Selamat Hari Merdeka Dan Salam Aidil Adha

Assalamualaikum & Hi Semua!



Selamat hari Merdeka yang ke 60 dan salam aidiladha saya ucapkan buat semua. Sekejap je masa berlalu kan? Tahu-tahu dah 31 August 2017. Bersamaan hari Merdeka dan juga hari Arafah, di mana ia merupakan hari yang digalakkan berpuasa dan mustajabnya doa, seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith:



 “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)



Entah kenapa rasa-rasa merdeka tahun ni tak semeriah tahun lalu. Tak kelihatan sangat bendera-bendera Malaysia yang berkibar di jalan raya dan juga tak banyak iklan berkenaan kemerdekaan. Btw, saya seorang yang rasa camni atau sememangnya ia sudah jadi begini? Hmm.. apapun harap-harap semangat kemerdekaan pada diri kita tetap tidak hilang. 



Semoga kita sentiasa menjadi seorang yang merdeka jiwa, luaran dan dalaman. Dan usah membiarkan pengaruh-pengaruh barat menjadi ikutan, sebaliknya pertahankanlah apa yang ada di Negara kita, baik dari segi tradisi , kesopanan dan kesusilaan. Dan bila menyebut tentang merdeka ni sebenarnya, terlalu luas maknanya. Dan mungkin juga setiap orang punyai makna kemerdekaan tersendiri. :) Jika ya, sudi-sudilah berkongsikan dengan saya. 





Manakala, berkenaan hari Arafah yang sedang berjalan pada hari ini, kita digalakkan untuk berpuasa sunat dan berdoa kerana mustajabnya doa. Masih sempat untuk kita berdoa agar diampunkan segala dosa, diluaskan rezeki, diberi kebaikan dunia akhirat yang berterusan, kejayaan dan perlindungan dari Allah. Sama-sama kita mintak yang terbaik. Dan moga diri kita sentiasa diberi hidayah dan diredhai Nya. 


Okay, sekian sahaja perkongsian dari saya. Selamat hari Merdeka & Selamat menyambut hari raya haji! :) Semoga kita semua diberi keberkatan hidup dan kejayaan dunia akhirat. Amin!


Comments

  1. Perasan jugak iklan mengenai kmrdkaan xde. Maybe sbb terlalu fokus dgn sukan sea.😊

    Salam Aidiladha nadhiewueen.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya kerajaan kena buat macam2 program untuk merdeka, tapi tulah, banyak program berbentuk kempen untuk diri sendiri je banyak.. apa-apa pun selamat menyambut Aidiladha... semoga nad makin sukses ya...

    ReplyDelete
  3. sama lah , kat Perlis pun merdeka tahun ni tak meriah , bendera2 pun tak banyak macam tahun lepas , tapi bersyukur dapat menikmati kemerdekaan tanpa sebarang perbalahan .
    salam merdekaraya

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidiladha dear. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  5. Perasaan hambar bukan saja tahun ini tapi tahun tahun sebelum ini lagi...

    entah kenapa...mungkin sebab sikap pemimpin pemimpin hari ini seakan kebudak-budakkan...urghh abaikan...

    salam merdeka dan salam aidil adha

    ReplyDelete
  6. Salam Aidil adha Nad, maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya haji nad n selamat hari merdeka...

    ReplyDelete
  8. selamat hari merdeka dan salam aidiladha

    ReplyDelete
  9. dulu time sekolah rasa la jugak spirit merdeka tu, sebab salu ada pertandingan hias kelas sempena merdeka, siap ada sambutan.. skrng dah besar dh x rasa

    ReplyDelete
  10. salam merdeka dan salam aidiladha =)

    ReplyDelete
  11. tahun kali ni. merdeka+sukansea+raya = merdekanya

    ReplyDelete
  12. Salam Aidiladha Nadhie...peristiwa korban Nabi Ibrahim & Nabi Ismail a.s. lambang ketaatan yg tertinggi..

    ReplyDelete
  13. Hurm... rasanya tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun dan selamat hari raya Aidil Adha buat Nadhie hehehe...

    Merdeka bagi diri Mrs. A secara personal adalah bebas hutang.

    Merdeka dalam erti kata lain pula syukur Malaysia masih aman, makmur dan harmoni.

    Sambutan merdeka sedikit tenggelam dek kehangatan sukan Asia Tenggara.

    Mujurlah hari raya Aidil Adha masih terasa kerana adanya takbir dan ibadah korban di sana, sini, situ ;-)

    ReplyDelete
  14. Kan. I yang duduk KL pun rasa hambar. Cuma yg meriah masa sambutan dekat dataran je la. Bangunan takde la meriah sangat dengan bendera. Selalunya masuk bulan 8 je laju je prepare utk merdeka. Maybe sebab sukan sea kot.

    Tapi nasib raya aidiladha seronok dekat kampung hehe.

    ReplyDelete
  15. anda ditag
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/comeback-giveaway.html

    ReplyDelete
  16. Makin lama, makin kurang orang pasang bendera. GV pun perasan. huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment