Tuesday, 11 April 2017

Hilangkan Kulit Kusam Dan Cerah Berseri Dengan Neutrogena Deep Clean!

Assalamualaikum & Hai!



Kulit rasa kusam dan tak bermaya? Bintik hitam (blackhead) dan whitehead semakin banyak di wajah? Jangan risau okay. Masalah anda mungkin berjaya di atasi dengan Neutrogena Deep Clean yang dikhaskan untuk merawat kulit kusam, mencerahkan dan menambah seri anda. Dah cerah, mestilah nampak berseri kan. Ya tak? :)


Apa yang penting Neutrogena Skincare yang merupakan produk dikenali ramai ini sememangnya telah melepasi dermatology test dan diyakini suci dan  selamat untuk digunakan bagi pelbagai peringkat usia. Selain itu, jerawat anda juga turut dapat dihilangkan dengan menggunakan pencuci muka Neutrogena Deep Clean ini. Dah cerah, berseri  dan jerawat pun hilang.


Haa,, ni bukan cakap kosong k! Produk ini telah pun saya cuba setelah pulang dari percutian di Langkawi. Memandangkan kerap berpanas dan tidak memakai pencuci muka langsung membuatkan kulit bertambah gelap , berminyak , ditumbuhi jerawat dan blackhead semakin bertambah. Annoying sungguh je rasa. Boleh refer gambar saya semasa bercuti di Langkawi seperti di bawah.


(Before) Masuk hari kedua di Langkawi, kulit sudah mula ditumbuhi jerawat, 



Sampai-sampai je rumah saya terus mencuba ketiga-tiga jenis product Neutrogena Deep Clean yang dikhaskan untuk kulit jenis dull skin (kusam). Antaranya ialah Neutrogena Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam (RM44.90-142ml), Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser (RM21.70 -100g) dan Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub (RM23.70-100g) yang boleh digunakan setiap hari.


Ketiga-tiga jenis product dari Neutrogena Deep Clean yang dikhaskan untuk kulit kusam


Antara ketiga-tiga jenis produk tersebut, Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub paling saya sukai kerana merasakan ia lebih serasi dengan kulit wajah selain daripada ciri-ciri istimewa yang ada padanya.



Ciri-ciri Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub



  • Didatangkan dengan packaging yang cantik dan menarik hati, Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub punyai tekstur yang berbeza berbanding pencuci muka jenis scrub yang pernah saya cuba sebelum ini.

  • Scrubnya mengandungi microbeads yang sehalus pepasir pantai dan yang menyenangkan ketika digunakan. Tidak terlalu kasar dan tidak terlalu lembut. Ianya sedap-sedap digunakan dan memudahkan anda untuk membersihkan blackhead mahupun whitehead dari pertama kali menggunakannya lagi!
Dari luar bekas boleh dilihat isi dalam microbeads pada scrub ini.

  • Punyai ciri-cir Blackhead Fighting Complex yang akan menembusi ke liang pori-pori, membuang kotoran dan minyak berlebihan untuk membantu menghapuskan bintik hitam degil.


  • Mengatasi masalah blackhead berulang kembali. Kiranya selepas menggunakannya, kita tak perlu risau kowt-kowt blackhead yang telah dihapuskan tu akan datang balik. Annoying betul kan kalau datang balik? ==" Mujur ciri-ciri Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub ini akan memastikan blackhead atau whitehead yang telah dibuang itu tidak akan kembali semula.Yeayy! Dengan ini kulit akan jadi lebih bersih dan sihat. :)

(After) Selepas menggunakan Neutrogena Deep Clean, 
jerawat di pipi turut hilang dan mengecut tanpa meninggalkan parut.


  • Paling best bila meskipun namanya adalah Neutrogena Deep Clean "Blackhead" Eliminating Scrub , namun ia bukan sahaja sesuai untuk menghapuskan blackhead, malah whitehead sekali. So, tak payah lah susah-susah nak cari pencuci muka untuk mengatasi whitehead pulak. 


  • Boleh digunakan setiap hari! ;) Disebabkan tesksturnya yang berbeza daripada pencuci muka scrub jenis lain, disebabkan itu Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub ini juga sesuai digunakan setiap hari! Ha.. ada sesetengah scrub kan kena guna seminggu sekali dua je kan, tetapi yang ini tak perlu risau. Sebab ianya turut boleh digunakan sebagai pencuci muka harian^^


Okay setakat ini sahajalah pengalaman saya menggunakan Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub ni. For me I really like this soo much necause it really helps for my dull skin. Feel refresh and clean. And how about you? Ada problem macam ni jugak tak? Iaitu nak mengatasi kulit kusam. hehe. Nak tahu apa hasilnya kena cubalah! hehe. Okay setakat ini sahaja. Semoga bermanfaat! Bubye and have a Great Day!

24 comments:

  1. Cantiknya packaging dia. Tak pernah lagi cuba produk Neutrogena. Selalu usya2 je kalau dekat Watson tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jumpa dekat farmasi2, shopping mall, watson atau guardian. :)

      Delete
  2. makin cun lah nad lepas ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. manede. neeza lagi cun. hihi

      Delete
  3. Mahal tak NW? Hakak ni kalau bab harga mmg perihatin sikit. Maklumlah sebab tak kerjakan hihi...Apa produk pun kalau sesuai dengan kulit muka boleh je guna kan NW...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya affordable sbb harga yg ditawarkan bersesuai dengan isi dia. hehe

      Delete
  4. Macam best je ni Nadhie... mai takde blackhead, tapi whitehead mencanak haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah blackhead dan whitehead ni org tak perasan, tapi mmg kena amik tahu , kena remove jugak

      Delete
  5. Wah, berbaloi2 nmpknya tu.
    Tapi dah mlsla nk tukar3 produk sbb dah serasi dgn produk skrg.
    Apapun tq sharing.

    ReplyDelete
  6. Wahhhh, untuk lelaki boleh ke pakai ni hehe.

    ReplyDelete
  7. macam best je nie.. nak try nanti sebab e'in pakai safi balqis je dari dulu..

    ReplyDelete
  8. serius macam best :)
    nak try jugalah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. try lah :) mana tahu hasilnya mengujakan kan

      Delete
  9. nadhie..awak comellah..cia cia

    ReplyDelete
    Replies
    1. irda awak pun sama comel lah cia cia cia 😝😁😁

      Delete
  10. produk menceriakan wajah.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. yup brand ni international & famous brand. nicole kidman salah seorang ambassador dia 😂

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...