Facebook Page

Sunday, 12 March 2017

Pharmaton® Mahu Memberi Ganjaran Terhadap Pencapaian Anda! Jom Join Contest "Reward Your Achievement"

Assalamualaikum & Hi!





PHARMATON® MAHU MEMBERI GANJARAN TERHADAP PENCAPAIAN ANDA! JOM JOIN CONTEST "REWARD YOUR ACHIEVEMENT" | Apa perancangan 2017 anda? Macam mana dengan azam tahun baru anda? Masih bersemangat untuk diteruskan? Okay jangan berputus asa kerana ada sesuatu yang istimewa ingin saya kongsikan. Iaitu pihak Pharmaton​® ingin memberi ganjaran terhadap pencapaian anda pada tahun ini. Jadi teruskan semangat untuk merealisasikan azam tahun baru anda.


Keazaman itu sudah tentu boleh datang dalam pelbagai cara. Sesetengah individu berjanji untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik, memilih hobi baharu, meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga mahupun menghentikan tabiat buruk. Namun, seperti yang diketahui umum, ia bukan mudah untuk dicapai. Pada 2017, Pharmaton​® ​ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemangat untuk mengekalkan azam tahun baru dan mencapai pencapaian yang lebih besar serta baik sepanjang tahun ini!



Disebabkan ​Pharmaton​® memahami bahawa suatu pengiktirafan mudah dilupakan, jenama berkenaan memperkenalkan kempen baharu, “Ganjaran Pencapaian Anda”, yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada tahun 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan, di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya.



“Kami di Pharmaton® benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya professional, perkembangan diri atau membina perhubungan yang bermakna. Kami amat teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang mengabungkan cita-cita yang dimiliki Pharmaton​®. Menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahteraan diri mereka. Pharmaton® hadir dan bersedia untuk bersama anda dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,” Kata cik Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia/Singapura, Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd. 



15 orang rakyat Malaysia akan ditaja​ Pharmaton​® dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan- kesihatan, pembangunan diri, memanjakan diri serta mengembara. Bukan setakat itu, SALAH SEORANG daripada 15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama chef selebriti  dan duta jenama Pharmaton​®​, Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.



Sherson Lian,yang dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personfikasi sempurna seorang pengguna ​Pharmaton​®​, komited untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.



“​Sebagai seorang chef, perancangan yang rapi, ketepatan dan fokus amat diperlukan. Sepanjang kerjaya saya, didapati bahawa adalah penting untuk meletakkan azam yang boleh dicapai pada setiap tahun dan berusaha untuk merealisasikannya. Sering kali kita lupa untuk meraikan kejayaan yang dicapai dan disebabkan itu, Pharmaton​®​, ingin memberi ganjaran terhadap pencapaian anda bersama anda. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian  daripada inisiatif bermakna ini,” kata chef selebriti, Sherson Lian. 



Untuk menyertai peraduan “Ganjaran Pencapaian Anda”,isi borang yang telah disediakan dan kongsikan bersama Pharmaton® mengapa anda patut menang dalam 30 patah perkataan atau kurang. Anda kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap kedalam sebuah kotak pungutan atau menerusi Whatsapp ditalian 0172352960. Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk lebih maklumat, sila lawat www.pharmaton.com.my. 



Contoh penyertaan melalui Whatsapp. Mudah je kan?



So, cepat-cepat join sebelum..


tarikh tutup penyertaan : 31 March 2017 ini


7 comments:

  1. Macam menarik je contest ni...thanks share...

    ReplyDelete
  2. Kalau menang, memanglah pilih part mengembara tu semestinya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. Best betul pergi travel2 ni. hihiks

      Delete
  3. Rasanya nak join dalam. Bidang pembangunan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kan kebanyakan yang ditawarkan^^

      Delete
  4. Menarik, tapi tak tahu dekat mana ja ada Pharmaton ni kalau dekat Pahang hehe. boleh refer website kot. thanks share.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...