5 Cara Berbeza Untuk Check SEO Blog Anda

Assalamualaikum & Hi!

5 Cara/ Website Berbeza Untuk Check SEO Blog Anda


SEO atau dikenali sebagai search engine optimization dan trafik tidak mungkin boleh dipisahkan. Selain daripada content yang bagus, berkualiti dan ORIGINAL, SEO yang baik merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan oleh seorang blogger. Jika kurangnya SEO , maka akan semakin berkurangnya trafik yang masuk ke dalam blog. Mengapa SEO sangat penting? Ya, sudah tentu lah untuk membolehkan blog kita mudah dicari/ ditemui di mana-mana search engine, terutamanya Google.com.


Saya bukanlah blogger lama yang berpengalaman luas mengenai SEO, masih lagi dalam proses pembelajaran dan terlalu banyak yang perlu dipelajari. Apatah lagi baru-baru ini saya kerunsingan apabila trafik di blog semakin menurun. 


Selidik punya selidik rupanya SEO semakin menurun. Ya. Jangan tak sedar , kadang-kala SEO di blog boleh menurun dengan bermacam-macam sebab. Diantaranya adalah disebabkan gambar-gambar yang tidak diberi nama,caption mahupun link-link tertentu yang rosak dsb dan bersangkut-paut dengan blog.








5 Cara Untuk Check/Periksa SEO Pada Blog Anda


1. ChckMe


Merupakan website popular yang boleh dikatakan ramai blogger jadikan rujukan dan wajib tahu untuk memeriksa SEO mereka. Website ini akan menilai SEO dari segi Heading, Website Description, Website Keyword, flash movie animations, frames and iframe usage, website links dan image. Setiap details yang diberikan boleh memberi guidelines tentang di mana silap kita. Di mana harus kita perbetulkan dan sebagainya. Baru-baru ini beberapa kali check SEO di sini menunjukkan angka 100%, namun beberapa hari kemudian setelah saya modified beberapa perkara bagi memenuhi kriteria di Website yang lain ia menurun kepada 90++ . Banyak menurun tu. =="

http://chkme.com/page-seo-tools 


Result dari chckMe

Result Berbeza Dari ChckMe

2. Alexa Page Rank


Siapa yang tidak kenal dengan Alexa Page Rank? Iya. Ia mengukur sejauh mana ranking blog/website statistic, website traffic dan analytics kita samada di dalam Negara mahupun worldwide. Selain itu, ia juga menilai beberapa perkara di dalam blog anda seperti anylze traffic, engagement seperti bounce rate/daily time on site, unique visitor, search traffic , audience geography dan sebagainy.  https://www.alexa.com/siteinfo



3. Website Grader


Website grader juga merupakan website yang bagus untuk memeriksa SEO kita. Antara perkara yang diperiksa oleh Website grader adalah performance blog, mobile friendly , SEO dan security. Setelah itu setiap point akan dikembangkan lagi dengan lebih details. Contohnya untuk point performance, Website Grader akan mengukur dari segi Page Size, Page Request dan Page Speed. Mana-mana salah satu point yang tidak memenuhi syarat, akan dikembangkan dan mereka akan guide kita bagaimana untuk mengatasi masalah itu. So, far masih banyak lagi solutions yang perlu saya pelajari. https://website.grader.com



4. SEO Site Checkup


SEO Site Checkup juga merupakan salah satu website yang baik untuk mengukur tahap SEO blog anda. SEO Site Checkup akan memeriksa beberapa faktor seperti general SEO, mobile usability, speed, server and security dan lain-lain. Dan website ini juga mengajar bagaimana untuk Fix problem tersebut. Iaitu apa yang harus kita lakukan dan sebagainya.
https://seositecheckup.com/seo-audit




5. SEO Centro


SEO centro juga merupakan platform untuk memeriksa SEO blog anda secara details seperti memeriksa heading tags, XML site maps, keywords, speed dan bermacam-macam lagi. Dari sini kita boleh detect samada dah cukup ke heading kita? Seperti di dalam website ini, heading yang diukur bukanlah hanya H1, H2 dan H3 sahaja, malah sehingga H4, H5 dan H6. 
https://www.seocentro.com/tools/seo/seo-analyzer.html





Okay itulah  5 website mahupun 5 cara yang membolehkan kita untuk memeriksa sejauh mana SEO blog kita, speed, page request dan sebagainya. Namun, usah terkejut jika di Website A anda telah mendapat skor 100% , then apabila memperbetulkan point di Website B dan telah mendapat higher score di Website B, score di Website A pulak berkurangan. 


Itu biasa , kerana setiap page kadang-kala punyai skala yang berbeza. Namun pastikan score tersebut tidak jauh bezanya. Contoh Website A 100%, manakala Website B 92%. Jangan pulak website A 100%, website B 30%, something wrong somewhere tu. 


Semoga boleh dijadikan rujukan buat blogger-blogger baru yang masih lagi bertapak dalam industri ini. Saya juga masih baru lagi dan masih banyak lagi perkara yang ingin dipelajari dan ingin dicapai. Apapun semoga bermanfaat! Dan bagi yang dah pro boleh lah share sedikit tips dekat sini :) Okbye! :)

Comments

  1. Ana baru tau pasal SEO ni semua masa aktif blog ni. Sebelum ni hape pun tak tahu. SEO blog kak ana, kak ana minta blogger mellya settlekan sebab theme kak ana yg awal2 tu tak seo friendly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh yeke. tu lah same saye dulu taktaw apa. rupanya sangat penting SEO ni utk memudahkan pencarian di Google. Kerap berubah2 tu yang tak tahan

      Delete
    2. Tu lah. Skrg nak buat entri pun kena follow cara yg betul supaya entri kita senang di crawl oleh Google.

      Delete
  2. tak pernah check.....just enjoy blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sis. As long as kita enjoy, it doesnt matter anymore. Ada beberapa blogger famous pun tak mengutamakan SEO, still penulisan mereka dikenali :)

      Delete
  3. Assalamualaikum wrmbth

    Apa khabar sis Nadhie

    Semoga semuanya lancar hari isnin ni

    Bagus dapat markah tinggi seo tu kan

    senang nak ranking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt sis Mazni. insyaAllah. Amin. Moga urusan sis pun dilancarkan. Hehe. kadang tak lekat markah tinggi tu, kena selalu alert. :)

      Delete
  4. Sis Nadhiewueen nak tanya boleh?

    Boleh tak kalau kita exchange bloglist.

    Kalau boleh terima kasih banyak banyak

    Kalau tak boleh pun tak mengapa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course lah boleh . sangat dialu-alukan untuk exchange bloglist. ;)

      Delete
  5. Fantastic blog you have here but I was wanting to know if you knew of any community forums that
    cover the same topics talked about in this article?
    I'd really love to be a part of community where I can get feedback
    from other experienced people that share the same interest.
    If you have any recommendations, please let me know. Kudos!

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. Seo sangat penting dalam dunia blogging.. Kena take note pasal ni.. Tq kak nady 😘

    ReplyDelete
  7. Info yang bagus Nad, saya juga ada check... nampaknya kena tambah security lah... pintu depan tak berkunci katanya...

    ReplyDelete

Post a Comment