Skip to main content

Shopping Barang Dapur Secara Online Dengan Honestbee!





Shopping Barang Dapur Secara Online Dengan Honestbee! | Jadual yang padat dan masa kerja yang tidak menentu membuatkan kita jarang ada masa untuk membeli barang dapur dan pelbagai keperluan harian yang lain. Sama seperti saya, selaku seorang pekerja shift sepenuh masa dan juga pelajar membuatkan jadual harian saya sangat padat kebelakangan ini. Namun, dalam masa yang sama saya tidak mahu terlepas untuk belajar memasak dan mencuba resepi-resepi baru di rumah.


Runsing memikirkan keadaan ini sehinggalah tiba-tiba dalam masa yang sama saya mendapat jemputan event untuk ke majlis pelancaran Honestbee, yang merupakan portal membeli barang dapur secara online samada di website atau menggunakan apps. Wah! Bak kata orang bagai pucuk dicita ulam mendatang. ^^ Haha. Nak tahu kenapa? Meh sini nak cerita...





Honestbee Media Launch Ceremony



Pada 28 Februari 2017 yang lalu, Honestbee Media Launch Ceremony telah berlangsung di Restaurant The Bee Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung secara tertutup ini hanya menjemput beberapa pihak media , blogger dan vvip bagi memeriahkan majlis. Masuk-masuk je suasana di majlis ini tersangatlah santai namun meriah, dengan lampu yang samar-samar dan kehadiran tetamu yang sememangnya sudah pun ramai pada ketika itu.


Pauline yang sebelah lebah tu, merupakan lady boss bagi honestbee. Kagum betui^^ 
Btw comel betul lebah tu jalan terhuyung-hayang lepastu kena pimpin^^


Setelah menerima sedikit taklimat dan pengenalan daripada Honestbee's founder, yang terdiri daripada lady bosses  (kagum deh dengan perempuan yang jadi boss boss ni), saya kemudiannya menjenguk ke beberapa buat booth yang menarik perhatian serta mencuba makanan-makanan yang terhidang disitu. 


Buah-buahan yang segar, manis dan sedap! Seriously tak tipu! Dah rasa haritu^^


Nyum nyum fresh product!


Dalam masa yang sama beberapa orang pelayan sibuk melayan tetamu yang hadir sambil berjalan membawa makanan atau minuman, kemudian akan ditawarkan kepada tetamu yang hadir yang menginginkannya. Hmm.. style makan jenis apakah itu? Lastly iolls tengok trends cenggini kat citer mat salleh. Alaaa yang macam dekat ballroom tu, sambil menari ada pelayan hulur air. kendian tanya nak juice ni ke juice tu. hahaha.

Haritu kita mintak jus kelapa dan beberapa jenis makanan. dapp. mesra pulak waiters dia, banyak kali offer makanan, sambil siap letak kerusi depan ktorang utk dijadikan meja. tqq ^^ 


Lebah yang penyayang. Tengok tu dia sayang kat ktorang^^ *tetiba


Dalam gelap pun comel lagi lebah ni^^ Dah la jalan huyung-hayang. Geram tengok. kekeke





Cara-cara Bagaimana Aplikasi Honestbee Berfungsi




  1. Mula-mula download aplikasi Honestbee di Apple Store atau Google Play Store anda.
  2. Selesai download pilih items atau barang dapur yang anda ingin beli dan order.
  3. Automatik pekerja Honestbee akan menerima pesanan dari anda dan akan memilih bahan mentah segar untuk anda.
  4. Jangan risau kerana hanya produk yang berkualiti dan segar sahaja akan dipilih untuk anda.
  5. Setelah itu pekerja delivery Honestbee akan menghantar barang-barang dapur yang telah dipesan secara online tadi sehingga ke depan pintu rumah anda.
  6. Jangan risau pesanan anda akan tiba dalam masa atau sebelum satu jam berlalu. 
  7. Anda juga boleh memilih masa untuk barang tersebut sampai ke rumah. 


So, macam mana? Senang bukan cara-cara untuk menggunakan aplikasi Honestbee ni? Semuanya di hujung jari je. Lepas ni kalau nak main masak-masak boleh membeli belah secara online je. Tak payah susah-susah nak start enjin kereta , sarung tudung dan sweater untuk ke kedai runcit. 


Tekan tekan tekan je sambil bergolek atas tilam empuk, nanti pihak Honestbee akan tiba depan pintu rumah sambil menyerahkan bahan-bahan basah dan segar seperti ikan , sotong dan udang betul-betul depan pintu rumah. Senang bukan? 




So, untuk rakan-rakan blogger dan pembaca, 
saya ada sesuatu untuk anda^^

Iaitu voucher RM30 secara percuma untuk korang shopping online di Honestbee ni. Khas untuk pelanggan pertama k!
Dapatkan code seperti di bawah dan jom

 cepat-cepat guna sebelum tarikh tutup 31 May 2017 ini!! Semoga enjoy!^^

CODE: BEE30




Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :


Comments

  1. wah senangla macam ni. Beli barang dapur online je, kalau pakai ni tak ada alasan malas masak lagi la. heheh

    ReplyDelete
  2. Dalam gambar tu kan, kat belakang Nad tu macam blogger juga je... hehehe... Betul tu, adanya laman web yang dapat kumpulkan semua barang keperluan harian ni, pasti memudahkan surirumah nak berbelanja. Kalau suami pergi kerja luar dan tak sempat nak beli keperluan kecemasan boleh guna jari je untuk beli kan... lebih-lebih lagi kalau isteri tak pandai drive... bila la kat Sarawak ada servis macam ni... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah setuju2 sangat2. Selain sesuai utk yg bz kerja, mmg sgt sesuai dgn housewives yang tak pandai memandu kan. Lagi2 bila asben dia jauh n anak kecik lagi. huhue

      Delete
  3. Mudahnya zaman sekarang ni, petik jari terus sampai dpn rumah, hehehe.

    ReplyDelete
  4. okay gotchaaaa awak datang dengan kawan awak kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak dgn adik. haha. Okay rasa macam dah perasan Neeza yang mana satu. πŸ˜‚ Memang ada nampak rasanya. hihi. Neway moga ketemu lagi di event yang akan datang 😊

      Delete
  5. Replies
    1. sedap kak buah naga , epal, anggur n strawbery dari korea tu. hihi

      Delete
  6. Saya setakat baca je ni. Shopping barang dapur dah lama tak buat. Periuk pun dah kena makan tikus. Kuali pun tak tau entah kat mana. Tak tau bila rumah ni boleh start masak semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ˜±πŸ˜±πŸ˜±πŸ˜‚πŸ˜‚ Takpa Adam. Slow2. Tak lama lagi muncul lah tu penyeri hidup awak. hehe ☺

      Delete
  7. Fuiyoo. memang betullah semua benda boleh dapatkan di hujung jari je sekarang ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. Kalo fikir yang lain .. eh dah malas dah orang zaman sekarang nak berjalan2 hiii.. tapi ok jugak ada macsm ni yang mana workaholic sangat sampai nak keluar pun tak sempat boleh la nak online shopping macam ni.. by the way,, rasanya delivery tu terhad kan .. kat area mana

    Bestnya dapat invitation macam nii.. boleh free free jer haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah terhad lagi. Sadly tak banyak tempat . So far baru area KL dan selangor je. πŸ˜‚ Maybe sbb baru lagi.

      Delete
  9. fulamak zaman moden betul sekarang. jadi suri rumah lagilah boleh duduk rumah je takyah keluar beli barang dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! sonoknyalah. hahaha πŸ˜† Nampak tak tu cita2 mcm nak jadi suri rumah je tu. kekeke

      Delete
  10. Alahaiiii comelnya bee tu! syed kalau nampak mascot ni rasa nak picit2 ja ahaha.
    Zaman sekarang ni beli barang dapur pun dihujung jari je kan fuhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan! hahaha . sapelah yg dok dalam tu. pemes kejap jadi bee 🐝. hihihi

      Delete
  11. menarik nie. mudahnya sekarang, barang dapur pun boleh beli segar2 secara online. :D
    comel betul maskot tu :3

    ReplyDelete
  12. menarik ni.. mudah2... kalo takde masa mmg sesuai sgt beli online ni.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda