20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan

Assalamualaikum & Hi Semua!

20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan


Menurut research yang dibuat oleh University of Virginia, semakin meningkatnya usia seseorang, maka semakin merosotnya kemahiran kognitif (daya ingatan seseorang). Namun usah risau, ada berita baik yang boleh menghindarkan proses ini dan meningkatkan lagi daya ingatan seseorang iaitu dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pakar-pakar kognitif telah menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan yang boleh kita ikuti iaitu dengan cara : -




1. Senaman dan Aktiviti Fizikal

Senaman dan aktiviti fizikal seperti berjalan, berjogging, naik tangga secara rutin ini dikatakan dapat menyihatkan jantung, mengurangkan risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak, meningkatkan kosentrasi dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.



2. Menukar Rutin Harian

Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contoh aktiviti mudah yang boleh kita lakukan adalah dengan cara menukar wallpaper pada handphone, laptop secara rutin. Selain itu selalulah ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.



3.Tidur Sebentar Pada Waktu Siang

Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar dari German kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama. 6 minit untuk short term recall, manakala 90min untuk long term recall.


20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan




4. Minda Fotograf

Setiap bits data dan ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan daya ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain. Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.



5. Kurangkan Makan atau Pengambilan Kalori Berlebihan

Kajian University of Munster (Germany) menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.

Kajian  Columbia University Medical Center juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.



6.Cuba Permainan Latih Otak

Penyelidik dari Standford University berkata, masalah lemah daya ingatan boleh menurun sebanyak 30-50% hanya dengan melakukan aktiviti mental seperti permainan latih otak seperti brain training gym, brain training apps (software), sudoku,  teka silang kata, membaca buku, surat khabar, dan dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan kemerosotan daya ingatan.



20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan




7. Meluangkan Masa Melayari internet

Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.



8. Atasi Depresi (Kemurungan)

Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.



9. Berhenti Sebentar Untuk Minum Teh Atau Kopi

Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.



20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan




10. Amalkan Multi-Tasking (kerja pelbagai)

Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.



11. Kawal Tahap Gula Dalam Darah

Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.



12. Buat Senaman Mata

Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.


20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan




13. Makan Lebih Sayuran Hijau

Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.




14. Tangani Apnea Tidur

Penyelidik dari UCLA telah melaporkan bahawa, orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.



15. Pelajari Sesuatu Yang Baru

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, belajar melukis, paintball dan sebagainya dapat membantu menguatkan lagi daya ingatan. 



16. Berhenti merokok

Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.



17. Makan Dark Chocolate

Dark choklat yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.


20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan




18. Letak Barang-barang Pada tempatnya

Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.
Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.



19. Elakkan Bersara Awal

Jika anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu menjadi pelupa.



20. Majlis Sillaturrahim Bersama Keluarga & Rakan

Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko kemerosotan daya ingatan. 


20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan



Okay , sekian sahaja tips-tips yang dapat saya kongsikan. Moga boleh diikuti dan diamalkan buat kita semua. Jika hendak diikutkan, sebetulnya hanya mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan dan kalori intake dan sebagainya. Tak susah bagi mereka yang dah terbiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Moga sama-sama kita amalkan dan semoga bermanfaat!




Comments

  1. PERKONGSIAN YG SGT BERMENFAAT

    ReplyDelete
  2. Patutlah ingatan saya tak kuat... huhu...

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.
    Mrs. A rajin juga pelupa nih! hahahhaa...
    Selalunya lupa mana letak glasses kekadang punyalah cari satu rumah rupanya glassses tu ada kat atas kepala jer... hadoiii!!! lahai.
    Selain dark coklat, kismis pun bagus juga untuk daya ingatan.
    Kena makan kismis tiap-tiap hari

    ReplyDelete
  4. Kena makam banyak dark choc la ni ya :P
    (alasan peminat choc)

    ReplyDelete
  5. belajar sesuatu yg baru tu yg paling best...main games kt hp/laptop..berjam-jam pun boleh..huhu...tapi yg lebih manfaat, cuba buat hafalan surah2 Al-Quran, terbaik utk latihan minda..

    ReplyDelete
  6. suka la yang makan dark coklat tu

    ReplyDelete
  7. Siqah paling follow "letak barang pada tempatnya". Senang nak cari sebab Siqah pun pelupa jugak. Ada jugak kadang2 terletak merata cermin mata, jenuhlah nak cari, dahlah rabun. Hii

    Anyway, good sharing :)

    ReplyDelete
  8. Okey, skang baru GV tahu kenapa kadang GV cepat lupa. Good info kat Nadhie. :D

    ReplyDelete
  9. oo peminat makan dark chocolate erk., hehe2

    ReplyDelete

Post a Comment