Skip to main content

Menikmati Kelainan Makanan Jepun Di Dashi Dining Saya, Isetan Lot 10




Nak merasai kelainan dan keenakan makanan jepun? Dan seolah-olah menikmati hidangan di restaurant makanan jepun sebenar? So, anda mungkin boleh mencubanya di sini, iaitu di Dashi Dining Saya yang terletak di ISETAN the Japan Store Lot 10, Kuala Lumpur. Jangan risau, meskipun outlet tersebut berada di kawasan yang 'mahal', namun harga makanan-makanan di sana adalah berbaloi dan affordable.


So, apalagi  jom follow dan tengok apa yang saya buat dekat sana! 


Terletak di level LGF, sebelum turun akan jumpa kawasan ni dulu.
 Rasa seeolah-olah kita berada di Japanese Town pula.  hihi


Di tengah-tengah outlet kedai makanan dan store japan yang lain,
 Dashi Dining Saya kelihatan seperti ini dari jauh



Sampai-sampai sahaja di outlet saya dihidangkan dengan teh hijau yang cukup melegakan dan menghilangkan kehausan tekak. 



Lantas buku menu dicapai bagi mengorder makanan untuk menghilangkan rasa lapar dan craving dengan makanan jepun ni.


Antara menu-menu dashi. Set Rice with Hot Dashi Soup Grilled Salmon Flake seakan menangkap mata saya, lalu ianya menjadi pilihan saya.





So, jom tengok apa yang saya dapat 
dari set Rice with Hot Dashi Soup Grilled Salmon Flake
& apalagi yang saya order 


Semangkuk nasi dari Set Rice with Hot Dashi Soup Grilled Salmon Flake. Rasa yang enak apabila di makan panas-panas. Suapan pertama membuatkan saya rasa seperti ingin mencubanya lagi.



Sebagai penambah perasa , bagi memberi kelainan lagi pada nasi seperti di atas. 




Gabungan cendawan dan sayur-sayuran yang cukup menyelerakan. Kombinasi rasa yang perfect, membuatkan sekelip mata saya melicinkannya.



Miso Sup aka Sup panas dalam teko! Ahaks jarang jumpa dekat tempat lain kan?
 Rasa dramatik pulak sambil makan tuang sup dalam mangkuk. Rasa macam japanese giteww



Kombinasi tauhu, sayur , mushroom , dan dressingnya cukup menyelerakan.
 Rasa yang lain dari yang lain. So juicy.



Nampak macam sayur bendi biasa, tetapi tak. Yang ni pun sedap sangat. Sampai orang yang tak makan sayur macam saya ni pun berjaya melicinkannya.  shoo yummy!

Bersebelahan Dashi Dining Saya adalah Dashi Delica, merupakan tempat untuk membeli menu take away.


Menu yang dihidangkan boleh tahan sedapnya! Lapar tengok



Sebab datang seorang-seorang haritu, mujur Shimizu San menemankan saya makan dan kami sempatlah berborak macam-macam benda, bertukar-tukar pandangan. Dan seterusnya siap tolong tangkapkan gambar. Tetiba rasa macam dah lama kenal pulak! haha.  Arigatogozaimasu Shimizu San! Thanks for having me! Thank you so much for delicious foods. Will surely comeback again! 





Comments

  1. Wah sedapnya nampak. Dah lah puasa ni. Terliur di buatnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. tulah kalau tengah puasa memang mencabar je rasa tgk makanan sedap-sedap ni kan. hihi

      Delete
  2. Fuhhh nasib baik tak minat dengan makanan camni.. Kalau tak meleleh la air liur ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ya Allah menggodanya... Boleh la ajak adik saudara try pegi sini..

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA MASAKAN JEPUN..BNYAK PILIHAN PULA TU...

    ReplyDelete
  5. seumur hidup, e'in tak penah makan makanan jepun.. huhu

    ReplyDelete
  6. Wahhh nampak menyelerakan betul.

    ReplyDelete
  7. My Fav!! Makanan Jepun..akan masuk my bucket list..hehehe

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan makanan jepun hehehe

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaa, duk craving makanan korea je selama ni, baca entry ni teringin nak merasa yang Japanese food pulak.

    ReplyDelete
  10. alaaaa temptingnya macam ni.. sis so tak kuad, hehe

    http://www.neezalife.com/2017/05/jom-iftar-di-restoran-nelayan-gombak.html
    http://www.neezalife.com/2017/05/persediaan-seorang-wanita-sihat-dan.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda