Skip to main content

5 Jenis Bahasa Cinta Yang Wajib Anda Tahu




Bahasa cinta ni apa? Okay bahasa cinta ini adalah pandangan seseorang secara subjektif terhadap cinta. Kiranya sebab-sebab dan apa yang membuatkan dia merasa dirinya dicintai oleh seseorang. Penting untuk suami isteri ketahui bahasa cinta pasangan masing-masing. Ha, jom tengok!



5 Jenis Bahasa Cinta Yang Wajib Anda Tahu



Bahasa cinta ni penting dalam sesebuah perhubungan. Setiap pasangan wajib mengambil tahu jenis bahasa cinta pasangan masing-masing. Iaitu bagaimana otak seseorang menafsir diri mereka sedang dicintai. Nak hubungan harmoni tanpa sebarang salah faham haruslah tahu bahasa cinta pasangan masing-masing. 



1. Words of Affirmation

Ada orang sukakan pujian. Apabila seringkali dipuji, otaknya akan menafsir yang dirinya sedang dicintai. Contohnya puji cantik, wangi, handsome, rajin dan sebagainya. 


2. Physical Touch

Ada juga yang sukakan belaian, pelukan, dimanjakan. Apabila dibelai otaknya akan menafsir yang dirinya sedang dicintai. 


3. Receiving Gift

Ada juga yang jenis sukakan hadiah. Apabila mendapat hadiah seperti sejambak bunga, seutas gelang emas, seutas jam tangan, maka otaknya akan menafsir yang pasangan dia sangat menyayangi dan menghargai dia. 


4. Quality Time

Ada juga jenis yang perlukan perhatian, masa. Dengar luahan dia, duduk di sisi dia luangkan masa bersama dia. Buat aktiviti-aktiviti di masa lapang bersama dan sebagainya. Sekaligus otaknya akan menafsir yang kamu sedang mencintai dia. 



5. Acts of Service

Last sekali jenis yang suka bila orang tolong dia buat kerja, tolong memasak, tolong sidai kain dan lain-lain. Secara tak langsung dia akan merasa dicintai. 


So, sekarang ni kita jenis yang mana? Dan bagaimana pula dengan pasangan kita? Haa.. wajib tahu ya bahasa cinta pasangan masing-masing supaya tidak berlaku salah faham dikemudian hari. Misalnya kita menunjukkan cinta dengan memberi hadiah pada dia (Receiving Gift) sama seperti cara kita menafsir cinta, sedangkan dia jenis yang suka kita tolong dia. 


Tengok-tengok respon dia tak seperti yang diharapkan dan dia juga tidak menafsir dirinya dicintai. Sebab tu kena tahu bahasa cinta pasangan masing-masing. Nak senang tanya je terus okay!



Wokay setakat ini sahaja perkongsian kita. Bubye!





Comments

  1. 2 dan 4. hahahahah

    betul tak perlu kata kata manis gitchew. nak muntah dengar hahahhaha

    ReplyDelete
  2. kalau kata2 sangat loya lak rasa. cam kita tngok drama la, dok fefeeling sangat sampai jadi nyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ayat bunga-bunga sangat tu dengan metafora hiperbola semua. kalau cakap direct maybe takda lah teruk & menyampah sangat kan. hehe

      Delete
  3. Kasih dan sayang memang perlu di zahirkan

    kan dalam riwayat

    Siapa yang tidak menyayangi tidak akan di sayangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Berilah sayang agar kita jua disayangi :)

      Delete
  4. akak suka 4 & 5 and kdg2 3..huhu..

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh nak semua tu baru rasa di cintai NW...hihi... Biasalah manusia kan tamak haloba. Tp rasanya yg paling rasa dicintai kalau selalu dibelai kot...

    Terpamer kasih sayang gitu

    ReplyDelete
  6. MENGAYAT MANIS SGT XDE YG KISAH LA NI YG DIPERHATI MRK YG SUKA BERBUDI N RJN MENOLONG

    ReplyDelete
  7. hahaha. lawak pun ada. yang penting masing2 saling menghargai apa pasangan masing2 buat kot.

    ReplyDelete
  8. honestly kita tk tahu lahhhhh kita yg mana. but probably number 4 kut. I seriously have no idea hahaha.

    ReplyDelete
  9. Nak bermadah manis bagai, agak sukar sket.. Hahaaa

    ReplyDelete
  10. Bila tanggungjawab dipikul dengan sebaik mungkin dan bila pasangan menghargai :)

    ReplyDelete
  11. Alamakkkk saya tak thau mana satu yang saya pelukan the most haha boleh tak.

    ReplyDelete
  12. Semua kecuali 3... Pelik kan? Tak kisah sangat tak bagi hadiah, surprise semua... Tolong paah kemas rumah, jaga anak, duduk lepak2 dengan paah, puji or berterima kasih apa paah buat untuk husband... Paah happy... Hiii

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

    ReplyDelete
  13. Bahasa cinta ni subjektif la rasanya.. Setiap org, lain penerimaannya... Bagi sy, kalau org tu cintakan sy, dia wajib spend masa utk sy walau sesibuk mana pun dia...

    ReplyDelete
  14. akak ni jenis 4 ngn 5, sbb setakat barang2 or hadiah akak lbh prefer beli sendiri sbb akak cerewet...
    no 1 ngn 2 tuh kalau masa muda2 mungkin lah, dh tua ni idak la... sbb makin dewasa kita perlukan perhatian lebih, perlu sama2 bt kerja umah tu lg seronok

    ReplyDelete
  15. Akak pun 4 & 5 jugak.
    Tak sangka Dana kita sama, cerewet bab hadiah ni heheh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda