Skip to main content

Tempat Menarik Melaka | Upside Down House Gallery Melaka






Upside Down House Melaka atau rumah terbalik ni kini merupakan antara tarikan dan tempat wajib singgah setiap kali ke Melaka. Kira kalau tak pergi memang macam kekurangan sesuatu lah kan. hehe. Terletak di area Plaza Mahkota yang merupakan kawasan penuh dengan tarikan pelancongan, Upside Down House ini berada di area dikelilingi Hotel-hotel. So, kira-kira dah penat merayau dan bergurau senda di rumah terbalik ni boleh terus check in hotel sambil bergolek-golek senang lah.


Time pergi ni dengan Bff, kira-kira dalam dua tahun yang lalu rasanya. Dan time tu rasa macam masih baru lagi Upside Down House ni. Macam tengah-tengah viral kalau tak silap. Memang excited lah kami nak pergi kan. Bila masuk-masuk okay not bad jugak memang impressive tengok susun atur tu camna lah depa buat. Dan hasilnya...


Upside Down House Gallery Melaka



Tersebutlah sebuah kisah.. [Terimalah kisah hambar ini.kiki.]


Semenjak berpindah ke rumah baru, Aqim rasa macam ada yang tak enak. Dia cuba memberitahu parentnya, tetapi parentnya tidak mempedulikan kemengarutan yang Aqim cuba sampaikan. Lalu semua itu  dipendamkan sahaja di sudut hujung hatinya.



Sampailah satu malam ni.. tiba -tiba tekak Aqim terasa haus. Lantas dia ke dapur. Namun, tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Namun Aqim menggagahkan jua dirinya untuk melangkah ke dapur kerana teringat pesanan bondanya bahawa anak jantan harus gagah.



Perlahan-lahan Aqim melangkah ke dapur. Peluh jernih terasa merenik di dahi. Entah mengapa bulu roma Aqim terasa menegak tiba-tiba. Angin sejuk yang datang entah dari mana menyapa tengkuknya. Aqim menelan liur yang tiba-tiba terasa kelat. Dia meneruskan langkah ke dapur dan....



Hampir sahaja Aqim tersungkur apabila kelihatan kelibat seorang gadis misteri yang sedang terapung di udara secara terbalik sedang menyelongkar peti ais di rumahnya!



Dia tiba-tiba pusing lalu tersenyum dekat Aqim


Dan tiba-tiba gadis misteri itu memandang Aqim sambil tersenyum penuh makna membuatkan Aqim terasa bagai ingin melepaskan hajat yang terpendam.

 "Aqim sedap lah karipap sejuk yang mak Aqim buat ni. Sis dah makan lapan ketul" kata gadis itu sambil tersenyum sinis membuatkan kepala lutut Aqim terasa longgar-longgar tiba-tiba.

'Dari mana dia datang?' Bisik hati Aqim sendirian sambil cepat-cepat berlari ke bilik. 




Dan pada malam esoknya.. 



Kali ini Aqim tidak jadi ke dapur. Sebaliknya ke ruang makan untuk mencapai seketul dua makaroni . Betapa terkejutnya Aqim tatkala..


Kemudian dua orang gadis misteri di meja makan.

 Tatkala ke dapur dia melihat dua orang gadis misteri yang sedang terapung-apung secara terbalik cuba mencapai makanan di atas meja. Aqim tidak mampu untuk menahan ketakutannya. Lantas Aqim terus berlari lintang pukang masuk ke bilik


Belum pun sempat melompat ke katil, sekali lagi Aqim terkejut apabila kelihatan seolah-olah kelibat seorang gadis sedang bersembunyi di tepi almari biliknya. Bulu roma Aqim terasa meremang. 


Tiba-tiba ada orang menyorok disebalik almari bilik korang. jadi korang okay?

 Namun tiba-tiba gadis misteri itu say "Ni Hao" dekat Aqim sambil mengajak Aqim bermain sorok-sorok dengannya,  membuatkan wajah Aqim terus berubah pucat lesi.

"Hey, Aqim taknak main sorok-sorok keee?" bisik gadis itu dengan suara yang halus dan senyuman yang mencurigakan. 

Lalu Aqim terus pitam di atas katilnya.




Esoknya...


Setelah rasa kebusukan melanda dirinya setelah tidur sehingga ke tengahari dan tidak tahan dengan leteran bondanya , lantas Aqim ke toilet.

Hampir sahaja Aqim terkucil tatkala melihat kelibat gadis misteri yang sedang terapung itu turut berada di toiletnya. Di siang hari pulak tu! 

Kali ini Aqim taknak berkompromi lagi. Benda ni harus diberitahu pada parentnya.


Dalam bilik air pun dia ada


"Bondaaa!!" "Bondaaa!!"

Lantas Aqim berlari-lari mendapatkan bondanya dan menceritakan segalanya pada bondanya!

Namun reaksi bondanya membuatkan Aqim terkejut. Rupanya...

Rupa-rupanyanya gadis misteri itu adalah kakak saudaranya! Dan kakak saudaranya itu sebenarnya ada martial art dan membuatkan dia berkebolehan untuk terapung dan melekat seperti spiderman di siling rumah. Lantas, kakak saudara Aqim meminta maaf kerana telah mengejutkan Aqim tanpa sekelumit niat pun.


Lalu Aqim dan kakak sedaranya pun mengapung-apungkan diri mereka dengan gembira.


 Atas balasan kerana selalu mengejutkan Aqim , dia pun mengajar Aqim Martial Art dan teknik yang membolehkan mereka melekat seperti spiderman di dinding-dinding hingga ke siling. 


Lalu Aqim dan kakak saudaranya pun mengapung-apungkan diri mereka dengan gembiranya.


-TAMAT-

Happy Ending


Haha. Ya, kalau datang tempat-tempat gini , memang boleh buat komik lah jawabnya. Yang penting enjoy bersama keluarga & friends. Bila lagi kan nak bergambar kreatif-kreatif sikit kan? Btw, haritu banyak lagi tempat untuk bergambar, macam ruang tamu, bilik pengantin dan lain-lain.


Tapi, entah mana lah pulak gambarnya. Macam dah tak jumpa je lagi. Maybe dah lama kowt.  Heh, yang penting enjoy kan? Wokay jumpa lagi di lain entri. Bubye!


HARGA TICKET : RM15 (Malaysian)/ RM20 (Foreigner)

p/s: actually aku tak taw sape mamat dlm gambar last ni, dah dia tetiba interframe dlm gambar org. Naseb ko lah jadi Aqim. hahaha





Comments

  1. haha menariknya. yang menyorok tepi almari tu scary la. haha

    ReplyDelete
  2. yang balik almari tu yang seram. Nasib tak macam drama TV3 semalam. Transit terakhir tu. lagilah seram. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. yang tu mmg seram. yang ni acah-acah kisah seram :p

      Delete
  3. hahah bestnyaa. tak pernah masuk lagi rumah terbalik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah . tapi ramai sangat orgnya . mmg beratur la nak bergambar.hihi

      Delete
  4. Salah satu tempat idaman saya.. nanti balik sana nak pergi...

    ReplyDelete
  5. Eh knp kak ana tak tahu ada upside down dkt Melaka ni. Huhu. Boleh cuba nanti sebab yg kat sabah xley amik gambar dlm tu.

    ReplyDelete
  6. Wahhh hebat bergimnastik nampaknya haha

    ReplyDelete
  7. lg cantik dari yg kat Sabah..

    ReplyDelete
  8. Sini punya macam menarik je berbanding tempat lain....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda