Sebab-sebab Kenapa Lelaki Suka Menyakat Atau Mengusik Perempuan

Assalamualaikum & Hi!

Sebab-sebab Kenapa Lelaki Suka Menyakat Atau Mengusik Perempuan


Lelaki memang terkenal dengan sikap suka menyakat. Kadang-kala sakatan mereka boleh meriuhkan suasana dan membuatkan kita tertawa tanpa dipinta, tetapi kadang-kala melampau batas pun ada. Dan apabila asyik orang yang sama disakatnya dan seolah-olah takkan pernah habis, musykil jugak dibuatnya. Kenapa asik aku je yang kena sakat dengan kau ni? Dah kenapa kau suka dekat aku ke?




Paling tak boleh belah sikap si penyakat ni, siap boleh tinjau dari tepi pipi kau samada nak tengok kau gelak senyap-senyap ke tak time kena sakat. Lagi-lagi time tu kau acah-acah serious dan ignore segala ketakmatangan :p Sengal betul. Namun, adakalanya juga mereka seolah-olah macam nak buat kau marah dan seolah-olah mencabar kesabaran kau. Membuatkan hati tertanya-tenya. 'Apa yang mereka nak sebenarnya?' Ada masa pula sampai tahap merimaskan pun ada, sampai hati terdetik. 'Eee.. dia ni bilalah nak pergi tempat lain? Tetapi kadang-kala kalau mereka takda, boring jugak. hehe. Bukan apa, takda geng nak bertumbuk tu je. hihi




Lagi-lagi apabila bekerja atau belajar di environment yang ramai lelaki dan kurangnya wanita, oleh itu bukan sorang je kaki menyakatnya, malah ramai pulak yang turut serta. Bersahut-sahut, bersambut-sambutan bagai takkan pernah habis! Lelaki ni dia gagah bila geng dia ramai. Cuba perempuan ramai, lelaki kurang? Menikus je kau kat situ kan? haha *sambil gelak sinis*




Buat wanita dekat luar sana yang turut mengalami situasi cenggini, hati kena kental beb dan jangan cepat melatah. Cara nak survive ingat tiga benda ni- Hati kental, mental kuat, mulut padu. hiks  :p Neway, thanks for coloring & blacking my life :p Oleh itu, jom tengok apa punca-punca dan sebab-sebab mereka ni suka menyakat kita. Hiaargghhh *sambil berlari membawa pedang seperti seorang samurai handalan*





Sebab-sebab Kenapa Lelaki Suka Menyakat Perempuan



1. Memang dah tabiat semula jadi


Menyakat, mengusik , mengenakan orang sudah menjadi amalan wajib dia untuk mendapat 'kasih sayang' dan perhatian orang sekeliling. Hidup ini sungguh boring jika tiada siapa pun yang menjadi mangsa sakatannya dalam sehari. Motif wajibnya setiap kali selepas baru bangun tidur adalah haruslah mengenakan orang dalam sehari! Kalau tak hidupnya seolah-olah tiada kelengkapan. Tidak kira lelaki atau perempuan, semua suka diusik, disakatnya. Melihat orang yang disakat/diusiknya menjadi marah merupakan satu kepuasan dan matlamat yang dapat dicapainya setiap hari.

kebosanan yang amat bila tiada mangsa usikan



2. Sengaja Hendak Menceriakan Suasana


Kadang-kala bosan pulak kan bila suasana sunyi je, oleh itu perlu lah menyakat sikit bagi menceriakan suasana. Tak nak lah asik serious je kan. Dari menyakat sikit, lama-lama makin dikembangkan bakatnya itu. Lantas terus menjadi menyakat banyak. Bertambah banyak apabila semakin ramai geng-geng sejantina yang bersatu dengannya pada ketika itu. Kalau lawan 1-1 memang confirm dia kalah pada wonder woman tersebut :p

sengaja hendak menceriakan suasana



3. Berkenan/Suka Dekat Orang Yang Diusik/Disakatnya


Dah berkenan tapi malu nak mengakui, malu nak menunjukkan perasaan suka, malu untuk bertegur sapa. Oleh itu menyakat adalah teknik tertentu bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan insan yang diminati. Bila dah menyakat ni secara tak langsung boleh mengurangkan kemaluan yang dirasainya itu.

Selain itu, kalau perasan lelaki suka sangat menyakat wife atau girlfriend mereka. Pendek kata orang yang mereka suka. Tetapi yang tak fahamnya entah apa yang mereka suka bila tengok reaksi wanita tersebut sekejap kang cemas, sekejap kang marah, sekejap suka. Kata sayang? Tetapi itulah hakikatnya. Siapa kata lelaki tu simple? Dari sini kita boleh nampak sikap lelaki tu complicated sebenarnya :p

p/s: Teringat pulak ada someone ni, masa baru masuk tempat kita, nak dekat sebulan dia tak tegur. Macam lah pemalu sangat kan. Then, bila dia start berani tegur je, memang menyakat je la keje dia. So, kepada tukang sakat sekalian dah suka tu mengaku jelah. :p Tak yah nak sorok sangat. hahaha!


suka dekat orang yang diusik



4. Sebab Cantik Dan Mereka Suka Melihat Dia Tersenyum Mahupun Tertawa


Ni lagi satu alasan tak masuk akal! Disebabkan beliau cantik menjadikan mereka pun suka menyakatnya, semata-mata nak tengok dia tersenyum. Kalau dia tak tersenyum dalam sehari tak sah. Hidup mereka seolah-olah rasa macam tak lengkap. Pendek kata mereka juga suka melihat pelbagai reaksi dan pelbagai respon daripada si dia. Phew~

p/s: Ye boleh dan tak salah pun jika kau nak tengok dia tersenyum. Tetapi time menyakat tu cubalah berpada-pada sikit. Usah dibuat lawak bodoh, menyakitkan hati dan tanpa tapisan. Kang bukan senyuman yang korang dapat, sebaliknya amukan godzilla wanita.

suka tengok dia tersenyum atau tertawa

Kemarahan godzilla wanita yang kena usik :p



5. Sengaja Nak Buat Dia Marah


Hah, ni lagi satu sejenis sikap tak suka tengok orang lain senang lah agaknya ni. Tetapi menurut satu sumber, lelaki ni sengaja membuatkan seseorang perempuan tu marah sebab mereka suka dekat perempuan tu dan sebab perempuan tu nampak comel ketika marah katanya. Kalau tak suka takdalah mereka nak menyakatnya kan? Lagi-lagi bila sakatan mereka ni dapat maklum balas 'positif' dari insan yang disakat/diusik mereka.

Dan antara sebab lain pulak, sebab perempuan tu garang! Jadi mereka terhibur bila tengok perempuan tu marah. hoh, camni punya perangai pun ada kan. Memang betullah sejenis tak boleh tengok orang lain senang ni.  - -"

Ya salah satunya selepas aku mengamuk besar selepas dituduh kejam oleh Ajeman*bukan nama sebenar* (sambil tok dan im terkebil2 tengok aku, selalu control cun je XD ) tak lama tu tiba-tiba Zarif terus whatsapp dan buat pengakuan yang mereka sebenarnya sengaja mengenakan aku. Lepas kami beredar je dari situ, kata Zarif dorang terus tergelak besar sebab berjaya buat aku marah. hoho. Camni rupanya kau worang kan. Mujurlah lepastu hakak move on dan cool je dengan mereka -_-


Sengaja nak buat dia marah kan? Nah ambik!





Dan perempuan biasalah, kalau dah kena sakat , kena kutuk tu ingat nak senyap je ke? Mesti nak lawan balik! Lawan balik! Kalau tak macam tak lengkap je rasa. haha. Namun ada jugak perempuan kental yang kalau disakat macam mana pun, dia tetap berlagak tenang dan sedikit pun tidak terkesan dengan usikan itu. Cayalah!

Jadi begitulah antara sebab-sebab mahupun punca-punca kenapa seorang lelaki suka mengusik/menyakat seorang wanita yang telah saya perolehi berdasarkan pembacaan-pembacaan di forum-forum dan juga pengakuan lelaki itu sendiri, terutamanya kawan-kawan.

Mungkin ada yang benar, mungkin ada yang terkurang. Jadi apa kata anda? Sejauh manakah kebenaran sebab-sebab di atas? Atau mungkinkah ada lagi sebab-sebab lain yang tidak dinyatakan di sini? Sila berjujur dan kemukakan pendapat anda. haha.

Dan pada wanita-wanita yang selalu kena sakat tu, bertabahlah. Dan hati kena kental. Mungkin benar mereka malu, dan hanya dengan cara ini sahaja mereka berani untuk berkomunikasi dengan kita. hihi


Okay, setakat ini sahaja. Jumpa lagi di entri yang lain. babai



Comments

  1. Saya tak pernah menyakat perempuan so sebab di atas tu saya tak tau tepat ke tidah. Pada saya kalau dia cantik, biarlah dia cantik. Kenapa nak disakat.

    Kalau nak ceria pergi main drum kat tepi laut. Hihihi

    ReplyDelete
  2. soalnya wanita itu cantik
    jadi kepingin menggodanya

    ReplyDelete
  3. Akak tak pernah ada pengalaman kena sakat, so tak taulah kenapa diorang suka menyakat.

    ReplyDelete
  4. kak rumah, kak ana yg paling kuat menyakat. tak cukup dengan syafi, habis adik2 kak ana kena sekali. sampai dorang marah dan rasa annoying.lagi dorang marah lagi kak ana buat. best tau menyakat org. boleh rapatkan silaturrahim dan boleh jadi gaduh juga kadang2. hahaha

    ReplyDelete
  5. haha ni selalu berlaku dekat kawan Nisha. Muka dia memang serius comel bila kena sakat dgn classmate lelaki lol XD

    ReplyDelete
  6. laaaaaa..... saya dah komen rupanya

    ReplyDelete
  7. kalau pompuan sakat laki2 cmne lak awak..hihi...salam kenal awak, jom la ke blog saya https://cararesepi.blogspot.my/.. Kalau tak kisah, masukkanlah blog saya dalam senarai bloglist awak.huhu

    ReplyDelete
  8. Setuju point Nad tu... memang betul lah, lelaki memang suka menyakat... kena pulak perempuan yang dia sakat tu respons baik, lagi suka dia sakatnya..

    ReplyDelete
  9. kemarahan godzilla tu kelakar..habis terbang kerusi meja...
    kalau selalu kena sakat, rimas & sakit hati jg kan..

    ReplyDelete
  10. memang sifat lelaki akan menyakat perempuan. x reti usik pompuan bukan lelaki la namanya dik?

    ReplyDelete
  11. USIK2 BAWA BHGIA CERIAKAN MURAM SUASANA

    ReplyDelete
  12. hahaha saya pernah baling pen sebab geram sangat dan nasiblah pen tu tercucuk mata budak laki tu. Padahal yang menyakat tu pensyarah. Tapi orang lain jadi sasaran. Hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment