlah mereka dengan cara mereka, dengan hidup mereka. Usah diperbesarkan benda yang remeh.





Namun apa yang kita fikir takkan sama dengan orang lain. Benarlah memang wujud di dunia ini manusia yang akan menganggu hidup kita dengan pelbagai cara, meskipun kita sedikit pun tidak mengusik kehidupan mereka. 


Dan benarlah seperti apa yang diperkatakan, kuasa fitnah mampu 'membunuh' hidup seseorang, mampu menghancurkan hidup seseorang disebabkan hanya kerana mulut. Memang patutlah dosa fitnah lebih besar dari membunuh. Disebabkan itu, berhati-hatilah berkata-kata, usah sehingga kata-kata anda menjadi fitnah dan menganiaya hidup seseorang.





Dan usah terlalu mengambil tahu kehidupan peribadi seseorang, sehingga timbul perasaan dengki dan iri hati. Bagaimana jika insan yang anda aniaya tidak mahu memaafkan anda? Dan terdetik di hatinya sesuatu yang buruk tentang anda? Bukankah doa insan teraniaya itu mustajab dan diangkat ke langit? Jadi anda okay tentang itu?


Mungkin di dunia ini anda mampu menang dengan berkuasakan fitnah, namun ingatlah Allah swt lebih berkuasa dari segala—galanya. Berhati-hatilah jika tidak dapat pengampunan insan yang difitnah. Jika tidak mendapat balasan di dunia, akhirat tetap tidak akan terlepas.




Sebagai manusia yang punyai instinct/firasat yang diberi oleh Allah swt,  kadang-kala kita sendiri boleh menghidu siapa sebenarnya dalang disebalik fitnah yang tersebar tentang kita. Namun, biarlah.. Saya memilih untuk tidak menuduh sesiapa, untuk tidak membalas dendam dan untuk tidak melakukan apa-apa.

Lagipun bak kata pepatah “Lebih baik tersalah ampun, daripada tersalah hukum,”



Biarlah walaupun jika mereka masih ingin mencantas periuk nasi saya. Allah swt kan ada? Dan saya yakin yang rezeki itu ada di mana-mana sahaja. InsyaAllah. :’) Kadang-kala letih rasanya untuk melayan benda-benda begini. Cukuplah saya luahkan sampai di sini sahaja, hanya sekadar berkongsi apa yang dirasa. Dan cukuplah. Terlalu banyak benda lain lagi yang harus difikirkan dan menjadi fokus saya. Selebihnya, doakan saya. Semoga berjaya dunia akhirat. Amin. Sekian :)


9 comments:

  1. sedih bila mengenangkan difitnah sampai begitu sekali, ada peluang kena clearkan misunderstanding, semua fitnah, kena defend diri jg..the truth is out there..

    ReplyDelete
  2. chinned up...just ignore them!

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat sis! akak doakan awak sentiasa sabar dalam menempuh setiap ujian di dunia ini. Like you said, ALLAH kan adaa....maaf kan dan doakan mereka supaya sentiasa di jalan yang lurus dan benar. *hugs* . Hope ade rezeki nanti boleh jumpa lagi kat mana2 blogger event yeeerrr..

    ReplyDelete
  4. Cikna pernah kena, bnyk kali kot... difitnah dpn, sdhnye mls nk layan 1je pesan cikna kat diaorg 'trskn m'mch blh org dosa korang tanggungjawab, pahala aku yg dpt'

    ReplyDelete
  5. Mulut manusia tak boleh nak tutup NW. Kita tak mampu nak menyekatnya. Kita serahkan dan mengadu ajelah pada Allah. Insyaallah moga Allah tunjukkan jalan yg betul.

    ReplyDelete
  6. fitnah sangat bahaya. moga hati sentiasa sado :)

    ReplyDelete
  7. Mulut manusia Nadhie. Boleh berkata apa saja ikut sedap mulut. Huhu. Sedihnya baca luahan hati Nadhie T_T Moga Nadhie tabah hadapi semua ini ye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...