Wednesday, 16 August 2017

Berendam di Air Panas Gadek Melaka

Assalamualaikum & Hi Semua!






Air Panas Gadek Melaka. Lama betul dah tak pergi, padahal merupakan tempat wajib singgah setiap kali saya berada di Melaka. Rasa dah berpuluh kali singgah setiap kali lepak rumah sepupu. Air Panas Gadek juga merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Melaka, namun tak semua orang sedar akan kewujudannya. Tak caya cuba tanya mereka, selalunya macam ni lah jawapan yang akan saya terima.



      "Air panas Gadek? Kat mana tu? Tak pernah tahu pun," jawab mereka sambil tercengang-cengang, kehairanan. Yelah kebiasaanya yang mereka tahu adalah seperti Klebang, Upside down house, Waterworld Afamosa dan lain-lain.



        "Betul ke ada tempat tu dekat Melaka. Tak perasan pun, " tambah salah seorang daripada mereka pula. Aku macam , eh betul ke tempat ni tak ramai yang tahu? 







Air Panas Gadek Melaka 


Merupakan Salah Satu Tempat Menarik Di Melaka






Jadi apa je yang ada dekat air panas ni kan? Dan apa yang bestnya kan? Seperti namanya, sudah tentu lah ada air panas lah kan yang dikatakan keluar dari tapak letusan gunung berapi yang masih bersisa di situ. Dan untuk pengetahuan korang, kolam-kolam air panas dekat sini banyak version iaitu dari kolam kecil, kolam besar, sharing, personal dan banyak lagi. 




Yang penting suasana sangat fresh dan bersih segar disertakan tong sampah yang disediakan berhampiran.  Juga terdapat tandas, bilik mandi, shower dekat luar, kemudahan seperti surau dan banyak lagi. Macam biasa harga makanan dalam ni memang mahal. Last time pergi dalam setahun dua yang lepas , ada spa & sauna beserta beberapa restoren yang bakal ditubuhkan di situ. 



Yang ni pergi tahun 2012 dengan sepupu. 
Memang muka kanak-kanak sangat time ni. + sunburn sepanjang masa+kulit kusam  XD





Selain merupakan tempat untuk saya, sepupu mahupun my BFF untuk chill out, berbual dari hati ke hati, dalam masa yang sama dapat melegakan ketegangan yang berada di kepala. Rasa segar, ringan dan rilex sangat kepala lepas berendam. Biasa kami kalau pergi, memang dari pagi hingga ke petang berendam dan bersantai disitu. Yelah bayar sekali , then duduk lah berapa lama yang nak kan XD Memang santai habis lah kami.


Yang ni pulak tahun 2015, pergi dengan bff. 
Dah meningkat dewasa, makin cerah tapi makin gemuk pulak. hahaha XD



Tahun 2015, banyak benda dah berubah. Dah improve. Faciliti lebih cantik, bersih dan kemas.
Btw, yang ni kolam jenis personal, nampak macam pondok dari jauh.
 Jenis ni share dengan kawan & family je lah. 



So, pada sesiapa yang sukakan ketenangan dan udara yang segar serta bersih, mungkin di sinilah destinasi sesuai yang patut korang cuba, iaitu di Air Panas Gadek yang terletak di Melaka! Dekat area dari Alor Gajah menghala ke Tampin. Ya, disitulah terletaknya Gadek. Surely bila dah berendam sangat bagus untuk melegakan kekejangan otot dan menghilangkan lenguh-lenguh badan dan sakit kepala. Bila dah berendam tu rasa macam nyaman, mengantuk dan rilex sangat-sangat. 



So siapa je yang pernah singgah dekat Air Panas Gadek ni? Mind share with me? :) 
Okay sekian , jumpa lagi!





11 comments:

  1. syoknya tak pernah mandi kolam air panas.

    and memang i pun tak tahu belah mana. padahal tetiap tahun balik Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka. Kampung awak kat sana ke Cici? Air panas ni dekat sempadan Tampin Alor Gajah. Kira if dari Alor gajah nak ke tampin, akan jumpa air panas ni. :)

      Delete
  2. kalau ai pergi mesti time tu ramai orang tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka. ai pergi time bila ai? cuti sekolah ka

      Delete
  3. bestnya berendam..air panas lak tu..boleh hilang lenguh2 badan..

    ReplyDelete
  4. Tak pernahlah NW ...belah mana ek?

    ReplyDelete
  5. Kampung kat melaka tapi tak pernah tahu ada tempat macam ni? Bestnya dah lama tak pergi

    ReplyDelete
  6. Serious.. Ana oun tak pernah tahu.. 2 tahun setengah belajar di melaka pun tak tahu ni..

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak berendam air panas~ phew teringin pulak

    ReplyDelete
  8. Tak pernah gi lagi yang kat sini. Yang kat berdekatan Tampin N9 ada pergi. Kolam air panas juga. Lebih kurang gini.

    ReplyDelete
  9. Hihi. Nampak perbezaan kulit tu. Sama la cam kita wak. Sekolah dulu macam dayang senandung, lepas meningkat dewasa perubahan kulit tu ada. Perubahan badan pula kembang. 😂😅

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...