Tanda-tanda Seseorang Terlalu Obses Dengan Anda |
Sudah berapa tahun berlalu. Dia masih sama. Masih lagi obses pada orang yang sama. Jika diukur dari tahap kesetiaan, ya dia memang setia. Setia obses pada gadis yang sama.
Tetapi sayangnya, obses bukanlah cinta! Untuk pengetahuan anda, obses tidak
boleh disamakan dengan cinta. Dari pandangan mata kasar, obses kelihatan sama
seperti cinta. Tetapi hakikatnya bukan. Golongan ini bahaya sebenarnya, kerana
mereka boleh jadi penganggu hidup kita. Dari segi luaran, mungkin ada yang
nampak baik, tetapi dalamannya sangat bahaya. Dia merupakan pembenci dalam diri seorang pencinta.
Entah apa yang membuatkan dia jadi begitu, entah di mana silapnya, saya pun
tidak tahu. Terkadang saya keliru, buntu. Di mana silapnya? Kenapa dia boleh
bersikap begitu? Tidak saya sedari apa sebenarnya yang berlaku dan membuatkan saya sering tertanya-tanya tentang sikapnya, sehinggalah saya temui ciri-ciri ini.
Tanda-tanda Seseorang Terlalu Obses Dengan Anda
1. Cemburu Tidak Bertempat
Jika ada
orang-orang disekeliling anda yang memuji anda, dia akan rasa cemburu yang
mendadak. Tanpa usul periksa, dia terus membuat kesimpulan dan rasa cemburu itu
banyak dilepaskan kepada anda. Sebagai contoh: secara tiba-tiba dia naik angin
dan memarahi anda tanpa sebab. Secara tiba-tiba dia mencari salah anda. Golongan
sebegini sebolehnya cuba menyembunyikan perasaan cemburunya itu pada anda. Tetapi, anda sendiri akan merasa ganjil kenapa dia tiba-tiba marah tanpa sebab. Anda tertanya-tanya di mana silapnya anda dan apa sebenarnya yang membuatkan dia
marah pada anda. Malah ada juga yang akan bertindak tidak melayan panggilan
mahupun whatssap messenger daripada anda.
2.Selalu Berprasangka Terhadap Anda
Apabila ada
lelaki/wanita lain yang sedang berbual dengan anda, pasti dia akan menuduh anda gatal
dan menganggap anda sedang melayan lelaki/wanita itu. Meskipun anda hanya berurusan
melibatkan hal-hal kerja sebenarnya. Selain daripada itu, apabila anda hilang
dihadapan matanya, dia akan kerap tercari-cari, tidak keruan dan membuat
tuduhan bahawa anda sedang keluar dengan lelaki lain. Malah ada yang akan
merajuk sedangkan anda bukanlah miliknya, bukanlah kekasih hatinya.
3.Tidak Suka Tengok Detik-detik Bahagia Anda
Jika anda
dan dia berkawan di Facebook, anda boleh nampak sebenarnya orang yang obses terhadap
anda kurang suka dan takkan like status-status dan momen bahagia anda dengan
keluarga, adik-beradik, kawan-kawan dan sebagainya. Sebaliknya dia suka like
status sedih anda . Jika kita dan dia tidak berkawan di Facebook, tetapi ada
mutual friends yang di tag, dia akan resah malah dia akan blacklist mutual
friends itu. Dan jika sudah keterlaluan
rasa obsesnya, dia juga akan bertindak untuk memblock Facebook anda,
meskipun dia sebenarnya yang add anda di Facebook.
4.Kita Adalah Miliknya Seorang
Sesiapa sahaja
yang cuba mendekati anda akan dipandang dengan pandangan tajam, serong. Apabila
anda bersamanya, dia akan pastikan tiada orang lain yang mengganggu. Jika ada
yang menyapa atau mahu berbual, dia akan tarik wajah kurang senang. Sebolehnya
dia akan menghalau orang tersebut dengan membuatkan orang itu berasa kurang
selesa berada di situ. Paling bahaya apabila “Kalau aku tak dapat dia, orang
lain jangan mimpi nak dapat dia” Bahaya bukan? Untuk itu dia akan lakukan apa
sahaja untuk memastikan matlamatnya tercapai.
5.Tidak
Mahu Anda Tahu Status Atau Perkembangan Diri Dia
Meskipun
punya harta berjuta, orang sebegini sering merasa hidupnya serba kurang , serba
tak cukup. Biasanya mereka suka merahsiakan detik-detik bahagia, derita atau
apa sahaja perkembangan dirinya daripada anda. Apabila ada seseorang yang
bercerita tentang dia pada anda, dia akan merasa bahawa orang tersebut tidak
amanah. Pendek kata, kalau kita tahu banyak tentang hal dia, dia takut kita
akan tahu tentang kelemahan dia.
6.Banyak Buat Serangan Hendap Dan Suka Stalk Anda
Orang yang
obses sebenarnya juga meminati kita secara senyap. Dia kurang gemar menunjukkan
perasaan itu dengan cara yang menyelesakan. Sebaliknya dia akan meninggalkan
banyak tanda tanya pada kita. Sikap ini sangat berbeza jika seseorang itu suka
dan cintakan anda. Orang yang suka mahupun cintakan anda, lebih terbuka untuk
berkongsi perasaannya. Tetapi sebaliknya pula orang yang obses. Sebolehnya dia
tidak mahu orang lain tahu. Malah jangan terkejut jika ada yang senyap-senyap sanggup
mengekori anda kemana sahaja. Malah jika
mereka berduit, mereka akan mengupah orang untuk mengekori anda. Bagi yang ada
skill atau berkebolehan hack komputer dan sebagainya, mereka akan hack akaun
anda, meninjau apa yang sedang anda buat pada LAN yang sama dan boleh dikategorikan sebagai breach privacy act.
7.Orang
Yang Anda Suka & Sayang Adalah Musuh Dia
Dia benci dengan
insan-insan yang anda suka mahupun sayang. Dia benci dengan orang yang cuba
kenali mahupun mendekati anda. Baginya anda hanyalah kepunyaan dia seorang. Dia
berbeza dengan orang yang suka mahupun cintakan anda yang suka melihat
kebahagiaan anda. Seseorang yang tidak suka pada anda merupakan aset baginya.
Dia akan peralatkan orang-orang ini untuk mengetahui kelemahan anda. Malah dia
suka ambil tahu tentang orang yang rapat mahupun baik dengan anda. Kerana dia
akan cuba menyingkirkan orang itu secara perlahan dari hidup anda.
8.Suka Mengugut Atau Mengherdik Anda
Mungkin ada diantara mereka yang mengaku dia suka mahupun dia sayang pada anda, tetapi sebaliknya dia suka
mengherdik mahupun mengugut anda. Bagi mereka, anda ialah boneka mahupun
permainan dia. Segala rentaknya anda kena ikut. Jika tidak dia akan marah
mahupun melenting. Tanda-tanda ni boleh nampak jika anda tidak layan dia
sangat.
9.Sering
Halang Anda
Apabila dia tahu
anda punyai rancangan mahupun plan masa hadapan yang nyata tidak menyebelahi dia,
dia akan halang anda dari meneruskannya. Dan sekiranya dia rapat dengan anda,
sebolehnya dia akan berkata sesuatu yang menjatuhkan semangat anda.
10.Sukar
Terima Hakikat Akan Kebahagiaan Anda.
Jika orang
yang obses pada anda merasakan bahawa anda lebih bahagia dari dia, itu boleh
menjadi ancaman terbesar buat dia. Kerana selain daripada menganggap anda
sebagai hak milik mereka, mereka juga turut menganggap anda sebagai pesaing
terbesar mereka. Dia sukar mahu mengalah dengan anda, sebab dia ada sikap suka
menguasai. Lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mencederakan mahupun
merosakkan anda, kerana dia tidak mahu anda nampak hebat. Baginya, kehebatan
kita adalah dia punya seorang.
11.Berselindung Di sebalik Kebaikan
Biasanya
mereka ini pandai berlakon dan pandai bermain dengan kata-kata. Lantas dia
berselindung disebalik kebaikan dan membuat semua orang menyangka bahawa apa
yang dilakukannya adalah betul. Dan anda
lah yang bersalah. Petanda awal mungkin kelihatan biasa. Malah pada awalnya,
anda sendiri pun pasti akan menyangka bahawa dia seorang yang baik. Tetapi,
apabila berdua bersama, barulah anda akan melihat sendiri sikap sebenar dia.
12.Sukar
Menerima Sebarang Penolakan Daripada Orang Yang Mereka Obses
Apabila dia
terlalu obses terhadap anda, dia sukar untuk menerima sebarang penolakan
daripada anda. Ada antara mereka akan terus memaksa anda dan ada juga yang akan
membuatkan hidup anda tidak tenteram. Apa sahaja yang anda lakukan, semuanya
tidak kena baginya. Pendek kata, dia sukakan penderitaan orang yang dia obses.
Malah dia sanggup melihat kehidupan orang yang dia obses sengsara.
Jadi inilah tanda-tanda dan bahayanya apabila seseorang terlalu obses
pada anda. Sekali lagi ingin saya tegaskan obses bukanlah cinta! Sebaliknya lebih pada pengganggu. Apa yang saya kongsikan adalah ciri-ciri mahupun tanda-tanda apabila seseorang obses terhadap kita. Tetapi apa puncanya dia jadi begitu , saya pun kurang pasti.
Hanya berharap agar mereka dapat menghentikan perasaan obses mereka terhadap seseorang. Untuk apa mengganggu hidup seseorang? Jika kita tahu kita takkan mampu untuk memilikinya, 'bebaskanlah' dia. Kerana tiada apa yang akan anda dapat dengan membuatkan hidup seseorang tidak tenteram.
Okay sekian sahaja daripada saya. Jumpa lagi.
SUMBER : Ziela Zie
huuu takut plak baca.. jenis yang obses dengan kita ni. harap dijauhkan.. >_<
ReplyDeleteseram org cmni.. paling takut suka stalk fb kita kan.. terpaksa blok org cmtu..
ReplyDeletehaihhhh.. rimas dengan orang macam ni.. >.<
ReplyDeleteTakut lah pulak. Ini bahaya media sosial
ReplyDeletebaru tahu obses bukanlah cinta..huhu sebb kita sentiasa rasa ada org obses dengan kita..hahaha perasan tau
ReplyDeletescary pulak kalau camni
ReplyDeleteSyukur.. Tak ada orang yang obses macam tu pada ai..
ReplyDeleteDah tukar template ya sis
ReplyDeleteHehe
Tak nak lah jumpa orang cam ni. mau stress gila2.
ReplyDeleteScary orang macam ni. Macam ada masalah psyho pun ya jgak.
ReplyDeletehidup jd tak keruan mcm ni...pernah baca kisah seorg pengkid yg obses dgn gf dia...scary..
ReplyDeleteAwas serang hendap tu... bahaya...
ReplyDeleteTukar template baru ya sis
ReplyDeleteini bukan setakat obses.. ini dah mcm psycho..
ReplyDeletehahahaha~ cuak plak akak baca entri awak kali ni..
ReplyDeleteMcm psiko pulak NW.....
ReplyDeleteMacam Bro ke?
ReplyDeleteYa Allah apa yang patut saya buat sis tolong saya😩😩
ReplyDeletesaya pon hidup dlm ketakutan skrg ni.. spp sndri trlalu obses dngan saya , bg topup , beli itu ini pdhal x mintak pon .. lg mnkutkn bile dia kate dia da lme tnggu saye sejak dr umur belasan lagi, dulu dah kcau saye skrg dia buat hal balik ..
ReplyDeleteApa nk buat bila dpt pasangan cmni ye
ReplyDeleteselama ni aku sendiri berjiran dengan orang macamni.Selalu suka tgk aku merana.Sampai bila la dia akan berhenti kacau hidup aku.Tak faham la.pyscho
ReplyDeleteDoa yg baik2 sahaja. Sentiasa berfikiran positif.
Delete