Simon Yam Raikan Sambutan Hari Ibu Di, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum & Hi!




Sikapnya yang peramah, merendah diri dan sporting melayan kerenah kesemua peminat-peminatnya dengan baik, menjadikan dia seorang artis antarabangsa yang lain dari yang lain. Terpegun saya seketika. Wow! Beginikah cara seorang artis antarabangsa melayan peminat? Memang sangat professional!





Pada 14hb May 2017 yang lalu, Simon Yam telah 'turun padang' ke Malaysia untuk meraikan sambutan hari ibu anjuran GINTELL bersama-sama peminatnya, di IOI City Mall Putrajaya. Untuk  pengetahuan anda, Simon Yam merupakan pelakon terkenal Hong Kong yang juga merupakan international artist telah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang seni termasuk ke Hollywood dan pernah berlakon dalam cerita seperti Ip Man, Iceman, 7 Assasin, Lara Croft: Tomb Raider – The Cradle of Life dan terbaru Legends of the Naga Pearl dan  banyak lagi!




Seawal jam 3.00 petang, orang ramai telah berpusu-pusu dan berkumpul di Centre Court, IOI City Mall Putrajaya bagi meraikan kehadirannya. Dalam pukul 4.00 petang, Simon Yam yang diiringi beberapa orang pegawai polis akhirnya tiba membuatkan majlis bertambah meriah dan sesak dengan orang yang ramai. Sambutan yang diberi sangat menggalakkan, sampai-sampai je terus mengajak peminat berselfie. Baiknya dan mesranya dia kan.  




Games yang diadakan tidak kurang menariknya. Pemberian bantal berbentuk hati  &  sekuntum bunga yang diagihkan secara rawak dan percuma untuk setiap orang bertuah membuatkan ramai yang berharap untuk mendapatkannya ;) Alhamdulilah dapat dua-dua sekali. Yang baguihnya Simon ni, dia sendiri turun padang beri sendiri kat peminat. Jenuh pak polisi ikut dia sana sini sinun, langsung hilang dari pentas. Tengah-tengah rakam gambar dia yang ketika itu turun ke pentas sambil membawa bantal untuk diberikan pada peminat, tiba-tiba dia menuju ke arah saya sambil cakap. "This is for you. this is for you..." katanya bersungguh-sungguh sambil menghulurkan bantal berbentuk hati itu pada saya. I'm just speechless and really thanks him for noticing me.






Acara kemuncak tiba apabila duta GINTELL itu merasmikan kerusi urut baru keluaran GINTELL iaitu GINTELL De' Space U.F.O yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai. 






Apa yang bestnya kerusi urut ni, ia memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan terbaik untuk melegakan keletihan dan tekanan. Selain itu, kerusi urut GINTELL De' Space U.F.O ini juga menggunakan teknologi Aero V-Trek yang memberi urutan  meliputi 45% lebih kawasan dan penggelek QUAD 3D yang direka bersesuaian dengan kontur bentuk badan seseorang. 




GINTELL De' Space U.F.O


PROMOTION BUY 1  FREE 1 


SEMPENA PARENT'S DAY





Kebetulan semenjak makin busy dengan study dan macam-macam benda lagi, saya pun rasa agak letih kadang. Memang teringin nak berurut,  tetapi takda masa nak pergi spa bagai. Memang rasa nak order kerusi urut sebijik ni. Tetapi takdalah nak pakai sorang kan? Niat tu juga lebih pada nak beri ibu bapa merasainya. Kesian dekat permaisuri saya tu pun kurang rehat kebelakangan ni. 




Dan apa yang istimewanya sempena bulan hari ibu bapa dan guru ni kan, GINTELL turut menawarkan pakej BELI 1 PERCUMA 1 dengan harga dari RM4,988*. Gila deh promotion dia ni, harga untuk satu kerusi urut, tapi boleh dapat dua pulak ;D teruja je rasa. 


Last but not least. Selfie lagi. Baiknya dia, dia yang offer nak selfie dengan ktorang ;D 


Bila dah ada sendiri punya, jadi tak perlu lah berurut dekat kerusi urut shopping mall lagi, pergi spa dan sebagainya. Dan yang paling penting, bila-bila je boleh berurut. Balik rumah je boleh berurut. Sambil duduk melepak tengok tv boleh berurut. Hadoi heavennya camtu ;D


Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :

Facebook : Gintell Malaysia

WeChat : GINTELL MALAYSIA

Website : www.gintell.com







Comments

  1. Wahhh bestnya dua dpt selfie dgn international artist. I is jeles ok. Hehe

    ReplyDelete
  2. WAH TERSENYUM MANIS NADHIE BERSELFIE DGN ARTIS ANTARABANGSA

    ReplyDelete
  3. nampak soo muda laa.. byk keping kot selfi tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nampak muda je dia. haritu datang pun cergas giler dia, padahal baru je abes event lain dekat ioi puchong

      Delete
  4. umur brapa agaknya dia...nampak muda lagi

    ReplyDelete
  5. waktu ni paling untung beli...bu1 free1 kongsi dengan jiran jiran

    ReplyDelete
  6. Siqah tak kenal dia. Hehe. Tapi Gintell ni kalau dapat, fuhh memang best lah..

    ReplyDelete
  7. Kalau awak tak bagi tahu siapa dia ni mmg hakak tak kenal weyh....
    Kiranya tak sia sialaj pergi IoI mall hari tu ye NW. Dahlah dapat selpie, dapat bantal hati lagi...

    ReplyDelete
  8. wah bestnya event gintell, huhu

    http://www.neezalife.com/2017/05/jom-iftar-di-restoran-nelayan-gombak.html
    http://www.neezalife.com/2017/05/persediaan-seorang-wanita-sihat-dan.html

    ReplyDelete

Post a Comment