Skip to main content

Doa Yang Boleh Diamalkan Selepas Solat Fardhu Dan Maksud-Maksudnya





Kenapa perlu berdoa?  Doa bukan sahaja bertujuan untuk Mendekatkan Diri Kita Kepada Allah, tetapi Doa juga punyai banyak manfaat besar dalam kehidupan manusia. Dengan doa, kita akan perolehi kekuatan zahir dan batin. Dengan doa, kita tahu masih ada harapan yang terbentang luas. Dan doa menjadi penyejuk hati saat ditimpa musibah. Dan dengan berdoa, kita juga punyai keazaman untuk perbaiki kekurangan diri. 



Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi”.

-(Hadis Riwayat Hakim)




Dari Hadis di atas, ternyata doa adalah salah satu keistimewaan seorang Muslim yang Allah anugerahkan. Doa adalah senjata orang mukmin. dan doa adalah komunikasi indah antara kita dan Dia, Sang Pencipta, Yang Mahal Adil lagi bijaksana. Kita juga boleh berdoa pada bila-bila masa dan walau di mana berada, paling digalakkan adalah selepas menunaikan solat fardhu.



Usahlah terus bangun sebaik sahaja usai menunaikan solat fardhu. Tetapi, cari lah kekusyukan ketika solat dan ketika berdoa. (ya , sudah tentu peringatan ini lebih ditujukan pada diri sendiri) . Lupakan sebentar hal duniawi dan fokuslah kepada Dia, untuk seketika cuma. Agar hubungan kita denganNya terus mantap dan agar adanya komunikasi antara kita dengan Dia, membuatkan kita merasa betapa dekatnya Dia dan kita, membuatkan kita seolah-olah dapat merasai Dia. Ya, di sudut hati ini.



Pada yang malas berdoa, cuba amalkan sikit-sikit. Dimulai dengan doa yang pendek dan ringkas dan tidak kira dalam bahasa apa pun. Jadikan amalan sikit-sikit dan improve kan sikit-sikit. Dalam doa sentiasalah menyebut agar Allah SWT sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita, moga Dia sentiasa membimbing diri ini dan memimpin langkah kaki ini. Jadi pada hari ini ingin saya kongsikan tentang antara doa yang boleh diamalkan selepas solat fardhu dan maksud-maksudnya.









Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu Dan Maksud-Maksudnya


1. Pembukaan Doa





2. Berselawat ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW



3. Isi Doa Dan Maksud-Maksudnya








4. Penutup Doa








DOA TAMBAHAN





DOA SELEPAS SOLAT FARDHU AMAT MUSTAJAB


Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”.
(HR Tirmizi)

Seperti yang kita tahu, doa selepas solat termasuk antara waktu berdoa yang paling mustajab.
Oleh itu, marilah kita memanfaatkan setiap waktu selepas fardhu untuk membaca doa.
Tidak perlu panjang, doa ringkas pun jadilah.





Comments

  1. Nice sharing Nad, saya juga kadang-kadang bacaan tersilap sikit-sikit... kalau kita faham maksudnya boleh mendatangkan lebih khusyuk...

    ReplyDelete
  2. tq sharing bermanfaat ni. betul, doa ialah kekuatan kita.

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah kite same-same amalkan ye nadhie..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Ada beberapa doa yg boleh dihafal lepas ni sebagai doa tambahan. Kena faham maksud juga tu.

    ReplyDelete
  5. good sharing nad,, kekadang diri sendiri pun masih lagi buat silap kan, tapi x pe learning process tu selalu ada.. untuk memperbaiki yang lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  6. Baguslah tahu maksud doa

    sebab Allah swt tak terima doa dari hati yang lalai

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang bermanfaat Nad, jom kita sama-sama mengamalkannya :)

    ReplyDelete
  8. syukran for sharing...kusyuk berdoa kalau tau maknanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda