Skip to main content

Review Buku : Diagnosis Apokalips





Bila sebut nama 'Diagnosis Apokalips' pasti ramai yang mengenali. Terutama di kalangan remaja dan dewasa.  Merupakan kesinambungan daripada Diagnosis I, 2 dan 3, buku ini cukup popular dengan keunikan dan keistimewaan yang ada padanya. Jadi apa yang istimewa nya kan? 



Merupakan Hasil Sentuhan


Sudah tentu ramai yang mengetahui bahawa buku ini adalah 'sentuhan' dan hasil karya beberapa orang doktor-doktor hebat dan malah yang telah dikenali kerana popularitinya, siapa lagi kalau bukan blogger popular iaitu Dr.Fatin Liyana dan suaminya, Dr Anwar Fazal. Selain itu ia turut mendapat sentuhan daripada doktor-doktor lain yang terdiri daripada  Dr Aizzat, Dr Beni Rusani, Dr Mafeitz, Dr Mahyudin, Dr Dhesi, Dr Syamirullah, dan ramai lagi .






Apa Yang Istimewa?


Umum mengetahui bahawa buku-buku Diagnosis sebelum ini menampilkan jalan cerita yang sangat memberi inspirasi, positif dan pengalaman-pengalaman yang menarik sepanjang mereka berada dalam bidang perubatan. Juga merupakan sebuah perjuangan, pengorbanan mereka sepanjang berada dalam bidang perubatan dan juga pengenalan buat pembaca kepada istilah-istilah perubatan.



Diagnosis apokalips juga masih mengekalkan elemen-elemen tersebut. Namun, yang membezakan kali ini adalah apabila perjuangan doktor-doktor tersebut bukan sekadar di Hospital sahaja, malah mereka sendiri akan 'turun padang' apabila berlaku nya bencana alam.




Antara kata-kata dan pegangan yang paling saya suka di dalam buku ini adalah :



"In my time of need, I only need Allah"




Yang menunjukkan bahawa seluruh pengantungan dan pengharapkan disandarkan sepenuhnya kepada Allah, setelah usaha dicurahkan.


Dan


"We walk the talk,"




Maksudnya mereka tidak sekadar hanya melemparkan kata-kata manis dan janji-janji palsu atau menjadi 'keyboard warrior' semata-mata untuk mendapatkan nama, tetapi mereka akan pegang pada kata-kata dan menjadikan kata-kata mereka itu suatu realiti. Apa yang diperkatakan, itulah yang akan ditunaikan dan diusahakan. Itu yang membezakan orang biasa dan luar biasa.







Sinopsis?


Berkisar tentang pengalaman-pengalaman penulis yang rata-rata menjadi sukarelawan, terlibat dalam misi-misi kemanusian dan ada juga yang terus berjuang dan menetap di kawasan tersebut, ketika banjir besar yang berlaku di area Pantai Timur pada tahun 2013, 2014. Cerita yang disampaikan sangat membuatkan kita berpijak di bumi realiti dan menyedarkan kita yang "Doktor bukan Tuhan"


Review Buku : Diagnosis Apokalips



Di saat-saat getir,  mereka terpaksa membuat pilihan yang sukar apabila terpaksa memilih antara dua orang. Siapa yang harus diselamatkan dahulu? Cerita yang penuh pengorbanan dan pengajaran. Membuatkan ku menghela nafas sejenak. Mengucap kesyukuran kepadaNya. 



Nak tahu lebih lanjut? Kenalah baca sendiri kan?  Pada yang dah baca, so far macam mana? Apa yang membuatkan korang suka pada buku ini? 


Okay setakat ini sahaja. Moga ketemu lagi.


Comments

  1. Best kalau baca pengalaman orang kan... lebih2 bila pengalaman melibatkan situasi hidup dan mati ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila membaca ni, seolah-olah kita pun ada kat situ. berada di situasi yang sama dgn mereka. bak kata pepatah rajin membaca luas perjalanan. hehe

      Delete
  2. Siqah tak pernah baca Diagnosis series. Berkenan jugak dengan buku ni sebab siqah suka baca kisah doktor. Nadhie baca semua buku dalam Diagnosis series ke? All worth the read?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca Diagnosis 1 dan 2. tapi no2 tak sempat habis baca. hilang pulak taktaw mana letak. hehe. yg no 3 je tak beli lagi. btw mana yang kita pernah baca tu semua best2 Siqa. n banyak manfaat dia. memang worth to read (Y) Now teringin nak dapatkan Diagnosis Fobia. hehe

      Delete
  3. SALAM JUMAAT..NOVEL MENARIK GARAPAN DOKTOR YG MINAT MENULIS...DR MAHYUDIN TURUT BRKLOBRASI DGN KAK DLM TRIBUNAL CINTA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. tahniah kak Paridah. bestnya dapat collaborate dgn Doc. hehe. Tahniah kak. Akak pun sememangnya penulis yang hebat :)

      Delete
  4. buku ni famous di kalangan doktor2 jgak. salah sorang penulis tu junior akak kat U dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah yeke. Yang mana satu junior kak? Share lah cket. hehe

      Delete
  5. Tak pernah dgr lagi tentang buku ni. Nak cari lah nanti. Macam menarik je tgk sinopsis dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda