Cara Mengelakkan Application Di iOS Daripada Mencuri Password Dan Apple ID Anda

Assalamualaikum & Hi Semua!

Cara Mengelakkan Application Di iOS Daripada Mencuri Password Dan Apple ID Anda
Credit Image : Apple.com




Apple dan iPhone. Siapa yang tidak kenal akan jenama terkenal dan popular ini kan. Tetapi ia belum tentu benar-benar selamat. Sebelum ini , Felix Krause, yang merupakan seorang penyelidik keselamatan telah mendedahkan bahawa aplikasi-aplikasi pada iPhone iPhone mampu merakam tanpa pengetahuan kita jika diberi kebenaran pada kamera, mengesan lokasi serta mengambil foto dan video secara senyap-senyap.

Baru-baru ini Felix Krause tampil dengan isu baru bahawa jika anda tidak berhati-hati, sebarang aplikasi iOS (apps) yang dipasang (download and installed) pada iPhone boleh mencuri Apple ID anda. Kerana aplikasi berniat jahat juga boleh meniru kotak dialog kata laluan Apple seperti yang tertera diimej bawah.

Popup betul(kiri) dan palsu(kanan)

credit image :lifehacker


Berdasarkan popup di atas, memang sukar kan nak bezakan antara yang betul dan palsu?  Apatah lagi sebagai pengguna produk Apple, samada iphone, iPad dan sebagainya, pasti kita akan selalu diminta untuk memasukkan Apple ID dan password, terutamanya ketika hendak  mendowload atau membeli aplikasi di Apple Store. Jadi bagaimana untuk mengelakkan daripada Apple ID dan password korang kena curi kan? 



Sebenarnya mudah je caranya untuk menguji mana palsu , mana betul. Apabila keluar popup seperti di atas dan meminta Apple ID dan password anda,  tekan je button HOME untuk menutup aplikasi tersebut. Jika aplikasi itu ditutup dan popup tersebut hilang, maknanya ia adalah popup palsu. 


Sebab popup dialog asli daripada Apple biasanya tidak akan hilang selagi kita tak tekan button Sign In atau cancel. Macam-macam cara dah kan untuk pihak scammer 'membuat duit' secara mudah. Disebabkan itu, kita kena sentiasa berhati-hati and educate ourselves regarding the matter. So stay educated & stay safe. :)


Sumber: Lifehacker




Comments

  1. Baru tahu. TQ share info ni. Macam2 lah sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sib baik share info ni..mmg susah nk beza mana asli mana palsu..terima kasih nadhie..biasa mmg main sign in jek x tahu plak ada apps yg leh curi maklumat dgn cara tu iskkk seram

    ReplyDelete
  3. Thanks share, risau juga kena hacked..huhu

    ReplyDelete
  4. siput ja ilmu saya dalam IT ni..kena terus belajar dan belajar sesuatu yg baru

    ReplyDelete

Post a Comment