Skip to main content

Tips Membeli Dan Memilih Laptop Baru Dan Berkualiti Bersesuaian Mengikut Profesion Anda




Bagaimana mahu mencari laptop yang sesuai dengan kita? Apakah ciri-ciri yang harus dipertimbangkan ketika memilih laptop? Di sini, ingin saya kongsikan dengan harapan memberi manfaat kepada mereka yang tercari-cari laptop yang sesuai untuk career mahupun profesion seseorang.


Bukan mudah untuk mencari laptop yang sesuai yang memenuhi keperluan , kehendak dan dalam masa yang sama masih dalam budget anda. So , ikuti tips di bawah untuk lebih lanjut.




Tips Membeli Dan Memilih Laptop Baru  & Berkualiti Bersesuaian Mengikut Profesion Anda



1.  Spesifikasi Laptop

Spesifikasi Laptop seperti size RAM, hardisk, graphics card dan lain-lain harus diberi keutamaan. Contohnya jika anda mahu computer anda running laju tanpa lag ketika anda membuat pelbagai kerja di laptop dalam satu masa, oleh itu sangat penting mengutamakan RAM yang besar. RAM 2gb, 4gb sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa.



 2. Profesion Atau Minat Anda

Siapa kata profesion tidak memainkan peranan penting ketika membeli laptop? Profesion sebenarnya memainkan peranan penting dalam memilih laptop yang bersesuaian dengan anda. Contohnya. jika anda merupakan seorang graphics designer, graphic card yang besar dan bagus kualitinya sangatlah diperlukan bagi memastikan ia memudahkan kerja anda. Jika anda seorang programmer, laptop tersebut lebih memerlukan ruang RAM dan hardisk yang luas.



3. Budget

Budget merupakan antara aspek penting yang perlu dititik beratkan ketika membeli laptop. Selain daripada memastikan spesifikasi laptop yang dibeli adalah memenuhi kehendak anda, seharusnya juga anda memastikan budget anda bersesuaian dengan kehendak anda. Semakin canggih , berkualiti dan besarnya sesuatu spesifikasi pada laptop, maka semakin mahal harganya.



4.  Keperluan Atau Kehendak?

Tepuk dada, tanya selera. Beli laptop ni nak spec canggih-canggih ni sebab keperluan atau kehendak? Khususnya pada kaki games. Graphics card nak canggih, RAM nak laju besar dan storage pun nak besar sehingga laptop yang dibeli menelan belanja yang besar dan terpaksa buat loan untuk membayarnya.  Sedangkan boleh je pilih yang biasa-biasa bagi menampung kehendak pelajaran mahupun kerja. Tapi tak salah kan if nak reward diri. Apapun tepuk dada tanya selera.



5. Warranty

Pastikan laptop yang dibeli punyai warranty yang sah . Jangan sebab nak murah punya pasal, takda warranty pun kebas. Then sebulan dua pakai dah rosak, tak ke menangis dibuatnya? huhue. Jadilah pembeli dan pengguna yang bijak k :)



7. Tengok Reviews

Tengok reviews sangat membantu untuk korang membeli laptop yang disukai. Lagi-lagi jika laptop tersebut memang sudah sedia ada di pasaran. Type je jenama laptop kegemaran dan search! Confirm akan jumpa macam-macam review yang boleh membantu memberi pandangan tentang sesuatu laptop tu.



8. Dapatkan Nasihat Pakar

If kita tahu kita bukanlah mahir untuk menentukan jenis laptop yang sesuai dengan profesion mahupun kerjaya kita, mendapatkan maklumat dari orang yang lebih pakar adalah benda paling tepat. Beritahu tentang situasi anda, Contohnya anda kerja dalam bidang ini, perlu guna ini dan itu, jadi jenis laptop apa yang sesuai untuk anda? Ha... begitu. Elakkan bertanya kepada salesman. Sudah tentu spec paling bagus yang tidak diperlukan akan diberi kepada anda untuk mengaut keuntungan sale semata. Namun, ada juga yang jujur kan. Tak salah dipertimbangkan jika rasa ianya betul dan tidak membebankan.


Okay setakat ini sahaja. Semoga bermanfaat buat semua.




Comments

  1. Kalau ikut urutan, budget tu no 1 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi kalau ikut keperluan, budget tu tak semestinya no1. cth pelajar graphic design, mereka memerlukan spec graphic card yg tinggi utk course yang mereka ambil dan graphic card yg tinggi biasanya bukannya murah. Jadi kalau buat budget rendah, keperluan terlebih akan jadi lebih budget pulak. Sebab tu kena tgk spec dan keperluan dulu, kemudian barulah budget. hehe :)

      Delete
  2. KEA TELITI SERBA SERBI SEBELUM MEMBELI

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. agar berbaloi dengan keperluan kita :)

      Delete
  3. Terbaik tips ni. Pandai lah Nadhie ade ilmu2 IT macam ni. Sebenarnya boleh ajer nak belajar. Rajin ngan malas ajer. Macam akak malas dah sebab husband akak minat bende2 laptop and gadget ni. Selalu die ajer tolong fikirkan. HAHAHAHA... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. thanks akak :) hihi. saye pun kalau dpt asben rajen bab2 gini ntah2 jadi malas jugak. hahaha

      Delete
  4. Huhu, laptop skrg dh x mcm dulu nad.. Laptop skrg ni dh di bahagikan kpd bnyk category dah.. Kalo dulu medium end pun dh kira tinggi dah masih releven utk guna shgg skrg walaupun dh nk masuk 7 tahun guna..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda