Chef Dato' Fazley di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hi!



Pada 19 March yang lepas,  setelah habis je kelas, saya ditemani adik terus bergegas ke Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sempena majlis Taiwan tourism. Kebetulan ada matta fair pulak time tu,  memang jam teruk la masa masuk area PWTC. Dan parking tak payah cakaplah, banyak betul tempat kena tutup. Banyak kali pusing, hampir je putus asa nak cari parking. 


Perkhidmatan jockey services turut ditawarkan kepada kami, tapi pehal kan nak guna jockey2 ni, bukan kaya raya pun -_- Bayaran untuk perkhidmatan jockey tu jer dah RM25,  then parking sejam RM6 hengget. Memang taklah kan nak ambik yang tu. Sobs. Mintak murah cket dat guy terus cakap nak raya, takleh murah2. huhue. Padahal raya lambat lagi ha, bukanlah seminggu dua nak raya. Puasa pun belum lagi kowt. -_- " Aihh.. kedut betul

Ni pulak car park dekat dalam Seri Pacific. Habis ditutup pada hari kejadian padahal ada je kosong.
 Nak lakukan jockey service dia lee tew -_-  [Credit gambar : Osyter]


Last-last salah satu parking yang ditutup di PWTC, dibuka semula. So kami pun masuk dalam tu n parking kat situ. Mujur memang dekat je dgn Seri pacific hotel. Settle dengan parking, akhirnya kami tiba di Taiwan Tourism Event yang bertempat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Mujur baru start. Register, pergi solat sekejap then kembali semula ke event.


Pengacara pada hari itu, memberi sedikit kata-kata aluan dan penerangan mengenai event, sementara menunggu kehadiran tetamu yang ditunggu-tunggu, iaitu Chef Dato' Fazley untuk berkongsi pengalamannya sepanjang melancong ke Taiwan. 


Dari dulu lagi saya memang kagum dengan Chef Dato Fazley yang memang serba boleh orangnya. Bukan sahaja merupakan seorang artis berbakat, malah jua sebagai seorang pakar motivasi. Dan kini telah melebarkan sayapnya sebagai seorang chef terkenal. Cayalah! :)

Maaf kamera tak cantik. 

Akhirnya saat yang ditunggu pun tiba, apabila Dato Fazley muncul di muka pintu sambil menyanyikan sebuah lagu berbahasa mandarin buat semua tetamu yang hadir. Sweet je. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakam detik itu termasuklah kami. :) Dan kemudian, dia dijemput duduk di hadapan dan menceritakan pengalamannya sepanjang melancong ke Taiwan. Yalah , kami yang hadir ni curious gak lah kan. Ada apa je dengan Taiwan. Betul ke susah nak dapat makanan halal? 

Seorang Dato' yang low profile namun berbakat. Suara maintain sedap.

Setelah berkongsi pengalamannya sepanjang melancong ke Taiwan, tibalah sesi soal jawab. Tetamu yang hadir dijemput untuk bertanya apa-apa soalan berkaitan Taiwan kepadanya. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bertanya termasuklah saya. Memula nervous jugaklah kan nak angkat tangan dan bertanya, tetapi bila lagi kan? Lagi-lagi soalan tu memang kita nak tahu. So sebaik sahaja angkat tangan, belum sempat memperkenalkan diri sebaliknya Dato' Fazley pulak yang interview kita terlebih dahulu.


"Siapa nama? Dari mana? Dah kahwin ke belum?" soalnya selamba membuatkan saya dan tetamu yang hadir tertawa mendengarnya. Haha dia ni kan kan sempat pulak tanya dah kahwin ke belum.


"Hi... I'm Nadhie, a blogger from nadhiewueen.blogspot.com...," Lantas saya memulakan bicara dengan menjawab soalannya dalam nada serius. Dan part kahwin tu. haha. Segan pulak nak jawab time tu. So di abaikan je. huhue. Dahlah macam serious je . Pehal tah tetiba rasa macam sombong giler time tu, padahal tak berniat =_=" But, actually Dato' (if you read this), I'm not married yet. huhue. Why? Nak masuk meminang ke? *tetiba* haha. okay gurau je. Tak pepasal kang kena hempuk =="


"...Actually nak tanya.. How about toilet's environment in Taiwan? Is it suitable for Moeslim?" sambung saya lagi.


Lantas Dato' Fazley menceritakan pengalamannya di mana dia kebiasaannya akan menggunakan toilet di Hotel atau di shopping mall. Dan katanya usah risau kerana kebiasaanya toilet di Hotel mahupun di Shopping mall biasanya mempunyai bidet. Usai menjelaskan, emcee turut menambah bahawa public toilet juga mempunyai bidet dan kita tidak perlu risau mengenainya. 


So, if ada yang macam saya, setiap kali nak travel je mesti fikirkan pasal environment toilet tu bersih ke tak, elok ke tak, ha kita geng! Plus, kita ni jenis yang tak gemar dengan toilet yang kotor ni. Sanggup jadi mak cik cleaner terlebih dahulu dan bertukang jap di situ sebelum menggunakannya. tsk. So, lepas dengar jawapan mereka ni, mungkin tak perlu risau kowt jika memilih untuk bercuti ke Taiwan. 


Dan dikatakan makanan dekat sana, tak susah nak cari yang halal. Masyarakat dekat sana friendly dan alert akan sensitiviti kaum muslim yang melancong di sana. If benda tu tak halal & then kita nak beli, cepat-cepat mereka akan inform. Begitu katanya. :)


Last but not least, tangkaplah sekeping dua gambar untuk dibuat kenangan. Beliau pun bagus orangnya. Kita yang mintak nak bergambar dengan dia, dia pulak yang ucap terima kasih. Then iolss belah cenggitu je. Ha, pehal rasa cam sombong sangat time tu? hahaha! Adess =.="


Haaa.. sejauh mana kebenarannya? Kenalah pergi travel sendiri kan! Hahaha! Apapun semoga perkongsian ini bermanfaat. Dan selamat bercuti bagi yang ingin bercuti. Okay setakat ini sahaja! Babai!

Comments

  1. WAH TERSENYUM MANIS ADHIE DPT BRTEMU CHEFF DATO' FAZLEY YG HENSEM N RAMAH TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. senyuman itu harus 😌☺️😊

      Delete
  2. hahaha part tanya dah kahwin ke belum tu mesti rasa macam awkward nak jawab kan. Syoknya dapat jumpa Dato' ni. itu bukan namanya sombong, mungkin nervous kot time tu kan? kahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. betul tu Syed. Memang nervous je time tu. hahaha! tqq syed sbb memahami. kikiki

      Delete
  3. Replies
    1. aah. Masih aktif lagi , katanya nak keluarkan single terbaru . tapi lagi aktif dengan aktiviti memasak. i likee. hehe.

      Delete
  4. Samalaa, kalau nak pegi travel mana2 selalu terpikir pasal toilet. Cara awak perkenalkan diri masa nak tanya soalan tu professional sangat bunyinyaa. Wewiit.

    Gambar last tu, tingginyaa beliau. Wuuuu~ Kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau dah la tinggi, dgn kami yg tak berapa nak tinggi lagi la nampak ketinggian beliau. Sobs

      Delete
  5. Datang sini follow Nadhie 😍😍

    ReplyDelete
  6. wah bestnya dapat attend event tu. hari tu pergi korea dapat tgk taiwan dari atas je. hehe.

    ReplyDelete
  7. pasal toilet tu betul. memang sanggup jadi tukang cuci toilet kalau dah taktahan sangat nak melepas. bagus jugak event macam nie kan, dapat tau sikit pasal negara lain sebelum melancong. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan! tak daya nak masuk toilet kotoq. hihi. betul2 dpt gak la informasi berguna kan

      Delete
  8. Replies
    1. dia bz dengan aktiviti memasak. hihi

      Delete
  9. akak kalau gi area sini, selalu naik LRT je atau parking kt Sunway Putra Mall..

    Taiwan..menarik jg..toilet ada bidet, lg ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yaka. mmg serik dah kak. memang tak sanggup dah bawak kereta sampai sini. sobs T_T

      Delete
  10. Kalau boleh mmg nak terbang sana terbang sini tapi masalahnya futlusnya tak berapa ada NW ....Acane tu? Sementara lum ada komitmen dgn suami dan anak anak eloklah melancong NW. Nanti dah kawen nak pikir tambang anak lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. tulah kan semuanya money. Doakan saya kak. insyaAllah sebelum kawen ni la kan org kata nak berjalan sakan, melancong sana sini. hehe

      Delete
  11. Waaa bestnyaaa attend event cemni! Dapat jumpa Dato' Fazley pulak tuh. 🙆💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi besh2 awak :) baik je dia. hehe

      Delete
  12. Wah, seronoknya dapat jumpa, dengar, bergambar. untung untung. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  13. Nebesss tu bukan sombong. Sbb dpt jumpa depan2 kan. Heee

    ReplyDelete

Post a Comment