Monday, 7 August 2017

Korea Samyang Cheese Ramen Sedap Ke?

Assalamualaikum & Hi!



Siapa dah rasa Samyang cheese ramen? Macam mana sedap tak? :D Heh, pelik betul kan dengan aura dan penangan Samyang ni? Even dah lama berlalu kes viralnya ni, tetapi sehingga kini masih lagi susah untuk mendapatkan Samyang di kedai-kedai terdekat. Kejap kejap out of stock. Licin je. Pantang ada je licin. 



Macam saya takdalah obsess sangat kan nak cari sampai sanggup beli online dengan harga yang mahal bagai. Tetapi kalau ada & nampak tu mesti akan grab. Bukan apa kekadang teringin. Sebab for me , sedap jugak Samyang korean Spicy yang pernah saya makan sebelum ni. Just korean Samyang cheese ramen je yang belum pernah try.So, last-last bila dah ternampak bermangkuk-mangkuk kat speedmart hari tu, terus grab 2-3 mangkuk. 





So macam mana rasa dia? Okay taknak bebel panjang lagi, rasa korea Samyang Cheese Ramen lebih sedap dari yang samyang yang spicy sahaja. Apatah lagi iolss memang gilakan cheese! Cheese + pedas = perfect! Kepedasannya lebih kurang sama kerana menggunakan paste pedas yang sama, cuma kali ini digantikan dengan serbuk cheese sebagai gandingan.  Kalau tak sebelum ni serbuk cili. Memang kompom kepedasan berganda.



Baik yang pedas berganda, mahupun pedas+cheese, kedua-duanya saya suka ;D Mungkin disebabkan faktor-fakor ini kowt lah yang menyebabkan stock samyang selalu je habis. Baru nampak pagi tu, petang dah licin. Sampai gitu sekali pun ada tau! ;(  Pada yang tak pernah try tu, rasa tak rugi kowt try. Yang dah try tu pulak apa pendapat korang? Okay tak? ;D 


Haha. Okay setakat ini sahaja! Bubye!



25 comments:

  1. Tak pernah tahu pun wujud samyang cheese ramen ni. Hihi. Yang samyang pedas gila tu, Siqah pernah makan sekali. Cukuplah. Panas telinga rasa. Nanti nak cuba yang ni pula. Bila add on cheese, rasa okay sikit kot kan.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. still pedas, tapi kurang cket. Aah cheese tu yg menambah sedap tu. mmg layan. tak rugi try. hihi

      Delete
  2. Wah wah macam best jer
    Nyum nyum

    ReplyDelete
  3. Dahhhh! Since my sister bought it, tapi makan dua suap jeeee. pedasssss af! haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. ee tak tahan pedas rupanya . 😁

      Delete
  4. Sama! Mai n adik2 masih gila dgn samyang ni. tapi belum cuba yg cheese ni, selalu lepas je cheesedale sendiri. Mungkin next time nak try la, lagipun sama je harga, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka. pernah try mcm tu gak. tp lagi layan yg ni sbb guna serbuk cheese tu. mmg terliur dibuatnya. hihi. aah nanti try la :D

      Delete
  5. HUwaaaaa..akak kan asyik tengok ajer semua ramen korea ni.Dah macam2 kan now ada kat pasaran. TInggal nak beli ajer belum. Sebab nak makan kena buakn depan anak2. HAHAH! ni pun dah lamaaaaaa tak bedal maggie or yang seangkatan dengannya. Huii..nikmatnya kalau dapat makan maggie kari lepas tuh pecahkan telur. Siram kicap atas tuh. Fuh..fuh..merecik air liurrr. HAHAHA~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lagi try maggie letak kicap. nice idea gak tu 😁

      Delete
  6. pernah gak try, memang sedap tapi ku tak tahan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah tak semua tahan pedas kan

      Delete
  7. Ishh x pernah laa akak nak cubaa makan ramen2 semua ni .. adeii ..nampak rare nya ada cheese

    ReplyDelete
  8. Belum pernah cuba lagi yang cheese ini.
    Hari tu cari kat Giant Ampangan tak jumpa.

    ReplyDelete
  9. memula mase beli tu ingatkan yang nie jenis tak pedas punye.. sekali oun pedas jugak.. hahaha.. tapi serius memang sedap..

    ReplyDelete
  10. pandai orang korea kenalkan makanan mereka pada org luar..setiap drama mereka mesti ada episode makan2..kaau tengok
    memang terliur..

    harap2 drama kat malaysia ni kena la ubah mcm tu jugak..bru org kenal makanan kita kan

    ReplyDelete
  11. uishh kalau ada cheese ni teringin nak try ni. yang pedas tu tak berani nak try hahaha kang tak pepasal berlari ke toilet

    ReplyDelete
  12. For me biasa je rasa. Tak pedas mana ponnnn��

    ReplyDelete
  13. Yang biasa tu pun CR tak pernah rasa lagi.huhu

    ReplyDelete
  14. ya Allah.. lamanya kakak tak makan meggi dan seangkatan dengan nya.. em.. teringin nak rasa tapi tak boleh telan dah.. masa belajar dulu hari2 makan meggi.. ni nak tengok pun tak lalu.. hee~ sedap ke ?

    ReplyDelete
  15. 2-2 pun kak ana tak pernah rasa. Macam awak ckp lah selalu out of stock. Hehe. Kalau ada confirm kak ana beli. Nk juga merasa. :)

    ReplyDelete
  16. Sedappp ni.. Cheese tak pedas sangat dari yang pedas tu 😂

    ReplyDelete
  17. Buat hantu makan pedas memang sedap. Tapi pedas dia ni bukan pedas asli

    Banyak pakai perasa tambahan saja

    Saya kalau nak puas betul makan pedas potong cili merah lebih lebih

    Memang berapi mulut tu tahan pedas

    Hehe

    ReplyDelete
  18. bukan peminat mee segera dan seangkatan. so, tak pernah tahu kewujudan ni. hihihi

    ReplyDelete
  19. kawan kata better beli samyang pedas tu letak cheese sebenar.. lagi sedap dari cheese powder.. katanyalah... hehe

    NEEZA | Malaysia Lifesyle Blogger

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...